Monday, December 28, 2015

Seperti Maryam

Pernah baca kisah Maryam dalam al-Quran.?
Seorang muslimat solehah.
Dijaga kemuliaannya, dipasang tabir supaya tidak terlihat oleh ajnabi.
Semua orang tahu bahawa Maryam ialah seorang yang sangat solehah dan disayangi.

Tapi, apabila diketahui bahawa Maryam mengandung tanpa seorang suami,
Pelbagai tohmahan yang dilemparkan.
Kata-kata Maryam tak dipercayai lagi.
Maryam dikeji dan dihina.
Sehingga akhirnya, Maryam terpaksa membawa diri.

Apabila tiba saat melahirkan puteranya,
Maryam bersandar di sebatang pokok kurma.
Boleh dikatakan, Maryam putus asa.
Lebih rela mati daripada hidup sedemekian rupa.

Allah itu Maha Mendengar.
Diperintahkan Malaikat Jibril turun dan menenangkan Maryam.
Maryam disuruh menggoyangkan batang pokok kurma itu supaya dapat makan buahnya.
Dan kemudian, Maryam selamat melahirkan seorang putera tanpa bapa, iaitu Nabi Isa.

***

Kita juga mungkin seperti Maryam.
Kita juga pasti disenangi ramai.
Namun, bila sampai waktu tertentu, yang waktu itu kita dipenuhi masalah, mujahadah dan sangat memerlukan kekuatan,
Saat itu kita akan faham perasaan Maryam.

Ditinggalkan.
Dihina.
Dipersalahkan.
Malah, mungkin ada yang akan menjauhkan diri.

Kecewa? 
Kalau aku, ya. 
Aku kecewa.

Tapi, apakan daya.
Mereka juga manusia.
Manusia tak dapat memahami apa yang dilalui oleh orang lain.
Sebab itu manusia boleh menjadi 'judgemental'.
Pada awalnya, manusia mungkin boleh bertahan.
Tapi lama-kelamaan,
Mereka juga akan merasa lelah.

Allah al-Mujib.
Dia Yang Maha Mengabulkan.
Berdoalah, memintalah dan meraunglah sekuat hati,
Allah akan mendengar. segala masalah hati.
Dia Maha Mengetahui.
Dia Maha Mendengar.

Sebab tu,
Banyak kali dipesankan kepada manusia,
Hanya Allah tempat bersandar.









Wednesday, November 4, 2015

Sandarkan pada Dia.

Saat remuk dan hancurnya hati, kau sandarkan doa pada Dia sahaja.

Saat kau kecewa dan rasa lelah, kau letakkan harapan pada Dia sahaja.

Saat kau sedih dan buntu, kau minta lah jalan penyelesaian dari Dia sahaja.

Saat kau haru dah rasa kacau, kau minta lah ketenangan dari Dia sahaja.

Saat kau rasa lemah dan tak berdaya, kau minta lah kekuatan dari Dia sahaja.

Semuanya hanya pada Dia sahaja.

Kerana, 
Jika engkau sandarkan pada manusia, 
Kau belum tentu kan terubat,
Bahkan luka yang lama bisa berdarah semula,
Parut yang hampir hilang bertambah bilangannya.

Yang penting,
Sandaran kita pada Dia harus kuat dan utuh,
Sekuat keyakinan para Rasul kepada Maha Pencipta,
Seutuh pegangan mereka pada Islam saat penyeksaan sang zalim hampir tiba.

Sesungguhnya,
Setiap luka yang dicoret oleh dunia,
Akan ku ceritakan semuanya pada Dia.





Tuesday, November 3, 2015

Apabila Apa?

Apabila kau berdoa,
Jangan lupa usahanya.

Apabila kau meminta kesembuhan,
Jangan lupa berikhtiar dan cari ubatnya.

Apabila kau gusar,
Cari sesuatu yang mententeramkan hatimu.

Apabila kau bermasalah,
Cari lah puncanya dan selesaikan segera.

Apabila kau sesak,
Cari lah jawapan kepada kesesakanmu.

Apabila kau bertanya tapi tiada jawapan,
Cari lah sesiapa yang dapat menjawab segala persoalan.

Dan apabila kau meminta kepada Allah,
Jangan kau duduk diam saja.
Tapi bangun dan berusaha.
Unta itu perlu diikat juga ya.



Saturday, October 31, 2015

Anai-anai

Andai aku seekor burung,
Sudah lama aku pulang ke sarang.

Andai aku seekor lebah,
Akan ku bawa manisnya madu pada semua.

Tapi aku hanya manusia,
Yang selalu ingin pulang,
Juga ingin berkongsi rasa,
Kepada manusia yang aku cinta.

Cinta pada manusia itu, 
Yang aku ingat cinta mulia, lillahi taala,
Bersama saat tawa dan juga sendu,
Menggapai langit untuk ke syurga.

Ternyata anganku terlalu tinggi,
Langkah ku setapak demi setapak ini terlalu lemah,
Manakala langkah yang laju tak dapat aku tandingi,
Dalam diam engkau pergi tiada tanda.

Perlukah aku meneruskan langkah ini?
Atau berhenti dan menyendiri?
Namun bukan itu yang aku cari,
Kerana Allah penguat dan pemangkin semangat.

Kini aku seperti anai-anai,
Yang menunggu masa untuk meruntuhkan sang pokok yang berakar tunjang,
Kau tunggu saja masanya,
Allah kan menjadi saksi pengadilan antara setiap manusia.


Untuk setiap luka-luka yang dicoret oleh bumi,
Hanya satu ubatnya - kembali kepada Allah.

Image result for kuat kerana Allah

Friday, October 9, 2015

Ibarat Air Perahan Awan.

Aku nak jadi seperti air perahan awan, dengan kata lain, ialah hujan.
Salah satu sebabnya ialah, sebab aku suka hujan.
Tapi sebab utama ialah, sifat hujan tu.

Hujan, 
Kalau dia nak turun, dia turun je. 
Tak kira tempat, tak kira masa.
Walaupun kawasan A taknak hujan, 
tapi kalau hujan nak turun, dia turun jugak.
Hujan turun tanpa memilih.
Hujan turun membasahi tanah-tanah di muka bumi,
Membasahi tanah-tanah kering,
Menghidupkan pokok-pokok mati.

Hujan,
Sifat dia tak memilih.
Dia turun dengan izin Allah.
Dia patuh.
Dan semua orang akan ditimpa hujan.
Kalau hujan nak turun kat Malaysia, even kita lari ke Indonesia, hujan tetap ada.

Sebab tu kita kena jadi macam hujan.
Semua orang berhak ke atas qudwah dan islam yang kita bawak.
Akhlak kita bukannya tip top masa dengan akhawat je,
Tapi dengan semua orang akhlak kita kena tip top.
Caring kita bukan pada akhawat je,
Tapi dengan semu orang disekeliling kita.
Hablu minallah, hablu minannas.




Wednesday, September 30, 2015

Jalan Dakwah Itu Indah

Jalan dakwah itu indah,
Kerana matlamat yang dibawa.
Jalan dakwah itu indah,
Kerana itu yang dilakukan oleh Rasulullah saw.
Jalan dakwah itu indah,
Kerana kita menjalankan sunnah.
Jalan dakwah itu indah,
Kerana kita berada dalam gerabak yang sama.
Jalan dakwah itu indah,
Kerana manisnya ikhuwah.
Jalan dakwah itu indah,
Kerana segalanya hanyalah untuk Allah.

Tapi,
Jalan dakwah tidak menjadi indah apabila,
Ia dimulai dengan perpecahan,
Diteruskan dengan prasangka,
Membezakan kemampuan manusia,
Dipenuhi dengan salah faham,
Dan niat bukan kepada Allah tapi untuk jemaah.

Yang menjadi tujuan yang utama ialah membawa manusia kepada Allah bukan jemaah.
Yang menjadi pegangan kita ialah bergantung kepada Allah bukan kepada murobbi atau manusia.
Yang menjadi teras kita ialah tsiqah kepada Allah, Rasulullah SAW, dan para nabi.
Yang harus kita jaga ialah hubungan dengan Allah (ibadah) dan hubungan dengan manusia (akhlak).

Jika ada yang membenci usrah,
Jangan dibenci usrah itu,
Kerana usrah itu indah,
Ia salah satu wasilah dakwah dan tarbiyah Rasulullah SAW dan para sahabat.
Tetapi mungkin salah manusia yang penuh khilaf,
Yang ingin berbuat kerana Allah,
Tapi tersalah langkah.

Jangan dibenci islam,
Kerana islam itu indah,
Salah umat islam (kami) itu sendiri,
Kerana tidak mengamalkan islam yang sebenarnya.

Jadi, 
Bangkitlah dan cari lah resolusi.
Hayati islam yang sebenar berteraskan al-Quran dan sunnah.
Kerana di akhirnya kita hanya perlukan Allah.
Bukan manusia yang akan menilai.

Semoga kita menjadi manusia yang berfikir.
Dan jadi lah manusia yang bertanya.
Supaya kita tidak hilang arah tuju.
Sedangkan al-Maududi menyuruh supaya kita bertanya walaupun kepada orang yang mengajarkan agama kepada kita. (Dasar-Dasar Islam)






Saturday, September 26, 2015

Hari Raya Korban

Alhamdulillah semalam (25 Sept), kami di Belgaum baru je raya ^^

Dalam seronok kita beraya, jangan lupa apa sebenarnya yang Allah ingin sampaikan melalui peristiwa Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Masa Nabi Ibrahim AS nak sembelih Nabi Ismail, arasy Allah bergegar. Kenapa? Kerana semua malaikat ketika itu sujud kepada Allah. Benarlah, Allah Maha Mengetahui segalanya. Sebelum ni malaikat ada bertanyakan kepada Allah mengapa ingin diciptakan manusia yang akan menumpahkan darah? Tapi Allah menjawab sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala sesuatu (2:30)

Kalau nak dibandingkan dengan malaikat, yang sentiasa beribadah kepada Allah, nescaya manusia banyak kekurangannya. Tapi dalam kisah ni, seorang manusia, yang tidak pernah melihat Allah swt, yang mempunyai hawa nafsu, yang imannya kadang naik kadang turun, sangat mematuhi perintah Allah swt. Sebab tu lah, seorang manusia yang beriman, darjatnya lebih tinggi dari malaikat. <3 p="">
Kerana besarnya cinta Nabi Ibrahim kepada Allah swt, Nabi Ibrahim mematuhi perintah Allah untuk menyembelih Nabi Ismail. Namun Allah telah menggantikannya dengan kambing. Jadi, untuk manusia biasa seperti kita, yang ingin memiliki cinta Allah yang sangat luas, apa yang ingin kita korbankan? Apa yang ingin kita korbankan demi meraih cinta Allah? Apa yang dapat menjadi bukti yang kita sangat mencintai-Nya?



Tuesday, September 22, 2015

Amal Siapa Yang Dipandang Allah

Manusia ada bermacam jenis. Ada yang A. Ada yang B. Ada yang C etcsss sebab manusia ni complex. Kalau belajar TOK dulu pun boleh pening --'

(p/s : jangan baca kalau tak sanggup. serious talk :) )

Manusia ada 2 jenis.
Pertama, orang yang petah berbicara tapi amalnya...
Kedua, orang yang diam tapi amalnya sangat awesome.

Kadang-kadang tak percaya bila ada orang yang boleh cakap, "Kita kan lebih banyak amalnya dari mereka." Confuse jap. Seriously? Jika amal seseorang itu banyak, dan kita betul2 ikhlas, kita takkan berani nak mengaku yang kita lebih bagus. Apa yang ada dalam hati kita jika kita mengaku kita lebih baik dari orang lain?

Mungkin kita terlalu sibuk dengan mutabah amal kita. Qiam, tadabur, tilawah, mathurat, tapi adakah kita terlepas pandang terhadap perkara yang memudahkan orang lain? Adakah akhlak kita kepada orang lain bukanlah suatu mutabah amal? Adakah bermasam muka dan tidak bercakap merupakan satu benda yang penting dalam diri seseorang?

Hari ni, Allah hadirkan seseorang. Allahu akbar. Katanya, Allah tak tengok siapa yang paling banyak beramal, tapi Allah tengok siapa yang paling baik amalnya. 

Mahasuci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, 
dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu, 
yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, 
siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. 
Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun. (67 : 1-2)

Allah Maha Mendengar. Teruskan berdoa dan teruskan berjalan.






Ukhuwah Fillah Itu Indah

8.00pm, 13 Sept 15, Belgaum.

Tengah buat nota. Tiba-tiba sorang akhawat datang.

"Ayuuu kita nak cerita pasal kisah Nabi Ibrahim."

Tengah cerita-cerita, ada sorang lagi datang.

"Korang, tahu tak kenapa Malaikat tanya dekat Allah ..... "

Bayangkan kita sedang sibuk dalam lautan dunia, tiba-tiba Allah hantar tentera Dia untuk ingatkan kita tentang Dia. Mungkin masa tu dah terlalu hanyut, tapi tak sangka masih ada tangan yang dihulurkan. Alhamdulillah, bersyukur sangat dengan kurniaan akhawat yang ada sekarang. 

Walaupun kita hanya ada satu sama lain, hadiah yang Allah bagi ni sangat luar biasa. Sehari tak jumpa rasa rindu. Walaupun kita hanya ada kita, tapi cukuplah rasa tenang dan bahagia yang Allah bagi ni. 

Mereka lah akhawat, mereka lah adik beradik, mereka lah doktor, mereka lah tukang masak, mereka lah yang menarik tangan ke syurga. Jazakunallahu khairan katheera.

P/S : Mari menjadi orang yang berfikir dan mencari kefahaman. ;)





Saturday, September 19, 2015

La Tahzan. Innallaha ma'ana

Assalamualaikum wbt.

So, post ni special untuk someone.
Sebab si dia ni suka benda yang sweet2. Dan dia jugak cepat malu. (lagi lah suka :p )

Well, this is for you Syiera.
Budak ni baru kerja. Alhamdulillah murah rezeki dia, lepas beberapa bulan grad, dapat kerja. 
Walaupun company kecik, dia kerja jgk untuk cari pengalaman. Dan untuk cari kerja ni, dia banyak berkorban. Antara pengorbanan paling besar ialah tak dapat join mini reunion kitorang. Dia sedih, kitorang lagi sedih. Tapi alhamdulillah 5 hari sebelum aku balik, kita sempat jumpa.

So, lately, aku perasan kau banyak post benda2 pasal confident, struggles, dan sorry aku tak sempat skype dengan kau. Masa sangat mencemburui kita. Kau kerja, aku kelas. Kau balik kerja, aku buat homeworks. Sorry. Tapi tak kiralah apa jua yang kau hadapi sekarang, aku harap kau kuat. :) 

FIRST STEP IS ALWAYS THE HARDEST!

Yang penting, have courage and be kind. (Oppss termasuk quote Cinderella pulak). Dan betulkan niat kita dalam setiap apa yang kita lakukan. Selagi kita buat ikut arahan Allah dan Rasulullah SAW, inshaAllah perjalanan kita akan dipermudahkan je. Dan kau kena tahu, ramai orang di sekeliling kau. So syiera, 

STOP THINKING ABOUT IT AND JUST DO IT!

Okay got to go makcik. XOXO

Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "Tuhan kami adalah Allah" 
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka 
maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), 
"Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; 
dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) Syurga 
yang telah dijanjikan kepadamu." (41:30)




Friday, September 18, 2015

Menyentuh Hati

Kakak dulu pernah pesan, tujuan utama kita sentuh hati insan-insan di sekeliling kita ialah BUKAN untuk bawa mereka ke arah sesuatu jemaah dan BUKAN juga untuk kita mencapai tahap populariti. Tapi, tujuannya hanya satu. Iaitu untuk membawa mereka dan kita kepada Allah. Kerana itu lah kerja Rasulullah SAW.

Dulu masa sekolah menengah, menjadi kakak naqibah adalah satu kebanggaan. Ustazah akan tampal notis dan sesiapa yang hendak menjadi naqibah perlu menghadiri interview. Ingat lagi ketika itu di tingkatan 4, nak pergi interview tapi ada Kem Pandu Puteri dekat MRSM KT. So, aku tak dapat lah jadik naqibah. Kuikuikui. Baru ingat nak memenangi hati adik2 junior supaya dapat lah nanti hakak jadi Badan Wakil Pelajar. Di sebalik perancangan kita, perancangan Allah lebih hebat. Mungkin Allah tak nak barisan naqibah2 dicemari dengan orang yang tak bermatlamat jelas seperti aku, dan mungkin juga Allah ingin menyucikan niat aku semula.

Itu semua memori lalu. Masa hati masih kotor dengan lumpur. Terima kasih kepada guru2 MRSM Pontian yang telah mendidik aku. Ingat lagi dulu betapa aku 'rebel' sebab kena pakai stokin pergi prep malam. Sampai aku cakap 'Ni MRSM ke, MRSMA?' Hihi. Ustazah tak kasik zapin, kitorang zapin jugak. Fuhh.. Kental sungguh hati ustaz ustazah mendidik kami. :') 

Susah rupanya kerja menyentuh hati ni. Hasilnya bertahun-tahun kemudian baru nampak. Setiap kali pergi maktab, aku rindu nak jumpa ustazah2 dan cikgu2 yang banyak membetulkan perangai kami dan wayar2 yang longgar dalam kepala ni. :p 

Berkat kesabaran mereka, kami menjadi insan. InshaAllah. :)

Kadang-kadang aku terfikir, apa yang menjadi kekuatan guru2, ustaz ustazah, para murobbi? Adakala mereka dibenci, adakala mereka disakiti. Apa yang membuatkan mereka masih meneruskan kerja dakwah? Kadang-kadang aku sendiri yang penat melihat. Rupa-rupanya, sumber kekuatan mereka hanya satu. Allah dan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW pun lagi teruk kena kecam masa berdakwah. Sedih-sedih kita tu mungkin 1 per 10000 dari apa yang Rasulullah SAW rasa.

Kemon lah, kerja ni takde pun orang bagi duit, tabur bunga ros atas red karpet atau dilambung atau dijulang tinggi ke langit. Tapi kerja ni memberi satu kepuasan bahawa kita lakukan semua ini adalah kerana Allah dan RasulNya.

Buat mereka yang pernah menyentuh hati ini, jazakunallahu khairan katheera. :) 
Kita jumpa dekat syurga nanti.

Assalamualaikum :)




Thursday, September 17, 2015

Rindu

5.29 pm - Belgaum, India

Sayunya petang petang ni. Nak tidur, tak elok. Nak study, tak masuk. Nak makan, tak lapar. Nak blogging, boleh lahh. 

Sambil dengar lagu Bintang Syurga, tiba-tiba teringat pulak kawan-kawan lama. Selalu aku cerita rindu sahabat maktab je.. Tapi lately, rindu pulak dgn sahabat2 KMB. Sebab kan aku sakit dulu, aku rasa 2 tahun di KMB tu adalah pengalaman pahit. Sedangkan banyak perkara manis, moment2 best yang aku lalui. 

Benarlah, pengalaman mematangkan kita. Aku jadi rindu pada biah di KMB. Aku jadi rindu pada akhwat2 yang tarik aku masa aku jatuh. Aku rindu bacaan zikir petang2 di KMB. Aku rindu makan dalam dulang dekat belakang surau. I miss everything about KMB T.T





Sunday, June 21, 2015

Allah nikmat terbesar.

"Apa nikmat yang paling dia dapat rasakan pagi ni?"

"Ketenangan"
"Iman dan islam"
"Dapat bangun semula"
"Allah"

"Kenapa Allah?"

"Saya rasa bersyukur ada Allah sebagai Tuhan saya. Sebab hanya kepada dia, saya ada tempat mengadu dan bercerita."



Pernah tak rasa satu dunia tidak memahami apa yang kita lakukan?
Pernah tak rasa tiada seorang pun yang faham apa yang sedang kita alami?
Pernah tak rasa semua orang menyalahkan kita tanpa cuba bertanya?

Bila aku dengar kisah di atas, aku malu. Sebab kadang-kadang kita letak pergantungan kita bukan kepada Allah, tapi pada manusia. Yang pertama kita cari bila sedih ialah manusia. Siapa Allah dalam hati kita? Betulkah kita ni hamba yang setia? 

Manusia boleh je cakap, "Aku rasa kau okay sekarang. Aku pergi tengok si polan dulu lah." Dari luaran, manusia memang mudah mentafsirkan keadaan kita. Tapi Allah, luar dan dalam, walaupun kita diam seribu bahasa, walaupun mulut terkunci dan hati menyimpan seribu cerita dan rahsia, Allah tahu dan Dia faham. Dan hanya pergantungan kepada Allah, hati kita tidak akan kecewa. Allah akan turunkan ketenangan dalam pelbagai cara. 

Sujud itu sendiri merupakan satu nikmat bagi kita. Masa tu lah, kita boleh mengadu segala-galanyanya kepada Allah (masa2 lain pun Allah tahu je). Jika saat tu hanya air mata yang mengalir, Allah tahu rahsia hati dan Dia takkan bocorkan kepada sesiapa. 

Allah. Kauthar terbesar. :)

****

"Aku bersyukur, walaupun support system aku jauh, tapi dengan adanya mereka, aku mampu bertahan. Dan aku tahu, Allah yang menggerakkan hati mereka untuk support aku. Alhamdulillah."





Wednesday, June 17, 2015

Buat dia yang ku sayang

Aku ada seorang sahabat ni.
Baik. Sangat baik. Sangat penyayang. Sangat berbudi.
Dia banyak tolong aku. 
Walaupun berjuta kali aku buat salah, berjuta kali dia lupakan dan maafkan.
Walaupun beribu kali aku sakit, beribu kali jugaklah dia jaga dan masakkan untuk aku.


Dan dia jugak, banyak kali berkorban untuk aku. 
Kadang-kadang aku malu. Aku tak pernah berkorban untuk dia.
Apa yang dia buat, dia akan fikir aku. 
Aku pulak, fikir diri sendiri :p
Dia macam kakak buat aku sebab dia matured.
Dan dia jugak macam adik buat aku sebab dia gila2. :p


Tiba satu masa, aku rasa, aku perlu berkorban untuk dia.
Dia perlu fikir pasal diri dia pulak.
Dia perlu fikir apa yang membuatkan dia gembira.
Dia perlu fikir apa yang menenangkan mata.
Dia tak perlu berkorban kerana aku.

Itu yang aku rasa. 
Jadi aku buat keputusan untuk berkorban.
Tapi pengorbanan itu sakit buat dia. Dan lagi sakit untuk aku.
Kalau boleh, aku nak peluk dia dan cakap I Love You, Fillah, Lillah.
Tapi aku takut dia tak percaya. Dan aku takut dia benci aku.
Tapi aku harap, pengorbanan kita saling dikira Allah.

Buat engkau yang aku sayang,
Pengorbanan ini hadiah buat engkau yang telah banyak bersabar dengan aku. :)
Nanti kita borak panjang dekat syurga ye.

 


Monday, June 8, 2015

Ya Allah, aku rindukan nasihat dari seorang ayah

6 Jun 2015.

Aku ada 'pillow talk' dengan birthday girl. Aku gelarkan dia K untuk Kauthar ;)

Ayu.... Tahu tak, clinical hari ni kita kena marah dengan Dr Tugashetti lagi... 4 kali dah.

Ya Allah... Kenapa pulak?

Macam ni.. Orang ni present, tapi Dr T tak puas hati. Dia membebel la dalam satu group kitorang. 
'You should know everything about your patient blablabla.' Tiba2 masa dia pandangkita dia cakap macam ni 'If today you are 22, then you should act like 30. You have to be like the one who you want to. .......'

Wahhhh. Dekat dunia ni takde yang kebetulan.

Tu lah.. Dah la dia tak tahu birthday kita tapi dia cakap macam tu tepat2 tengok kita. Kita rasa Allah betul2 jawab doa kita. Kita rindu arwah ayah so kita doa 'Ya Allah, aku rindu nasihat dari seorang ayah. Boleh tak aku nak rasa nasihat tu?' Alhamdulillah Allah dengar doa kita. Dan kita rasa teguran Dr. Tugashetti tu betul2 sebab dia care dekat kitorang. Kita rasa birthday kita sangat lengkap hari ni.

*****

Buat kauthar ku yang kuat...
Semoga engkau tabah seperti Khadijah.
Semoga engkau bijak seperti Aisyah.
Semoga engkau berani seperti Khaulah.
Semoga engkau teguh seperti Rabiatul Adawiyah.


Hadiah Allah, selalu datang dari arah yang tak disangka-sangka. Kadang-kadang kita tak doa pun, tapi Allah tahu apa yang ada dalam hati kita. Benarlah, Allah lebih dekat dari urat leher. Kenapa kita selalu menagih harapan pada yang tidak kekal? 

Sesungguhnya, apa yang ada di atas tanah, akan menjadi tanah.







Sunday, June 7, 2015

Sakit

Tadi Rawdah datang bilik. Bila nampak aku yang tengah berkoyok di kepala, 

"Wehh apasal semua orang sakit ni?"

"Kenapa? Rawdah sakit jugak ke?"

"Aah. Demam, berpeluh2 semua ada."

"Ooo kita angin dari semalam."

"Haaa sama lahh"


2 minggu lepas aku tak sihat. Minggu lepas 2 usrahmates aku tak sihat. Ada yang diarrhea, gastrik ( ;p) , demam, selesema, sakit itu ini semua ada. Tapi di sebalik ujian ni, aku dapat satu benda.

Masa aku gastrik haritu, ada sorang akak JNMC yang jaga. Sebab 2nd year ada kelas, so akak tu yang tengah free yang jaga. (Jazakillah khair akak). Masa tu Kak L ni duduk kat katil aku, then dia cerita...

Mak akak sakit lutut. Bila akak tanya dah makan ubat ke belum, dia kata dah. Alhamdulillah ubat kali ni berkesan. Lepas tu akak cakap, "Alhamdulillah, Allah bagi balik kesihatan. Ubat tu usaha kita je kan mak."

Ubat tu usaha. Betul lah, selama ni kita rasa penyembuh tu datang daripada ubat. Padahal Allah yang bagi. Mungkin jugak Allah nak tunjuk, Gaviscon, air lassi (bagus untuk gastrik) dan segala apa yang aku makan dan minum keluar balik. Last2 pergi hospital untuk inject antacid, anti emetics & masukkan IV sebab dehydrated (20x vomitting o.O ) . Alhamdulillah waktu tu okay. Tapi esok jadi lagi. Masa tu memang betul2 aku rasa apa yang Kak L cakap. 

Mungkin kepercayaan kita dekat ubat terlebih tinggi berbanding kepercayaan kita dekat Allah. Tapi ini bukan bermaksud kita tak boleh makan ubat. Makan ubat dan bertawakkal kepada Allah. 

But the best thing is, sakit itu kafarah dosa. Banyak sangat dosa. T.T 
Sampaikan ada kawan cakap, "Kuat ye Ayu dengan ujian awak ni. It means that you are significant in Allah's eyes." :)

p/s : Summer Diarrhea makin tinggi sekarang sebab tengah musim summer. Dr Niranjan cakap, minum air banyak2, jangan makan luar selalu. Dan tawakkal kepada Allah itu jangan lupa ye. ^^





Monday, April 20, 2015

Chenta

Alhamdulillah. 
Setelah sebulan lebih tunggu, akhirnya buku Chenta karya Inche Gabbana sampai ke tangan.
Jauh tu dari Malaysia ke India.
Tu pun ada senior yang tolong beli secara pukal. Dealer kot. Semoga murah rezeki.. Aminn.

Sejujurnya,
Bila baca Chenta, apa yang aku dapat ialah..

1. Realiti kehidupan sekarang. 
- Contoh yang aku rasa macam 'beraninya Inche Gabbana tulis cerita ni' , ialah bila aku baca cerita pasal Junaidi yang ada sejarah hitam dengan ayah tirinya (nak tahu kena beli).
- Tapi it happens. Cuma mungkin kita yang tak pernah tahu, rasa benda ni sangat pelik sedangkan masih ramai insan kat luar sana tengah terkapai-kapai minta ditolong.

2. Hakikat DnT.
- Tidak ditaburi bunga dafodil dengan arnab2 gemok yang berlari girang. :p
- Ya, kita tidak keseorangan. Dan inshaAllah usaha yang semua ikhwah akhawat bawak ni, akan memberikan kemenangan kepada islam. Walaupun bukan sekarang. Tapi inshaAllah, satu hari nanti.

3. Urgency.
- Juli, bekas kupu-kupu malam yang sudah insaf dengan masa lalunya.
- Aku yakin, ramai lagi orang-orang yang hendak dan perlu dibantu untuk mendekati semula Pencipta Yang Satu, kerana fitrah manusia itu sama, inginkan Penciptanya.

4. Kuat.
- Aku rasa lebih kuat.
- Aku rasa lebih Chenta dengan jalan hidup aku sekarang dan aku taknak berpaling lagi.
- Dan aku nak sebarkan Chenta kepada orang lain.

:D



Wednesday, April 15, 2015

Mimpi

"Tahu tak, sejak ayah aku meninggal, aku tak pernah mimpi."

"Serious? Even mimpi pasal aku ke, exam ke, takde langsung?"

"Aah takde. Tidur aku tu untuk tidur je."

"Sedih tak?"

"Hmm.. sedih la jugak."

Mula-mula aku rasa, best nya kau. Takde mimpi yang merepek-repek. 
Sebab aku, orang yang asyik mimpi. Tiap-tiap pagi rumet aku akan tunggu cerita mimpi aku.
Daripada logik sampailah paling tak logik seperti kahwin dengan anak raja. (ke logik je?)
Masa busy uruskan pasal korban dkt sini, 3 hari berturut-turut aku mimpi lembu.
Lembu lari lah. Lembu terlebih kurus. Students marah sebab lembu tak cukup.
End up bangun rasa pening. Penat tidur ni.

Tapi,
Bila dia cakap dia sedih, aku rasa, sebenarnya mimpi pun adalah satu nikmat.
Bila kita mimpi kehilangan orang tersayang, kita akan lebih menghargai orang tersebut.
Bila kita mimpi gagal, kita akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh.
Bila kita bermimpi masuk ke jurang neraka, kita akan memperbanyakkan amal di dunia.

Jadi,
Aku perlu lebih menghargai mimpi.

Dan untuk kau,
Semoga kau tetap kuat.
Sekuat Umar al-Khattab.

Semoga mimpi indah malam ni.


Tuesday, March 3, 2015

SPM : There's always hope for you

Alhamdulillah.. 
Hari ni result SPM pun dah keluar.
Im sure ada yang gembira, dan ada juga yang sedih.

Tapi....
Jangan sedih lama-lama.
1 pintu tertutup, ada 1000 pintu lain terbuka.
So buat apa kita tenung pintu yang dah tertutup tu kan?
Move on.

Allah al-Fattah.
Asma' Allah yang bermaksud Allah Maha Membuka.
Dia lah yang akan membuka jalan kepada kita di saat kesedihan, kebuntuan dan setiap masa.

Untuk yang berjaya, tahniah.
Dan untuk yang belum berjaya (because you are going to be successful), i bring a good story for you. :)

I have this one friend. 
Her name is X. 
One of my best friends masa dekat MRSM Pontian.
Masa SPM, resultnya tak straight A's. 
Tapi dia still keep in touch with me. (I can feel her sincerity.)
Dan masa nak isi borang UPU, X tanya.. 

"Ayu, patut ke X amek account? Nanti apa jiran2 cakap. Dah la sekolah sains. Tiba-tiba amek maths."

Then I went like 
"X, buat apa nak ikut cakap orang. Dorang tak bagi apa2 pun kat X. Yang penting X tahu X mampu. Kalau ikut cakap orang, nanti kita sendiri yang merana."

And finally, 
X amek Diploma Perakaunan dan pinjaman dari PTPTN.
Dan sangattt membanggakan, setiap sem, X dapat 3.80 ABOVEE.
And finally, last year, X dapat Anugerah Naib Chanselor sebab dapat anugerah dekan tiap2 sem.

Rahsianya..
1. Never give up. You know yourself better. 
2. Selalu bersemangat.
3. Jangan kedekut ilmu.
4. Rajin beribadah dan kuatkan hubungan dgn Allah.
5. Rajin belajar.

And now, X sambung degree dan dapat tajaan JPA.

Subhanallah. Teringat dulu susah senang kami belajar bersama, sekarang, Allah hadiakan sesuatu buat dia. 

Walaupun masanya kita tak tahu bila, jangan berhenti tawakkal kepada Allah.








Saturday, February 28, 2015

Penyelesaian Kepada Gastrik

Al-kisah cuti CNY 10 hari di Malaysia.
13 Feb-23 Feb.
1 bas, 3 flights. MasyaAllah. 2 hari makcik cover tidur sebab penat sangat.
Tobat dah tak nak naik dari Chennai.
Tapi usha tiket balik raya, Chennai murahh ;)
So, kita tukar route la. :p

So, cuti haritu, ibu dan ayah bagi aku makanan untuk bawak balik india.
Makanan tersebut adalah yang paling simple dan mudah dimasak.
Sebab aku selalu cakap kena gastrik & they all know anak dia ni malas masak. >.<
Study kot~ Hehehe. Masak pun selalu ala kadar. 

Ibu : Kalau malas masak apa?
Aku : Ayam goreng.
Ibu : Kalau rajin?
Aku : Ayam masak kicap.

Haha. Pening kepala ibuku.
Last2 ibu pun suruh bawak balik makanan yang senang masak @ ready made terus.

1. Serunding daging yang ibu buat sendiri sambil dibantu godak oleh ayah. T.T (time kasih)
2. Nasi impit mini nona. (Ibu kata, kalau malas masak tahap gaban, masak nasi impit makan dgn serunding)
3. Tauhu kering. (Tumis, letak air bla bla bla, letak tauhu kering. Siap!)
4. Mee Hoon. (sebab mee hoon india hancur)

Alhamdulillah setakat ni gastrik belum melanda. Tapi ramai kawan2 yang naik 2nd year ni gastrik makin teruk. Macam aku dulu, kalau petang makan, malam ok dah. Tapi sekarang, petang makan, malam dah burrppp. Acid reflux datang dah. 

So, penyelesaian terbaik ialah, kerap makan tapi sedikit okay.
Dan sediakan lah makanan yang mudah dimasak. Hihihi.

Baru sehari sampai India dah check tiket balik bulan Julai.

Homesickkkssssss



Ibu dan ayah tengah kipas satay dan kupang. Pak long kat tengah jadik big boss.

"Tahu tak ada 1 surah ni specific suruh anak taat ibu bapa?"
"Surah apa ea?"
"Surah Luqman." :)


Thursday, February 26, 2015

Tunduk Kepada Nafsu / Kepatuhan Kepada Allah

Apa yang membezakan seorang muslim dan bukan muslim?

Adakah pada nama?

Adakah pada bangsa?

Adakah pada harta?

Adakah pada pangkat?

Tidak.

Tetapi pada pengetahuan dan perbuatan.

Seorang muslim itu, faham apa erti islam, apa yang perlu dilakukan dan apa yang haram dilakukan.

Dan seorang muslim itu akan melakukan segala yang diarahkan oleh Penciptanya dan Rasulullah SAW. 

Dan seorang muslim itu melakukan sesuatu bukan atas kepentingan atau kehendak dirinya. Tapi seorang muslim melakukan segala-galanya hanya untuk dan kerana Allah SWT.

Walaupun terpaksa mengorbankan kehendak diri, bila seorang muslim berbuat kerana Allah, dia merasa cukup. 

Kerana seorang muslim itu yakin, dunia ini ladang akhirat. 

Dan seorang muslim itu yakin, Allah telah menetapkan segala-galanya.



Jadikan aku seorang muslim itu.


~Dasar-Dasar Islam oleh al-Maududi


Tuesday, February 24, 2015

Apa Kau Buat Bila Rasa Jauh?

Alhamdulillah, pagi tadi 9.30am, aku dan kawan-kawan selamat sampai ke hostel dari airport Bangalore.
Tamat sudah cuti 10 hari kami di Malaysia. Serious tak cukup.
Well~ Humans will never get enough.
Bersyukur lah ayu. :p

Actually, bukan semua orang balik Malaysia. 
Mostly pergi jalan. Ada yang pergi Taj Mahal, Jaipur, Udaipur, Manali, Goa dan macam2 lagi.
Dan alhamdulillah hari ni semua orang dah kembali ke gagang. :D

Masa duduk menghadap laptop sambil membaca blog www.mofrust.com , tiba2 kawan aku tanya..

"Yu, apa ayu buat ea kalau tiba2 rasa jauh dari Allah?"

"Emm.. kita kena tingkatkan amal kita kot."

"Kalau orang, asyik nangis then layan perasaan lama2. Takde pun upgrade amal."

"T.T samalah kita. Lagi2 bila baru balik cuti."

Memang kadang-kadang hati kita rasa jauh, kehilangan. 
So, kita nak buat apa?

Analoginya simple.
Masa kita belajar baca ABC. Kita terus pandai ke? 
Adakah once kita tak faham, kita akan terus tinggalkan? Of course not.
Tapi, kita akan try lagi, baca, nyanyi sampai dapat. 
We'll try anything and everything. 

Macam tu juga perasaan tu.
Ingat lagi kakak pernah cakap, "Muslim tidak boleh futur selama-lamanya"
Normal lah rasa down, tapi kita kena cepat bangkit. 
Jangan layan perasaan tu lama sangat sebab kalau kita terlalu dissolve dengan perasaan tu, what will we get in return? Nothing kan? Membazir air mata darah dan perasaan je.
Sebaliknya, berlari kencang ke arah Allah. 
Tingkatkan dan gandakan amal. 
Sebab setiappp ujian yang Allah bagi, adalah untuk mendekatkan kita kepada Allah.

Dan ini jugalah benda yang sedang aku cuba praktikkan.
Because im an emotional person. 
:p Very not good. 

Semoga Allah kira usaha kita.




Friday, January 16, 2015

Takut

Ok hari ni?

Takut :S

Kenapa takut? Takut benda lama berulang kembali?

*****

Percaya tak, bila kita nak berubah, akan banyak ujian yang akan kita lalui. 

"So Allah tak nak kita berubah ke?"

Bukan. Allah nak kita berubah. Tapi sebelum tu, Allah nak kuatkan hati kita betul-betul sampaikan bila kita berjaya berubah, kita takkan berpatah balik. Contohnya, kita pernah bercinta, dah clash, nak concentrate hubungan kita dengan Allah, time tu la dia contact balik. Time tu lah orang sibuk mengungkit-ungkit. Dan kita? Macam mana kita nak react masa tu?

Entah laaaa....

Sebab tu, kita kena kuat. Hubungan kita dengan Allah kena erat. :) Lagipun, ujian Allah ni sebenarnya adalah satu rahmat yang membuatkan kita lebih kuat dengan Allah. Bila kita diuji, hanya kepada Allah kita akan memohon. Dan hanya kepada Allah kita akan mengadu. Lama kelamaan kita akan sedar bahawa semua ni proses penyucian. Betul-betul Allah sucikan niat dan hati kita. 

Ish takutlah... Takut aku main tarik tali..

Mohon kat Allah supaya hati kita dikuatkan dekat jalan ni. Lagipun, kau bukan seorang.. Kita kan ramai. Setiap orang boleh membantu satu sama lain kan..

Aku ni menyusahkan ke?

Astaghfirullah. Kenapa cakap macam tu? 61:4. Kita kan ibarat bangunan yang kukuh. Kita kena melekat antara satu sama lain. Lagipun.. semua orang ada mujahadah masing-masing. Bukan kau je. :) Allah tengok usaha kita.

Aku nak jadi macam Nabi Nuh.. Kuat..

Aminn :)




Monday, January 12, 2015

R._._._.U






Thursday, January 8, 2015

Mencari Harun Ku

Dalam hidup ni, 
Ada ketika kita rasa lemah.
Ada ketika kita hampir jatuh.
Dan ada ketika kita inginkan peneman.

Lagi-lagi dalam D&T. Kadang-kadang bila kita mendapat penolakan, kita memang kuat. Sebab adanya Allah. Tapi tak dapat dinafikan ada waktu waktu yang kita inginkan seseorang. Cukup untuk mendengar luahan hati.

Dulu aku rasa DnT ni dipenuhi bunga-bunga dan wangian harum. 
Eh, rupanya salah. Betullah, Allah akan uji kita sikit-sikit. Sesuai dengan kemampuan kita.

Dan kadang-kadang aku rasa,
Tak mampu,
Tak kuat,
Susah,
Lemah,
Macam-macam lagi.

Tapi, Allah menghantar tentera-tentera Dia untuk membangkitkan semula jiwa yang hampir layu. Saat Hydrochloric Acid menyerang bertubi-tubi, ada yang sudi menjadi tukang urut dan tukang masak. Saat nak keluar ke Reliance sorang diri, ada yang menemankan (sebab katanya bahaya :p ). Dan paling yang membuatkan aku kuat, bila orang yang tak pernah berborak panjang, kini kami duduk berdua di kedai kopi sambil berborak panjang. (ok tipu. India takde kedai kopi)

Seperti Nabi Musa yang memerlukan Nabi Harun, seperti itu jugak kita memerlukan Harun (versi akhawat) di sisi kita. Dan aku harap, Harun ini akan sentiasa mengigatkan aku kepada Allah, menaikkan aku ketika jatuh, dan bersama-sama aku dalam DnT.

***
'Kenapa dalam al-Quran banyak kisah Nabi Musa?'

'Sebab Nabi Musa banyak persamaan dengan kita.' 

'Apa yang sama?'

'Nabi Musa pernah bunuh orang, (kita tak lah kan inshaAllah) tak sabar, panas baran dan terutamanya gagap. Tiba-tiba Allah lantik jadi Nabi dan suruh berdakwah dekat Firaun. Kalau Nabi Musa mampu, kenapa tidak kita?'





Wednesday, January 7, 2015

Lebih Berhadaf

Alhamdulillah Alhamdulillah.
Permulaan tahun baru yang sangat sangat membangkitkan jiwa-jiwa yang sedang tidur.
Sempena Maulidur Rasul, (India lambat sehari dari Malaysia) kami telah mendapat pengisian yang cukup menggugah jiwa. Shahadatul Haq.(Eh takpe ke cerita public gini? :D )

Aku pernah dapat SH ni masa dekat KMB, tapi seriously masa tu aku menolak. Macam tak boleh terima. Apa ni? Kena buat itu ini. Dan aku pernah je hampir ditapis Allah. Tapi aku bersyukur, sebab Allah tanam keinginan tu semula dalam hati. Di India, aku jumpa semula ketenangan yang aku pernah dapat di KMB. :)

Paling membahagiakan bila banyak jiwa yang menyahut seruan-seruan Allah. Paling membahagiakan bila banyak jiwa yang ingin bertahan di jalan ini. Dan paling membahagiakan bila banyak jiwa yang ingin turut bekerja. Dan kami harap kami takkan tertapis. Dan kami harap bila kami jatuh, ada yang menarik kami. 

Jadi, lepas ni, semua benda yang kita buat mestilah ada hadafnya. Kan? :)