Wednesday, September 30, 2015

Jalan Dakwah Itu Indah

Jalan dakwah itu indah,
Kerana matlamat yang dibawa.
Jalan dakwah itu indah,
Kerana itu yang dilakukan oleh Rasulullah saw.
Jalan dakwah itu indah,
Kerana kita menjalankan sunnah.
Jalan dakwah itu indah,
Kerana kita berada dalam gerabak yang sama.
Jalan dakwah itu indah,
Kerana manisnya ikhuwah.
Jalan dakwah itu indah,
Kerana segalanya hanyalah untuk Allah.

Tapi,
Jalan dakwah tidak menjadi indah apabila,
Ia dimulai dengan perpecahan,
Diteruskan dengan prasangka,
Membezakan kemampuan manusia,
Dipenuhi dengan salah faham,
Dan niat bukan kepada Allah tapi untuk jemaah.

Yang menjadi tujuan yang utama ialah membawa manusia kepada Allah bukan jemaah.
Yang menjadi pegangan kita ialah bergantung kepada Allah bukan kepada murobbi atau manusia.
Yang menjadi teras kita ialah tsiqah kepada Allah, Rasulullah SAW, dan para nabi.
Yang harus kita jaga ialah hubungan dengan Allah (ibadah) dan hubungan dengan manusia (akhlak).

Jika ada yang membenci usrah,
Jangan dibenci usrah itu,
Kerana usrah itu indah,
Ia salah satu wasilah dakwah dan tarbiyah Rasulullah SAW dan para sahabat.
Tetapi mungkin salah manusia yang penuh khilaf,
Yang ingin berbuat kerana Allah,
Tapi tersalah langkah.

Jangan dibenci islam,
Kerana islam itu indah,
Salah umat islam (kami) itu sendiri,
Kerana tidak mengamalkan islam yang sebenarnya.

Jadi, 
Bangkitlah dan cari lah resolusi.
Hayati islam yang sebenar berteraskan al-Quran dan sunnah.
Kerana di akhirnya kita hanya perlukan Allah.
Bukan manusia yang akan menilai.

Semoga kita menjadi manusia yang berfikir.
Dan jadi lah manusia yang bertanya.
Supaya kita tidak hilang arah tuju.
Sedangkan al-Maududi menyuruh supaya kita bertanya walaupun kepada orang yang mengajarkan agama kepada kita. (Dasar-Dasar Islam)






No comments: