Wednesday, August 21, 2013

what makes me strong and keep struggling

bila mengimbau kenangan lama.. Masya Allah.. rasa ngeri pun ada... 

ni lah gambar sebelum dan selepas operation. 
diseases : cushing syndrome.
symptoms : moonface, striae, buffalo hump, emotional disturbance, back pain etcss

the most struggling phase is the moment when i had the emotional disturbance. kadang2 saya nangis tak tentu pasal. cepat risau,. cepat marah. and so on lah. & sometimes i wonder what's actually my problem is? i didnt enjoyed the every single moments i had in KMB. kadang2 rasa macam orang gila :p lol. thats true.

sampai saya terfikir, layakkah aku nak jadik doktor.? saya pernah hampir give up untuk teruskan pengajian di KMB. tapi, 1 benda yang buat saya terus kuat ialah,... PADA SUATU MALAM, di mana saya sudah sangat letihhhhhhh, saya doa, "Ya Allah, jika aku masih berguna dan diperlukan dalam hidup ni, bangunkan lah aku pada esok pagi dan kalau tidak, Kau ambillah nyawaku."

dan Alhamdulillah, esoknya saya bangun dgn tenang. dari situ saya yakin yang saya memang ditakdirkan untuk menjadi seorang doktor dan memenuhi cita2 saya. (ini adalah cara saya memberi semangat buat diri sendiri). saya berperang dengan diri sendiri untuk meyakinkan diri saya bahawa saya boleh. lagipun, sejak kecil saya dididik untuk tidak mengatakan susah. contoh, masa kat MRSM, ibu cakap, "kalau org lain boleh dapat 3.5 above, kenapa adik tak boleh?" saya sentiasa pegang kata2 itu sehingga apabila seorang doktor memperlekehkan usaha saya untuk menjadi seorang doktor, saya yakinkan diri saya bahawa 1 hari saya akan membuktikan bahawa saya akan menjadi seorang doktor yang bertanggungjawab.

teringat semasa saya ada interview dgn pihak USM KLE. saya menceritakan kisah saya berjumpa dengan pelbagai jenis doktor. seorang panel bertanya, "doktor jenis macam mana awak nak jadi?" "saya nak jadi doktor yang bertanggungjawab, memotivasikan pesakit dan menjadi kawan kepada mereka" in sha Allah.

dan cita-cita inilah yang membuatkan saya bertambah semangat untuk sembuh dan saya nak menjadi doktor yng berbakti kepada agama nusa dan bangsa. in sha Allah :)

1 comment:

Unknown said...

waa, sedih. T_T

insyaAllah, awk boleh punya Ayu! teruskan usaha walau di mana pun berada. semoga berjaya di dunia dan akhirat. buktikan pada mereka. ;)) may Allah bless you~ ^^