Assalamualaikum wbt.
Dulu masa kat sekolah menengah, saya suka tulis semuaaa impian saya. Antaranya
1. Nak jadi doktor.
- Alhamdulillah n InshaAllah ianya akan termakbul dalam masa 5 tahun lagi.
2. Nak sambung belajar kat RCSI, Ireland.
- Yang ni takde rezeki :) dapat India. saya doa Allah beri tempat yang terbaik dan inilah hasilnya.
3. Nak join Mercy.
- Alhamdulillah tercapai. tapi masih belum sempat join mana2 aktiviti. juz pergi masa 1st time untuk ahli baru.
4. Nak jadi pakar pediatrik.
- Yang ni tetiba saya macam dah tukar, nak jadik O&G, tapi Endocrine pun ok jgk. nantilah dulu :p
5. Nak bawak ayah n ibu umrah ke Kota Mekah.
- InshaAllah bila bekerja dan mampu.
6. Nak buka rumah anak2 yatim.
- Doakan saya ;)
bila saya belek2 check list ni, (sebenarnya banyak lagi check list yg lain) kadang2 saya terfikir kenapa apa yang saya nak kadang2 tak dapat dan apa yang saya taknak kadang2 dapat (macam PLKN. hehe). sebelum ni, saya tak pernah mencari jawapan, saya hanya tertanya-tanya dan JUST FOLLOW THE FLOW. tak pernah nak mencari hikmah di sebaliknya.
sehinggalah suatu ketika, bila saya dapat tawaran ke KMB dan bakal ke luar negara, baru saya sedar kenapa saya dapat PLKN dan tak dapat SPC MARA. sebab, kalau SPC (ikut result trial) , kemungkinan takkan fly.
pernah juga saya rasa sedih kenapa lah saya tak pilih UM dulu. kalau tak setahun je, lagi best, ada yam, boleh fly ke india jugak. *daripada KMB, konon nak g irealnd sekali tak dapat, baik duduk UM je dulu*. tapi bila fikir2 balik, baru saya sedar 1 perkara. jika saya di UM dan sakit, kemungkinan besar saya tak dapat fly ke india bersama sahabat saya. dan mungkin keputusan saya tak melayakkan saya untuk mengambil bidang perubatan. SubhanaAllah.. betapa hebat peraturan-Nya.
al-Baqarah : 216 - "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
Jadi, suka cita saya ingin berkongsi bahawa setiap hari, kita refresh bahawa setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Hidup ni kan macam puzzle.
No comments:
Post a Comment