Assalamualaikum wbt.
ape kono dgn tajuk post kali ni? hehe ^^ meh saya cerita sikit.
Sejak sekolah menengah, saya dah berazam yang saya nak menjadi seorang doktor dan saya nak sambung belajar di Ireland, specifically di Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI).
Sepanjang di KMB, saya dah menghdapi 4 interview untuk Ireland.
1st : interview untuk AUCMS *yang ni saya termasuk dalam KIV list*
2nd : interview untuk PMC *yang ni pun KIV list*
3rd : interview untuk IUMC *yang ni tak dapat*
4th : interview untuk RCSI *yang ni hanya nama terpilih, pertama kali dibuat selepas dah beberapa lama tak buat. 20 orang dipilih dari 27 org yang interview*
Alhamdulillah saya terpilih untuk RCSI. syaratnya ialah IB point 35 tanpa bonus point. Seperti yang ramai tahu, saya tak datang kolej selama 2 bulan kerana melakukan pembedahan. jadi saya hanya target 30 pun ok. tapi Alhamdulillah, Allah bagi saya 34+1 bonus. walaupun saya tak lepas University requirement, tapi saya lepas MARA. malam dapat result tu, saya berbelah bahagi untuk pergi Ireland atau India. sebab saya nak tempat di mana kemudahan pembelajaran senang (CADAVER). saya rasa nak apply India tapi parents agak risau akan tahap keselamatan. jadi takpela, saya tunggu adakah RCSI akan terima saya. dalam masa yang sama, saya berikan nama untuk USM KLE. saya juga berdoa agar Allah tetapkan tempat yang terbaik untuk saya.
dan ternyata, tiada rezeki saya ke RCSI. terkilan? saya kecewa sikitttt. yelah sebab tu impian masa sekolah lagi. tapi saya fikir balik, mungkin RCSI bukan tempat yang terbaik. dan saya cubalah interview USM KLE. sebelum itu, saya dapatkan restu ibu dan ayah dulu. pujuk pujuk pujuk, OK, saya pun menghadiri interview di KMB.
sejak tarikh tu, saya asyik cek emel je, nak tahu sama ada dah keluar result interview ke belum. ada kawan2 saya yang dah dapat call dari USM KLE yang mengatakan mereka berjaya. tapi saya takdepun. takpelah tunggu je. dan semalam (2 ogos), masa tu kami otw balik kampung hantar atok kat rumah paktam, ada kereta saudara ayah rosak, 45 minit tengah tunggu ayah dan abang repair, tetiba dapat call dari USM KLE dan mengatakan saya berjaya. Alhamdulillah :) terus bagi tahu keluarga. mereka semua gembiraaaa :D
Alhamdulillah. sesungguhnya, saya yakin, Allah sebaik-baik pemberi tempat. dan Dia tahu USM KLE adalah tempat yang terbaik. mungkin India tak se-Gah UK, Ireland, Russia, takde salji, tapi inshaAllah, saya akan membuatkannya berwarna warni dengan kehadiran saya. *over pulak*
ok bye2 :D
ok bye2 :D
p/s : seseorang yang saya RINDU *sangat* ada di situ! hehe :)
3 comments:
Ayuuuuu congratzzzzz!
eheemmmmmm. ahahhahaa
ayuz : tenkiuu :D
yam : ape? hahaha.. org tu bukan kau tau :p
Post a Comment