Monday, October 24, 2016

Tested But Blessed

Last few weeks, I was having kind of mental breakdown due to some matters in Malaysia. Crying like heavy rain during usrah. Sampai tersedu-sedu. I was trying to hide everything from my usrahmates but no i cant. I need someone to console me. So, time usrah lah I spilled everything out. 

And recently, (semalam kot) I was holding back my tears but one of my usrahmates knew something was not okay and then she hugged me. And there I was, crying silently in her comforting hug. 

Last month, that night, few hours before I received that sad shocking news, I was having muayashah with my usrahmate. Then I told her, "kita dah lama tak nangis. tak rasa macam Ya Allahhh i need you." i was afraid i'll be robot dakwah. And then, after that few hours, Allah gave me the news and I was crying and crying.

Despite everything that happened, I told my other usrahmate, "Alhamdulillah, ujian ni tak buat kita jauh dari DnT. But, I love DnT even moreee. I think during usrah/daurah/ anything, I find peace and happiness." 

Walaupun di uji, tapi aku rasa tenang. Walaupun sedih, tapi aku jumpa bahagia. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. (I cant describe this feeling but i really feel blessed). Thank you Allah TT

When I was reading al-Quran, I came cross this verse.

Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. 
Tidak ada perubahan bagi janji-janji Allah.
Demikian itulah kejayaan yang besar. 
(10:64)



Buat yang sedang di uji, mohonlah kepada Allah semoga sentiasa diberi ketenangan dan ketabahan dalam menghadapi ujian dariNya. Semoga hati ini sentiasa berlapang dada dan redha dgn apa yg ditentukan Allah. Pasti ada berita gembira di hujung cerita.





Yakinlah, Allah bagi hujan kat kita sebab Allah nak bagi pelangi.




Saturday, June 25, 2016

USMKLE : Congratulations seniors !

Alhamdulillah alhamdulillah :)
All of our 5th year seniors pass final year with flying colors.
You are now out of hot frying pan.
Next, ready for grill? Hehe

Wish you all the best for houseman-ship.
Doakan kami juga :)
Surely will miss all of you. 


p/s : im getting older too



Friday, May 13, 2016

Second Fracture.

I'm not good at expressing my feelings.
I'm not good to say soothing words.
Because I think my mind works faster during writing.
p/s : but still not good enough to be a writer. I wish. :p

This post is dedicated to someone. 
(Nak tulis kat FB malu. Tulis kat sini la. Tak ramai org baca. Hehe)


*****

Sooooo.......
Yes, we had a second fracture.

'Fracture' tak cukup kot.
Open, oblique, fracture. With wound + ulcer 10X10 cm. 
Tak boleh describe lah macam mana.

"Allah ni push kita to the limit. In which, to some extent, kita takde sebab lain untuk bertahan kecuali sebab Dia."

Ujian yang sama. 
Dan duration tu less than A YEAR.
Fuhhhh...


*****

Pernah tak kita fikir kenapa Allah ni uji kita banyak kali?
Ujian yang sama. Ujian yang bertubi-tubi.
Sampaikan hati ni dah pecah, remuk, crush, berkecai, patah.
Kenapa eh?

Second fracture.
Dan masa akan datang nanti mungkin kita akan menghadapi lebih banyak fracture sampai pain receptor kita dah hilang. Mungkin.

Tapi kenapa bertubi-tubi.?


*****

Bone fracture.
Ada teori cakap, bila tulang tu sembuh (healing), tulang baru yang terhasil akan lebih kuat daripada sebelumnya. 
Lebih kukuh. Lebih tahan lasak. Lebih utuh. 

Macam tu juga hati.
Allah bagi kita ujian yang sama bertubi-tubi supaya kita kuat.
Dan sebagai persediaan yang masa hadapan nanti lebih mencabar.
Mungkin juga kita akan menjadi orang yang melukakan. Nauzubillah.

Masa depan ni uncertain.
Manusia pun.
Dalam kita mendoakan orang lain, jangan lupa doa kan diri kita supaya tetap kuat dan tsabat.
Sebab Allah tu membolak balikkan hati manusia.
Kita ni tak terjamin pun akan selama-lamanya dalam DnT.
Tapi kita doa supaya Allah kekalkan kita.
Sampai tulang rapuh tak terdaya. 
Dan harapnya penyebab kita tak lain dan tak bukan ialah sebab Allah semata-mata.


*****

Dalam dunia ni, semua orang terluka.
Semua orang ada ujian masing-masing.
Tak adil untuk cakap kita lah orang yang paling terluka.

Untuk yang lain,
Hmm... Be strong!
Im too shy to give a big hug. 


Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. 
(2:45)





Monday, May 9, 2016

Pilihan

Antara khilaf, benci dan cinta.
Aku pilih cinta.


*****

"Takde siapa yang boleh predict future mcm mana. Yang kita rasa qawwiy, boleh jadi tertinggal. Dan yang kita rasa tengah unstable, maybe mereka yang akan stay."

"Betul. Sebab tu orang cakap future is mystery."

"Tapi jangan plk kita cakap org2 yg dah tak join ni futur ke apa. They might have a reason why."


*****

We can't judge, ladies.
Sebab kita tak tahu masalah seseorang. Pedihnya hati dia. Bercelarunya fikiran dia.

"Everyone has a different level of test."


*****

Untuk segala cinta yang pernah kita tuai di jalan ini,
Semoga engkau jumpa ketenangan yang dicari.
Semoga terlerai segala kekusutan yang melanda.


*****




Tuesday, May 3, 2016

What Should WE Do?

#AleppoIsBurning

Aleppo IS BURNING !
Syria
Palestine
Yaman
Mesir

ISLAM


Kita buat apa ni?
Menangis putus cinta.
Berebut beli kopi/tudung/etcs.


Aku lihat mereka di sana sedang tenat.
Tapi rupanya di sini juga tenat.


Agamaku sedang di hina. Tapi aku masih terlena.



Thursday, April 21, 2016

Memori Lama

Pernah tak, bila dengar sesuatu lagu, ia mengingatkan kita pd memori2 lama.
Malam ni tiba2 tergatal tangan nak dengar lagu yang buat aku rindu zaman2 sekolah.
Fuhh.. Dah tua rupanya.

.
.
.
.
.
Mengeluh panjang.
Rindu nya! Rindu sangat sangat!
.
.
.
.
.
Cuba pejam mata.
Agaknya dapat balik tak mengimbau memori dan perasaan yg ada masa tu?
Memori ada.
Perasaan takde.
Nak ulang balik perasaan tu boleh tak?
Rasa free from any responsibilities.
Rasa bahagia.
Rasa jelas matlamat. (SPM 9A+) ceh..
Rasa best!
.
.
.

Tiba-tiba aku tersedar satu benda.
Masa dah berlalu dgn sangat pantas.
Dan Allah dah buka mata kita, tunjukkan apa yg salah dan apa yg betul.
Ada perasaan2 yg salah yg tak patut ada. Dan perasaan tu Allah lenyapkan.
Perasaan yg tak salah, masih ada. Contohnya, nikmat sahabat.
Alhamdulillah sampai sekarang masih rapat.
I MISS THEM  SO MUCH!

People come and go.
Ada yg dtg dlm hidup kita utk tumpang lalu je.
Dan ada yg dtg dlm hidup kita utk membantu.
I have experienced BOTH.
How time flies. :)

Muhasabah.
Today I am very grateful for those who stay with me till now.
Orang2 ni lah yg dulu kami bercakap pasal MASA DEPAN.
Memasang impian untuk masuk universiti yg sama.
Tapi, Allah lebih hebat merancang.
Walaupun masing-masing berjauhan, Alhamdulillah kita masih bersama.

Yang paling penting,
Allah dah susun perjalanan hidup kita PERFECTLY!
Takde kurang, takde lebih.
Kadang2 kita jatuh, kadang2 kita naik. 
Just believe He has something special for you.

'Ya Allah, can you gather all of us in Your jannah soon? Please.'



Wednesday, April 20, 2016

Kisah Tentang Luka

Orang-orang terluka merasakan sakit bukan kerana apa yang sedang terjadi di luar memang menyakitkan. Dia merasakan sakit itu kerana dia sedang terluka. Lukanya bengkak dan bernanah.

Kesalahan besar dari orang-orang terluka adalah mereka tidak segera menyembuhhikan luka lamanya. Tusukan yang mengganggu itu dibiarkan. Jadilah mereka orang-orang yang enggan berubah.

~Petikan dari Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A. Fillah


*****

Terluka lalu bersedih itu normal.
Sedangkan Rasulullah SAW pun pernah melalui peristiwa2 yang membuatkan beliau terluka dan bersedih.
Tapi, dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang Allah katakan 'Jangan bersedih.'
Perasaan sedih yang berlama-lama itu tak wajar.
Kerana perasaan sedih tu akan membuatkan kita susah untuk ke hadapan.
Terlalu berlama-lama dalam kesedihan membuatkan seseorang hilang semangat.
Jika sedang bersedih, cari lah Allah. Minta lah bantuan Allah supaya mengeluarkan kita daripada kesedihan tu.
Yakin bahawa setiap apa yang terjadi adalah susunan terindah dari Allah.
Yakin bahawa Allah akan menggantikan yang terbaik...

*****

This post is specially dedicated to my best friend. :)
It's hurt to know that you're not okay 
And it hurt me more when I cant do anything for you.
Even a 5-minute call seems so hard.
But I know you need some space. 
To think. And to calm down. 
But, may you find peace through the remembrance of Allah.

"Sometimes you find yourself in the middle of chaos, 
and sometimes in the middle of chaos,
you find yourself."



Footnote : Mungkin ini masanya utk kita lebih rapat dan memahami ayat cinta dari Allah. T.T







Thursday, April 14, 2016

Long Case Teach Me About...

2.30 pm.

"Group 4, ready."

Lambat 45 minit dari waktu yang ditetapkan. Tak sabar nak habis long case awal. Debaran pun dah semakin kurang. Relax. Chill. Rigor. Eh :p

Lepas beratur ikut Roll Number, kena lucky draw pulak untuk tentukan kita dapat department apa. Ada 4 department.

1 = Medicine (M)
2 = Orthopedic (O)
3 = Obstetric (G)
4 = Surgery (S)

Sejujurnya, aku mengharapkan dapat Surgery atau Obstetric. Sebab rasa lebih prepare. Tapi dalam masa yang sama berdoa supaya Allah bagi yang terbaik. Kadang-kadang apa yang kita mintak dari Allah, bukan yang baik untuk kita. Tapi apa yang Allah bagi, itu lah yang terbaik. So, lepas lucky draw, aku dapat M3! Medicine dept bed 3. Ohh nooo! Alamakkk! Muka memang cuak sangat. Kawan yang dapat medicine pun cuak. Tapi untuk menenangkan diri masing-masing, dia tepuk2 belakang aku sambil cakap, "Takpe yu. Medicine memang susah. Tapi inshaAllah senang dapat markah." Ok. InshaAllah. Takpe ayu. This is the BEST from Allah.

Bila masuk, greet patient. Dan.... Patient taknak cooperate. T.T Pesakit jantung. Maybe dia penat sebab asyik kena examine je dari tengah hari. Translator lambat sampai. Patient pula cakap takde apa2 chief complaint. Just datang utk surgery. Chest pain, sweating & any symptoms for CVS problem dia takde. Nak tulis apa niii dkt case sheet? Ok takpe. Try to keep calm. Alhamdulillah translator sangat membantu. May Allah gives you His greatest blessing.

Tengah syok buat history taking, tiba2 staff cakap, 5 minutes left. Whatt.?? Baru 30 minit. Alamak examination tak start lagi. History baru sampai Family History. Xpe la. Letak pen. Start buat examination. (Masa exam kami dipendekkan T.T)

And directly on that moment, baru tersedar yang examination untuk CVS tak banyak pun. Inspection, Palpation, Auscultation. Masa tu rasa mcm nak sujud terus. Bersyukur nya. Now i know. Betul. This is the best for me. Alhamdulillah. And within 5 minutes tu, alhamdulillah sempat buat examination yang penting. At least i got something to present to the lecturers. :) 

Bila lecturers datang, dapat seorang lecturer yang sangat baik. Pernah cakap kat kawan. "Bestnya kalau Dr. Walvekar yang jd examiner." Just a simple thought and Allah granted my dua. :') . Rasa nak nangis terharu lagi. And the rest, let it be history. :)





Kesimpulannya,

I know I haven't done perfectly neither I gave all out for this Long Case examination. History pun banyak compang camping. Examination ada je yang tertinggal. Soalan pun ada je yang tergagap2 jawab, terkebil2 mata, senyum2 kambing tengok lecturer. Hehe. Tapi, I didn't think that was a big problem since Allah helped me A LOT along the examination. Ketenangan.

Few days before exam, rasa sedikit distracted. Group batchmates kat Whatsapp mula rancak share info itu ini. Sedangkan diri ni rasa banyaknyeeee tak study. Plus, takde study group untuk long case ni. Tengok orang lain, selalu pergi hospital, study group pagi petang siang malam. But me? 

Lepas tu tersedar yang.... selama ni aku tersalah pandang. Terlalu pandang usaha. Kalau banyak study, Allah bagi tiptop. Kalau kurang, habis lah kau.... Tapi, lupa ke kita siapa yang tentukan semuanya. Sunnatullah memang, siapa yang berusaha, Allah akan bagi. Even dalam surah an-Najm pun Allah cakap mcm tu. Tapi, jangan sampai kita terlalu memandang usaha sampaikan kita lupa kuasa Allah. Kita lupa ada kuasa ghaib yang sedang menyusun perkara terbaik untuk kita.

Dan kadang-kadang, Allah permudahkan urusan kita bukannya sebab usaha2 kita je. Mungkin juga Allah permudahkan urusan kita sebab kita pernah mudahkan urusan orang lain. Mungkin juga dari doa-doa ibu bapa, kawan2, dan doa orang2 yang pernah kita tolong suatu masa dahulu. Exam week betul2 mengajar aku sanggup tak korbankan sedikit masa untuk menolong kawan2 yang dalam kesusahan. Mungkin kita terlalu fikir kan exam, tapi pegang suatu benda (note for myself too), yang kalau kita tolong orang, Allah akan tolong kita pulak. Kalau kita korbankan sesuatu, Allah akan bagi hadiah. InshaAllah.


Katakanlah, "Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya." Dan apa saja yang kamu infakkan, 
Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.
(34:39)



Monday, April 11, 2016

Long Case

A very quick update.
13th April adalah hari yang mendebarkan bagi pelajar2 3rd year USMKLE.
Kami ada long case exam... T.T
Mohon tembakan doa semua orang. :)

"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya,
kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna,
dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu),"
(An-Najm 53 : 39 - 42)

Semoga tetapi istiqamah berusaha dan bertawakal. :')))






Wednesday, March 16, 2016

COMMITMENT vs KEFAHAMAN

'Kena save kan sabtu malam sampai ahad tau. InshaAllah ada daurah.'

'Haaa? Xde orang bagitahu punn.'

'Ooo dorang terlupa la tu kot.'

'Oh nooo.'

*****

3 exams berturut2 dari bulan April sampai Mei.
Busy! Busy! Busy!
Nak practice long case, nak pergi hospital. Macam mana ni?
Banyak nya benda. 
Tiba-tiba rasa nak menangis.

Dalam diam, hati mulai memberontak. Kenapa ada daurah? Banyak tak study lagi ni. Dan malam tu lah air mata melimpah ruah. Mungkin dek kerana beban yang terpendam selama ni, akhirnya ia pecah. Ya Allah, kuatkan aku.

Tapi, dalam satu sudut yang lain, hati mula memujuk. Kau dah tahu tujuan hidup kau. Kau dah tahu kenapa kau wujud di muka bumi. Tapi kenapa kau masih menolak? Kalau kau menolak wasilah-wasilah tarbiyah yang membawa engkau dekat dgn Allah atas alasan 'COMMITMENT', sia-sia lah 'kefahaman' kau tentang ABID & KHALIFAH. Mana hasil atas 'kefahaman' tu? Kita kata kita sudah faham. Kita kata kita dah sedar. Tapi bila seruan datang, kita tinggalkan. Sedangkan kita sudah tahu macam mana para sahabat berjuang dulu. Kita tahu macam mana Rasulullah SAW berusaha memastikan Islam tersebar untuk kita. Ternyata, kita memang tak boleh lari dari tanggungjawab yg Allah dah perintahkan. Kita memang kena hadapi semua tu. Sebab kita dah jelas. (Hopefully).

*****

'Saya pun berat je sebenarnya. Tapi sabar ya. Dunia kan penjara untuk orang yang beriman. Kadang2 kita rebel sebelum pergi program, tapi bila kat sana, kita rasa tenang. Sebab tu lah hiburan orang2 beriman. InshaAllah.'

'Sebelum ni, kalau rasa berat, saya doa supaya Allah cancel kan wasilah2 tarbiyah tu.. Kali ni saya nak berubah. Saya nak berdoa supaya Allah melapangkan hati saya dan redha.'

*****

Katakanlah, "Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdangangan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (9:24)


Ini lah realiti hidup kita yang sebenarnya. Hidup ini adalah perjuangan untuk Allah dan rasulNya. Takkan alat nak lebih besar dari matlamat? Semoga Allah kuatkan hati2 kita semua. InshaAllah.


p/s : After all, we are all human being.





Monday, March 7, 2016

That 'QUESTIONS'

https://www.youtube.com/watch?v=9xhZ00xnHIA


Tak pernah jemu tengok video ni. Dari dulu sampai sekarang.
Kisah seorang atheist mencari agama. And finally he found it. Alhamdulillah :)
Kejadian2 yang menimpa hidup dia membuatkan Abu Bakar (previously Ruben), tanya diri dia sendiri, 'Why am i here? What is the meaning of life?'

Semua orang akan ada at least sekali pertanyaan macam ni dekat diri sendiri. Cuma ada orang yang akan mencari jawapan. Dan akan ada orang yang distract fikiran dia daripada mencari jawapan dan akan cuba lupakan soalan2 tu. Sebab mungkin kita terlalu seronok dgn dunia dan kita takut untuk berfikir tentang mati. (It was me before).

Dulu masa sekolah menengah, aku ada satu buku nota kecik. Dalam tu aku tulis semua target yang aku nak capai. Nak dapat 3.50 above setiap sem. Nak dapat top 10 masa grad form 5. Nak jadi BWP Biro Puteri. Nak amek medic. Nak fly. Nak jadi doktor. I have a plan for 10 years ahead! Alhamdulillah setakat ni impian yang aku nak capai semua dapat. Cuma nak jadi doktor tu belum lah. 

But then, i started to ask myself that question. Why am i here? Lepas jadi pakar pediatrik (my future goal), jadi apa? I will have a family (kot), house, car, salary and everything! Then, what's next? And seriously, aku terlalu takut untuk fikir pasal mati. Sampai kan kadang2 aku tak nak fikir pasal mati. Tapi soalan tu asyik berlegar2 meminta jawapan dan akhirnya, alhamdulillah jumpa.

Sibuk fikir plan jangka masa panjang. Tapi lupa untuk fikir plan jangka masa yang kekal dan utk selama-lamanya iaitu di akhirat nanti.

Semoga Allah kurniakan taufiq dan hidayah kepada kita semua. Amin..


Monday, February 22, 2016

Virus-Virus Ukhuwah

"Aku rasa 'someone' ni ada prasangka la dgn aku. Kenapa kalau kita buat baik, orang tu tak nampak pun. Tapi lepas kita habis je baca quran, baru orang tu dtg jumpa kita n kita masa tu tengah bukak facebook ke apa ke. Then, kena sound."

"Mungkin Allah nak lindungi amal-amal kau kot. So that niat kau ikhlas beramal sebab Allah. Bukannya sebab tak nak nampak jahat di mata manusia."

(situasi hanya rekaan semata-mata)

*****

Macam dalam surah al-Ikhlas. Takde pun perkataan ikhlas dalam surah tu. Tapi kenapa nama surah tu al-Ikhlas? Sebab surah al-ikhlas tu tentang kita meng-esakan Allah. Dan ikhlas itu takkan disebut-sebut. Ikhlas itu terzahir melalui amal perbuatan. Ikhlas itu kita redha dan niat kerana Allah. Takde sebab lain kenapa kita berbuat sesuatu melainkan hanya kerana Allah. See, make sense right?

Dalam situasi kat atas ni, mungkin betul that 'someone' berprasangka, tapi takut2 orang yang terasa ni pun sebenarnya berprasangka. Itu ke win-win situation? Hehe. 


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain..." (49:12)


Ayat ini menyeru orang2 yang beriman. Bukan orang2 kafir, dan bukan jugak orang2 munafik. Sebab, orang2 beriman ni pun manusia biasa yang tak terlepas dari penyakit2 hati. Dah terang lagi bersuluh Allah cakap, sebahagian prasangka tu dosa. Sebab dari prasangka wujud masalah2 yang memakan rantai ukhuwah kita. (The virus2 ukhuwah). Tak kira lah sesama akhawat atau pun keluarga, sepupu sepapat dan sebagainya.

The best solution is tabayyun. Berbincang tanpa emosi. Saling berterus terang dan tujuan utama dia ialah untuk menyelesaikan masalah yang ada. Kill that virus!! ;) Tapi, i know it's hard utk perempuan tolak emosi ke tepi. Hehe. But at least, we try. 


Jauhi prasangka, hidup bahagia.

Sekian, assalamualaikum wbt.
Adios amigos. 


Mangalore 2015



Friday, February 19, 2016

My Second True Passion

Found this from internet :

Finding Your True Passion In Life

1. What puts a smile on your face? Is there a particular event, a particular topic that makes your whole face just lighten up? Whatever it is that makes you smile, and makes you happy whenever you encounter it, this is a sign of something you are passionate about.

2. What do you find easy? Usually, what we find easy for us to do, will be related to what we are passionate about. It's very hard to hate something that is very easy for us!


*****

Alhamdulillah. Dapat recharge energy lepas balik dari cuti CNY haritu. Abang kahwin. Ibu ayah happy. Kumpul saudara mara. That is one of my greatest blessings.

Dan lepas tu Allah tambah lagi dengan nikmat yang lain. Outing dgn kawan2 yang tak dirancang. Syiera dan Amalina. Memandangkan kami je yang berada di Johor masa tu. Hihi ^^ 

We talked a lot about life. Kehidupan berubah. Topik perbualan pun dah berubah. Masing2 pun semakin matang. Tapi hanya satu benda yang tak berubah... : smile on my face. Bila jumpa ex-classmates, automatik mood akan ceria, semangat yang hilang akan naik semula dan everything! Sampai kan ayah cakap "ayah perasan adik kalau jumpa kawan2 sekolah lama nampak ceria sangat."
Hehe. Sebab tu ayah ibu pun sayang ex-classmates sebab dorang lahh yang memainkan peranan untuk naikkan semangat aku masa aku sakit dulu.

Beberapa kali juga terkeluar dari mulut "Ya Allah... Hebat kan aturan Allah." Semua dah ada kerjaya masing2. Dah ada life sendiri. Mungkin dalam masa beberapa tahun akan ada yang mendirikan rumah tangga. :p Tapi, Alhamdulillah, kita masih contact each other dan dapat jumpa walaupun sekejap je.

Daripada hal kerja, akademik, peribadi, semuaa kita cerita. Dan sejujurnya, lepas aku cerita semua kisah pasal aku, belajar, tanggungjawab, i feel a huge relief. berat di bahu seolah-olah berkurangan. Betul kata syiera, kita semua berada di profesion yang lain. Life kita pun dah lain. So sometimes even kita cerita struggles kita between each other, kita takkan dapat fully understand pasal apa yang kawan kita rasa. Tapi (again), "cukuplah kau jadi pendengar yang setia."

Betul. Mana mungkin budak software programmer faham struggles budak medic. Mana mungkin budak medic faham struggles budak ACCA. (both of them dah kerja). But, it's amazing! It's enough to make us happy and relief.

Alhamdulillah. thank you Allah for this chance. Dalam sedikit keserabutan, Allah tahu yang terbaik untuk kita. 


*****

Indeed, Allah tahu segala isi hati hamba-hambaNya. Dia tahu yang manusia perlukan constant reminder dan sebab tu Allah ciptakan manusia lain untuk memberi peringatan & saling melengkapi. We cant deny the fact that we need each other.