Wednesday, March 16, 2016

COMMITMENT vs KEFAHAMAN

'Kena save kan sabtu malam sampai ahad tau. InshaAllah ada daurah.'

'Haaa? Xde orang bagitahu punn.'

'Ooo dorang terlupa la tu kot.'

'Oh nooo.'

*****

3 exams berturut2 dari bulan April sampai Mei.
Busy! Busy! Busy!
Nak practice long case, nak pergi hospital. Macam mana ni?
Banyak nya benda. 
Tiba-tiba rasa nak menangis.

Dalam diam, hati mulai memberontak. Kenapa ada daurah? Banyak tak study lagi ni. Dan malam tu lah air mata melimpah ruah. Mungkin dek kerana beban yang terpendam selama ni, akhirnya ia pecah. Ya Allah, kuatkan aku.

Tapi, dalam satu sudut yang lain, hati mula memujuk. Kau dah tahu tujuan hidup kau. Kau dah tahu kenapa kau wujud di muka bumi. Tapi kenapa kau masih menolak? Kalau kau menolak wasilah-wasilah tarbiyah yang membawa engkau dekat dgn Allah atas alasan 'COMMITMENT', sia-sia lah 'kefahaman' kau tentang ABID & KHALIFAH. Mana hasil atas 'kefahaman' tu? Kita kata kita sudah faham. Kita kata kita dah sedar. Tapi bila seruan datang, kita tinggalkan. Sedangkan kita sudah tahu macam mana para sahabat berjuang dulu. Kita tahu macam mana Rasulullah SAW berusaha memastikan Islam tersebar untuk kita. Ternyata, kita memang tak boleh lari dari tanggungjawab yg Allah dah perintahkan. Kita memang kena hadapi semua tu. Sebab kita dah jelas. (Hopefully).

*****

'Saya pun berat je sebenarnya. Tapi sabar ya. Dunia kan penjara untuk orang yang beriman. Kadang2 kita rebel sebelum pergi program, tapi bila kat sana, kita rasa tenang. Sebab tu lah hiburan orang2 beriman. InshaAllah.'

'Sebelum ni, kalau rasa berat, saya doa supaya Allah cancel kan wasilah2 tarbiyah tu.. Kali ni saya nak berubah. Saya nak berdoa supaya Allah melapangkan hati saya dan redha.'

*****

Katakanlah, "Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdangangan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (9:24)


Ini lah realiti hidup kita yang sebenarnya. Hidup ini adalah perjuangan untuk Allah dan rasulNya. Takkan alat nak lebih besar dari matlamat? Semoga Allah kuatkan hati2 kita semua. InshaAllah.


p/s : After all, we are all human being.





No comments: