https://www.youtube.com/watch?v=9xhZ00xnHIA
Tak pernah jemu tengok video ni. Dari dulu sampai sekarang.
Kisah seorang atheist mencari agama. And finally he found it. Alhamdulillah :)
Kejadian2 yang menimpa hidup dia membuatkan Abu Bakar (previously Ruben), tanya diri dia sendiri, 'Why am i here? What is the meaning of life?'
Semua orang akan ada at least sekali pertanyaan macam ni dekat diri sendiri. Cuma ada orang yang akan mencari jawapan. Dan akan ada orang yang distract fikiran dia daripada mencari jawapan dan akan cuba lupakan soalan2 tu. Sebab mungkin kita terlalu seronok dgn dunia dan kita takut untuk berfikir tentang mati. (It was me before).
Dulu masa sekolah menengah, aku ada satu buku nota kecik. Dalam tu aku tulis semua target yang aku nak capai. Nak dapat 3.50 above setiap sem. Nak dapat top 10 masa grad form 5. Nak jadi BWP Biro Puteri. Nak amek medic. Nak fly. Nak jadi doktor. I have a plan for 10 years ahead! Alhamdulillah setakat ni impian yang aku nak capai semua dapat. Cuma nak jadi doktor tu belum lah.
But then, i started to ask myself that question. Why am i here? Lepas jadi pakar pediatrik (my future goal), jadi apa? I will have a family (kot), house, car, salary and everything! Then, what's next? And seriously, aku terlalu takut untuk fikir pasal mati. Sampai kan kadang2 aku tak nak fikir pasal mati. Tapi soalan tu asyik berlegar2 meminta jawapan dan akhirnya, alhamdulillah jumpa.
Sibuk fikir plan jangka masa panjang. Tapi lupa untuk fikir plan jangka masa yang kekal dan utk selama-lamanya iaitu di akhirat nanti.
Semoga Allah kurniakan taufiq dan hidayah kepada kita semua. Amin..
No comments:
Post a Comment