"Aku rasa 'someone' ni ada prasangka la dgn aku. Kenapa kalau kita buat baik, orang tu tak nampak pun. Tapi lepas kita habis je baca quran, baru orang tu dtg jumpa kita n kita masa tu tengah bukak facebook ke apa ke. Then, kena sound."
"Mungkin Allah nak lindungi amal-amal kau kot. So that niat kau ikhlas beramal sebab Allah. Bukannya sebab tak nak nampak jahat di mata manusia."
(situasi hanya rekaan semata-mata)
*****
Macam dalam surah al-Ikhlas. Takde pun perkataan ikhlas dalam surah tu. Tapi kenapa nama surah tu al-Ikhlas? Sebab surah al-ikhlas tu tentang kita meng-esakan Allah. Dan ikhlas itu takkan disebut-sebut. Ikhlas itu terzahir melalui amal perbuatan. Ikhlas itu kita redha dan niat kerana Allah. Takde sebab lain kenapa kita berbuat sesuatu melainkan hanya kerana Allah. See, make sense right?
Dalam situasi kat atas ni, mungkin betul that 'someone' berprasangka, tapi takut2 orang yang terasa ni pun sebenarnya berprasangka. Itu ke win-win situation? Hehe.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain..." (49:12)
Ayat ini menyeru orang2 yang beriman. Bukan orang2 kafir, dan bukan jugak orang2 munafik. Sebab, orang2 beriman ni pun manusia biasa yang tak terlepas dari penyakit2 hati. Dah terang lagi bersuluh Allah cakap, sebahagian prasangka tu dosa. Sebab dari prasangka wujud masalah2 yang memakan rantai ukhuwah kita. (The virus2 ukhuwah). Tak kira lah sesama akhawat atau pun keluarga, sepupu sepapat dan sebagainya.
The best solution is tabayyun. Berbincang tanpa emosi. Saling berterus terang dan tujuan utama dia ialah untuk menyelesaikan masalah yang ada. Kill that virus!! ;) Tapi, i know it's hard utk perempuan tolak emosi ke tepi. Hehe. But at least, we try.
Jauhi prasangka, hidup bahagia.
Sekian, assalamualaikum wbt.
Adios amigos.
Mangalore 2015
1 comment:
tq dear adik ayu sbb slalu share cerita bermanfaat. :)
Post a Comment