Wednesday, August 21, 2013

what makes me strong and keep struggling

bila mengimbau kenangan lama.. Masya Allah.. rasa ngeri pun ada... 

ni lah gambar sebelum dan selepas operation. 
diseases : cushing syndrome.
symptoms : moonface, striae, buffalo hump, emotional disturbance, back pain etcss

the most struggling phase is the moment when i had the emotional disturbance. kadang2 saya nangis tak tentu pasal. cepat risau,. cepat marah. and so on lah. & sometimes i wonder what's actually my problem is? i didnt enjoyed the every single moments i had in KMB. kadang2 rasa macam orang gila :p lol. thats true.

sampai saya terfikir, layakkah aku nak jadik doktor.? saya pernah hampir give up untuk teruskan pengajian di KMB. tapi, 1 benda yang buat saya terus kuat ialah,... PADA SUATU MALAM, di mana saya sudah sangat letihhhhhhh, saya doa, "Ya Allah, jika aku masih berguna dan diperlukan dalam hidup ni, bangunkan lah aku pada esok pagi dan kalau tidak, Kau ambillah nyawaku."

dan Alhamdulillah, esoknya saya bangun dgn tenang. dari situ saya yakin yang saya memang ditakdirkan untuk menjadi seorang doktor dan memenuhi cita2 saya. (ini adalah cara saya memberi semangat buat diri sendiri). saya berperang dengan diri sendiri untuk meyakinkan diri saya bahawa saya boleh. lagipun, sejak kecil saya dididik untuk tidak mengatakan susah. contoh, masa kat MRSM, ibu cakap, "kalau org lain boleh dapat 3.5 above, kenapa adik tak boleh?" saya sentiasa pegang kata2 itu sehingga apabila seorang doktor memperlekehkan usaha saya untuk menjadi seorang doktor, saya yakinkan diri saya bahawa 1 hari saya akan membuktikan bahawa saya akan menjadi seorang doktor yang bertanggungjawab.

teringat semasa saya ada interview dgn pihak USM KLE. saya menceritakan kisah saya berjumpa dengan pelbagai jenis doktor. seorang panel bertanya, "doktor jenis macam mana awak nak jadi?" "saya nak jadi doktor yang bertanggungjawab, memotivasikan pesakit dan menjadi kawan kepada mereka" in sha Allah.

dan cita-cita inilah yang membuatkan saya bertambah semangat untuk sembuh dan saya nak menjadi doktor yng berbakti kepada agama nusa dan bangsa. in sha Allah :)

Tuesday, August 20, 2013

for you...





to muslims in mesir, syria, palestine, etcs, i'm so sorry for being soooo ingnorant.. i'm sorry....


POSITIVE responses for USM-KLE

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulilah ramai pakcik makcik, jiran2 cikgu, sedara mara, kawan2 tahu yang saya akan melanjutkan pelajaran di USM KLE. setakat ni, semua orang menggalakkan saya untuk pergi ke situ. dan paling menguatkan semangat bila guru penasihat BWP exco saya, iaitu exco puteri, Puan Haliza Malik sangat menggalakkan. 

Masa saya pergi ke MARA, saya melawat cikgu yang kerja kat tingkat 20. dulu cikgu adalah cikgu (--'), sekarang dah pindah HQ MARA. borak2, cikgu cakap 2 anak kembar cikgu pun akan ke India, Madras, dalam bidang medic. twinning dengan RCMP. cikgu kata, mula2 reluctant juga tapi ada someone pernah cakap yang medic India bagus. students boleh directly pegang patients. kalau mcm negara lain x boleh sebab dorang saman. lagipun, hutang murah,... ngeh ngeh ngeh :D

dan jiran pun cakap, dia ada suka pergi kat 1 hospital ni, sebab doktornya belajar kat india. servis memang baik dan pengetahuan pun luas. :)

dan kini, saya sangat yakin yang USM-KLE adalah yang terbaik buat saya. pada kawan2 yang dapat ireland, uk, aussie, etcs, yakinlah yang tu pun yang terbaik untuk korang kerana Allah adalah sebaik-baik pemberi tempat dan Dia beri tempat tu mengikut kemampuan kita. 

IAllah, dgn anugerah ini, terus mencari cinta-Nya dan belajar bersungguh-sungguh.


Monday, August 5, 2013

Checklist cita-cita VS Puzzle Kehidupan.

Assalamualaikum wbt.

Dulu masa kat sekolah menengah, saya suka tulis semuaaa impian saya. Antaranya

1. Nak jadi doktor.
- Alhamdulillah n InshaAllah ianya akan termakbul dalam masa 5 tahun lagi.

2. Nak sambung belajar kat RCSI, Ireland.
- Yang ni takde rezeki :) dapat India. saya doa Allah beri tempat yang terbaik dan inilah hasilnya.

3. Nak join Mercy.
- Alhamdulillah tercapai. tapi masih belum sempat join mana2 aktiviti. juz pergi masa 1st time untuk ahli baru.

4. Nak jadi pakar pediatrik.
- Yang ni tetiba saya macam dah tukar, nak jadik O&G, tapi Endocrine pun ok jgk. nantilah dulu :p

5. Nak bawak ayah n ibu umrah ke Kota Mekah.
- InshaAllah bila bekerja dan mampu.

6. Nak buka rumah anak2 yatim.
- Doakan saya ;)

bila saya belek2 check list ni, (sebenarnya banyak lagi check list yg lain) kadang2 saya terfikir kenapa apa yang saya nak kadang2 tak dapat dan apa yang saya taknak kadang2 dapat (macam PLKN. hehe). sebelum ni, saya tak pernah mencari jawapan, saya hanya tertanya-tanya dan JUST FOLLOW THE FLOW. tak pernah nak mencari hikmah di sebaliknya.

sehinggalah suatu ketika, bila saya dapat tawaran ke KMB dan bakal ke luar negara, baru saya sedar kenapa saya dapat PLKN dan tak dapat SPC MARA. sebab, kalau SPC (ikut result trial) , kemungkinan takkan fly. 

pernah juga saya rasa sedih kenapa lah saya tak pilih UM dulu. kalau tak setahun je, lagi best, ada yam, boleh fly ke india jugak. *daripada KMB, konon nak g irealnd sekali tak dapat, baik duduk UM je dulu*. tapi bila fikir2 balik, baru saya sedar 1 perkara. jika saya di UM dan sakit, kemungkinan besar saya tak dapat fly ke india bersama sahabat saya. dan mungkin keputusan saya tak melayakkan saya untuk mengambil bidang perubatan. SubhanaAllah.. betapa hebat peraturan-Nya.

al-Baqarah : 216 - "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

Jadi, suka cita saya ingin berkongsi bahawa setiap hari, kita refresh bahawa setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Hidup ni kan macam puzzle.


Saturday, August 3, 2013

I'm Moving, From Ireland to India

Assalamualaikum wbt.
ape kono dgn tajuk post kali ni? hehe ^^ meh saya cerita sikit.
Sejak sekolah menengah, saya dah berazam yang saya nak menjadi seorang doktor dan saya nak sambung belajar di Ireland, specifically di Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI).

Sepanjang di KMB, saya dah menghdapi 4 interview untuk Ireland.
1st : interview untuk AUCMS *yang ni saya termasuk dalam KIV list*
2nd : interview untuk PMC *yang ni pun KIV list*
3rd : interview untuk IUMC *yang ni tak dapat*
4th : interview untuk RCSI *yang ni hanya nama terpilih, pertama kali dibuat selepas dah beberapa lama tak buat. 20 orang dipilih dari 27 org yang interview*

Alhamdulillah saya terpilih untuk RCSI. syaratnya ialah IB point 35 tanpa bonus point. Seperti yang ramai tahu, saya tak datang kolej selama 2 bulan kerana melakukan pembedahan. jadi saya hanya target 30 pun ok. tapi Alhamdulillah, Allah bagi saya 34+1 bonus. walaupun saya tak lepas University requirement, tapi saya lepas MARA. malam dapat result tu, saya berbelah bahagi untuk pergi Ireland atau India. sebab saya nak tempat di mana kemudahan pembelajaran senang (CADAVER). saya rasa nak apply India tapi parents agak risau akan tahap keselamatan.  jadi takpela, saya tunggu adakah RCSI akan terima saya. dalam masa yang sama, saya berikan nama untuk USM KLE. saya juga berdoa agar Allah tetapkan tempat yang terbaik untuk saya.

dan ternyata, tiada rezeki saya ke RCSI. terkilan? saya kecewa sikitttt. yelah sebab tu impian masa sekolah lagi. tapi saya fikir balik, mungkin RCSI bukan tempat yang terbaik. dan saya cubalah interview USM KLE. sebelum itu, saya dapatkan restu ibu dan ayah dulu. pujuk pujuk pujuk, OK, saya pun menghadiri interview di KMB.

sejak tarikh tu, saya asyik cek emel je, nak tahu sama ada dah keluar result interview ke belum. ada kawan2 saya yang dah dapat call dari USM KLE yang mengatakan mereka berjaya. tapi saya takdepun. takpelah tunggu je. dan semalam (2 ogos), masa tu kami otw balik kampung hantar atok kat rumah paktam, ada kereta saudara ayah rosak, 45 minit tengah tunggu ayah dan abang repair, tetiba dapat call dari USM KLE dan mengatakan saya berjaya. Alhamdulillah :) terus bagi tahu keluarga. mereka semua gembiraaaa :D
Alhamdulillah. sesungguhnya, saya yakin, Allah sebaik-baik pemberi tempat. dan Dia tahu USM KLE adalah tempat yang terbaik. mungkin India tak se-Gah UK, Ireland, Russia, takde salji, tapi inshaAllah, saya akan membuatkannya berwarna warni dengan kehadiran saya. *over pulak*

ok bye2 :D

p/s : seseorang yang saya RINDU *sangat* ada di situ! hehe :)


Thursday, August 1, 2013

hosp sultan ismail, jb

Assalamualaikum wbt.

Semalam (31 julai 13) saya ada follow up dgn Doktor Haliza untuk tengok bilangan hormon kortisol yang diambil pada 27 Mac 13.

Kata Dr. Haliza, hormon cortisol saya rendah. Mungkin ini disebabkan adrenal gland sebelah kiri dulu aktif yang kanan kurang. so, bila kena buang yang kiri, yang kanan ni lambat sikit. so kena ambil darah lagi dan kena jumpa doktor lagi.

Ayah tanya apa kesannya. pastu doktor kata bahaya. ayah tanya lagi, bahaya macam mana. Barulah doktor cakap "sebenarnya kurang hormon kortisol ni boleh menyebabkan maut. sebab tu kita nak cek lagi so kalau masih kurang, kita akan bagi supplement"

iAllah, Allah tahu yang terbaik. doakan kesihatan saya. :)

p/s : buat yang tertanya-tanya saya sakit apa, sebelum ni saya ada Cushing Syndrome. dibedah pada 7 jan 2013