Wednesday, November 15, 2017

Andai Itu Syurga

Aku suka tempat percutian yang sejuk. 
Cameron Highland, Genting Highland. 
Dan berangan nak pergi Swiss. Hihi.

*****
Dari dalam kereta, dah nampak satu hotel yang bercirikan bangunan Inggeris, tersergam indah nun di atas bukit. Dan hotel tu diliputi kabus-kabus, menandakan cuaca yang nyaman di atas sana. Wahh cantiknyaaa!! Rasa nak stay dalam hotel tu je. Tapi, ayah kata, "Nanti. Kita pergi beli coklat dulu."
So, kitorang pun pergi beli coklat. Dalam shopping mall tu, baaanyakkk sangat coklat dan kitorang beli seolah-olah tak kisah harga coklat tu berapa. Dan ada juga coklat yg tak pernah jumpa dekat Langkawi dan coklat yang tak pernah keluar dalam tv pun ada. This is like heaven!

*****
Itu semua mimpi siang tadi. (hish anak dara tido siang haha)
Lepas 3 bulan di India, untuk menghabiskan sisa-sisa masa di sini, I was mentally, physicall tired! Dengan keadaan kesihatan yang sedikit merosot kali ni. Oh, mungkin effect pergi hospital jauh jugak kot semalam. Semalam pergi hospital jauh, dalam keadaan menahan sakit. (I was trying not to ponteng kelas as long as it was not severe). Dan tengah hari tadi, decide untuk take a rest, sebelum mood cranky.

Masa tidur dalam kepenatan, itu lah mimpinya. Pagi tadi baru je belajar pasal NREM and REM sleep. Dalam REM sleep, kita akan bermimpi. Mdm Sucheta cakap, mimpi ni ialah mimpi yang kita try avoid, mimpi yang kita nak tp tak dapat, ataupun macam2 lah. 

Bila bangun dari mimpi, aku monolog. 'Bestnyaa kalau tu realiti. Macam kat syurga." Tetiba terfikir, kalau itu pun dah kita rasa macam syurga, mesti syurga sebenar lagi indah. Sebab syurga ni ialah apa yang mata tak pernah lihat, dan apa yg akal tak pernah terfikir. Terlalu indah! 

Bila dalam mimpi ayah cakap, "Nanti.", aku terus terfikir, syurga tu bukan senang-senang nak dapat. Perlu dilalui dengan susah payah. Ye lah, Benda yang cantik kan. Dan bukan masanya untuk kita ke syurga, kerana kita belum beramal sehabis baik di dunia.

Dan tiba-tiba, air mata mengalir. Ya Allah, jika syurga itu lebih indah dari mimpi aku, jadikan lah aku salah seorang ahlinya. 

Dan kemudian, aku pergi ke kelas dengan hati yang tenang. Syurga...

Mungkin, mungkin lah, mimpi itu untuk Allah memujuk hati...
Pertolongan Allah kan datang dari pelbagai bentuk ;)

Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu akan yang lebih baik dari semua itu?
Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa, disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga,
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya.
(3:15)


Image result for beautiful garden


No comments: