Wednesday, November 15, 2017

Andai Itu Syurga

Aku suka tempat percutian yang sejuk. 
Cameron Highland, Genting Highland. 
Dan berangan nak pergi Swiss. Hihi.

*****
Dari dalam kereta, dah nampak satu hotel yang bercirikan bangunan Inggeris, tersergam indah nun di atas bukit. Dan hotel tu diliputi kabus-kabus, menandakan cuaca yang nyaman di atas sana. Wahh cantiknyaaa!! Rasa nak stay dalam hotel tu je. Tapi, ayah kata, "Nanti. Kita pergi beli coklat dulu."
So, kitorang pun pergi beli coklat. Dalam shopping mall tu, baaanyakkk sangat coklat dan kitorang beli seolah-olah tak kisah harga coklat tu berapa. Dan ada juga coklat yg tak pernah jumpa dekat Langkawi dan coklat yang tak pernah keluar dalam tv pun ada. This is like heaven!

*****
Itu semua mimpi siang tadi. (hish anak dara tido siang haha)
Lepas 3 bulan di India, untuk menghabiskan sisa-sisa masa di sini, I was mentally, physicall tired! Dengan keadaan kesihatan yang sedikit merosot kali ni. Oh, mungkin effect pergi hospital jauh jugak kot semalam. Semalam pergi hospital jauh, dalam keadaan menahan sakit. (I was trying not to ponteng kelas as long as it was not severe). Dan tengah hari tadi, decide untuk take a rest, sebelum mood cranky.

Masa tidur dalam kepenatan, itu lah mimpinya. Pagi tadi baru je belajar pasal NREM and REM sleep. Dalam REM sleep, kita akan bermimpi. Mdm Sucheta cakap, mimpi ni ialah mimpi yang kita try avoid, mimpi yang kita nak tp tak dapat, ataupun macam2 lah. 

Bila bangun dari mimpi, aku monolog. 'Bestnyaa kalau tu realiti. Macam kat syurga." Tetiba terfikir, kalau itu pun dah kita rasa macam syurga, mesti syurga sebenar lagi indah. Sebab syurga ni ialah apa yang mata tak pernah lihat, dan apa yg akal tak pernah terfikir. Terlalu indah! 

Bila dalam mimpi ayah cakap, "Nanti.", aku terus terfikir, syurga tu bukan senang-senang nak dapat. Perlu dilalui dengan susah payah. Ye lah, Benda yang cantik kan. Dan bukan masanya untuk kita ke syurga, kerana kita belum beramal sehabis baik di dunia.

Dan tiba-tiba, air mata mengalir. Ya Allah, jika syurga itu lebih indah dari mimpi aku, jadikan lah aku salah seorang ahlinya. 

Dan kemudian, aku pergi ke kelas dengan hati yang tenang. Syurga...

Mungkin, mungkin lah, mimpi itu untuk Allah memujuk hati...
Pertolongan Allah kan datang dari pelbagai bentuk ;)

Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu akan yang lebih baik dari semua itu?
Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa, disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga,
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya.
(3:15)


Image result for beautiful garden


Thursday, May 18, 2017

Makbulkah Doaku?

Allah suka hamba-hambaNya yang berdoa.

Kerana apa manusia perlu berdoa? 
Kerana lemahnya seorang manusia itu, hatta jika Allah tak mengizinkan manusia itu untuk berjalan, maka manusia pun tak dapat berjalan. 
Semuanya atas izin Allah, atas kehendaknya.

Aku juga manusia yang lemah itu.
Seringkali aku terjatuh dalam ruang keinginan yang sama, dan aku berdoa benda yang sama, 
Berulang-ulang kali,
Walaupun aku tahu keinginan itu bukan yang terbaik untuk aku.
Tapi, 
Biasa lah manusia, 
Kadang hatinya hanya merasa puas apabila keinginannya tercapai.
Kadang hatinya meronta selagi hajatnya tidak dipenuhi.
Itu lah manusia. 
Yang jiwanya penuh kehendak, yang sentiasa tamak,
Sedangkan acapkali Allah memberitahu,

"...Dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu, tetapi ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."

Hari-hariku membuat aku berfikir,
Perlukah aku berdoa atas benda-benda yang tak pasti?
Berbaloikah aku berdoa untuk benda-benda yang mustahil?
Nah!
Kesalahan besar apabila aku berfikir begitu.
Di mana aku letakkan kebesaran Allah jika aku meragui kekuasaan-Nya?
Sedangkan api yang marak mampu menyelamatkan Nabi Ibrahim,
Sedangkan Nabi Isa diangkat ke langit saat baginda akan dibunuh,
Sedangkan Rasulullah saw terselamat dari jejak kaum musyrikin saat berlindung di gua Tsur.

Bukti apa lagi yang kita inginkan untuk kita yakin akan kekuasaan-Nya?
Ya, kita hanya manusia biasa untuk mendapat mukjizat seperti para Nabi.
Tapi lupakah kita pada kekuasaan Dia saat Dia membantu kita dalam kesusahan?
Lupakah kita pada Dia yang telah memberi nikmat dan rezeki yang banyak?
Lupakah kita pada Dia yang telah menarik kita dari terjatuh ke dalam lubang jahiliah?

Semoga kau dan aku tak pernah berhenti dan tak pernah jemu berdoa.
Serahkan padaNya dan redha.
Tak perlu ada kerisauan di hati,
Tak perlu ada riak sedih di wajah.
Semuanya pasti ada hikmah.
Aku pasti!



Image result for allah suka hambanya yang meminta


Saturday, March 11, 2017

Hamasah Yang Hilang

A : Tengah baca buku fikrah apa sekarang?
Me : Petunjuk Sepanjang Jalan. Ok ke?
A : Ok je.
Me : Awak rasa buku fikrah apa yang saya patut baca sekarang?
A : Ayu nak pasal apa?
Me : Untuk hamasah.
A : Hmm kalau macam tu, baca buku Hasan al-Banna atau buku ahli2 IM.

Senang sangat ke DnT kat India ni sampai kita perlukan bahan bacaan untuk naikkan hamasah kita? (Tanya diri sendiri). Atau kita ni cepat sangat give up dengan DnT sebab tu kita perlukan bacaan untuk naikkan semangat? 

Mungkin sebabnya ialah kedua-dua persoalan di atas. Cepat betul rasa down bila apa yang kita harapkan pada "anak-anak" macam tak menjadi. Salah aku ke? Ke sebab dosa-dosa aku? Jujur kadang-kadang rasa macam nak surrender. Maybe this isn't my 'profession'. Aku takde bakat lah nak buat kerja-kerja ni. Macam-macam benda terfikir.

Tapi, satu benda yang buat aku tersedar,

"Jika kau yakin Allah yang memegang hati, 
Kenapa kau perlu berserah diri."

Lembiknya diri ni. Rasullulah saw dulu berkali-kali ganda ujian yang menimpa semata-mata nak sampaikan islam. Kita terasa dgn anak2 sikit nak kecik hati, menangis, gurindam bagai. :D 

Teringat Dr. Fauziah pernah cakap, "Generasi sekarang kurang ketahanan. Tak lasak." 

Betul lah tu. Hati terluka sikit, terus lari. Hati terguris, terus berhenti. Tanpa kita fikir yang kita dah memutuskan usaha Rasulullah SAW. Tanpa kita teringat yang Allah akan gantikan kita dengan umat yang lebih baik. Umat yang far better than us. 

Tak kisah lah apa yang berlaku dalam DnT, yang penting kita (aku) kena kuatkan hati. Kuatkan hamasah. Kuatkan istiab. Kuatkan segala-galanya. Memang kadang-kadang kita kena ambil tahu kesusahan orang-orang sebelum ni nak tegakkan islam. Sebab masa tu baru kita tahu yang kesusahan yang kita alami sekarang, takde lah seteruk mereka.

Aku harap, aku tak hilang bila BFG nanti.
Dan aku harap, aku terus nak buat kerja-kerja ni.
Doakan aku.

"Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada" (57:4)




Hamasah : semangat.