Saturday, March 11, 2017

Hamasah Yang Hilang

A : Tengah baca buku fikrah apa sekarang?
Me : Petunjuk Sepanjang Jalan. Ok ke?
A : Ok je.
Me : Awak rasa buku fikrah apa yang saya patut baca sekarang?
A : Ayu nak pasal apa?
Me : Untuk hamasah.
A : Hmm kalau macam tu, baca buku Hasan al-Banna atau buku ahli2 IM.

Senang sangat ke DnT kat India ni sampai kita perlukan bahan bacaan untuk naikkan hamasah kita? (Tanya diri sendiri). Atau kita ni cepat sangat give up dengan DnT sebab tu kita perlukan bacaan untuk naikkan semangat? 

Mungkin sebabnya ialah kedua-dua persoalan di atas. Cepat betul rasa down bila apa yang kita harapkan pada "anak-anak" macam tak menjadi. Salah aku ke? Ke sebab dosa-dosa aku? Jujur kadang-kadang rasa macam nak surrender. Maybe this isn't my 'profession'. Aku takde bakat lah nak buat kerja-kerja ni. Macam-macam benda terfikir.

Tapi, satu benda yang buat aku tersedar,

"Jika kau yakin Allah yang memegang hati, 
Kenapa kau perlu berserah diri."

Lembiknya diri ni. Rasullulah saw dulu berkali-kali ganda ujian yang menimpa semata-mata nak sampaikan islam. Kita terasa dgn anak2 sikit nak kecik hati, menangis, gurindam bagai. :D 

Teringat Dr. Fauziah pernah cakap, "Generasi sekarang kurang ketahanan. Tak lasak." 

Betul lah tu. Hati terluka sikit, terus lari. Hati terguris, terus berhenti. Tanpa kita fikir yang kita dah memutuskan usaha Rasulullah SAW. Tanpa kita teringat yang Allah akan gantikan kita dengan umat yang lebih baik. Umat yang far better than us. 

Tak kisah lah apa yang berlaku dalam DnT, yang penting kita (aku) kena kuatkan hati. Kuatkan hamasah. Kuatkan istiab. Kuatkan segala-galanya. Memang kadang-kadang kita kena ambil tahu kesusahan orang-orang sebelum ni nak tegakkan islam. Sebab masa tu baru kita tahu yang kesusahan yang kita alami sekarang, takde lah seteruk mereka.

Aku harap, aku tak hilang bila BFG nanti.
Dan aku harap, aku terus nak buat kerja-kerja ni.
Doakan aku.

"Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada" (57:4)




Hamasah : semangat.




1 comment:

sy ae said...

Nasib bagi translation kat part last tu hahaha.

Pls, include me into your 'anak anak'. Dh msuk career life rse kurang sgt bnd bnd mcm ni.
Sedih. Taktau lh tak uruskan mase dgn baik atau kesedaran yg kurang.

Sobs T__T