Thursday, November 27, 2014

Medic VS Dental : Sia-sia kah penat kita?

Sumber : Google


Alhamdulillah.

Pada malam tu, kami berbulatan gembira lagi.
Bulatan kami terdiri daripada 5 student medic, dan 1 student dental.
Yang kitorang budak2 medic ni, kitorang punya circle of friends semua Malaysia & mostly Melayu (ye la sebab USM punya kan.)
Tapi usrah-mate kitorang yang dental ni, dia punye classmates semua Indian & just beberapa orang je Malaysian.
..........

Dan nak diikutkan cerita, lecturer kat sini sangat lah... hmm.. Kalau korang tengok cerita 3 idiots, macam tu lah budak2 dental tu diperlakukan. Macam budak2 sekolah. Kena salin 10 kali kalau salah, etcs. Dan paling kesian budak Malaysian. Kerja dorang lebih cantik daripada local students, tapi selalu kena buat balik la, lecturers patahkan gigi yang dorang dah buat etcs. 

Tapi lecturers kitorang baik sebab dorang kata Malaysian students sangat behave so dengan kitorang USM-KLE students, lecturers memang baik. 

Nak diikutkan cerita, Dzatul (Dental) dah nak exam, serious penat sangat muka dia sampai aku sendiri rasa nak pengsan. Tapi seriously 1 benda yang aku tabik, dia sgt kuat dan penyabar. Agaknya sebab tu Allah letak Dzatul dalam kalangan orang2 yg mcm tu.

........

"Akak, macam mana saya taknak jadikan penat saya tu penat yang sia-sia?"

"Awak rasa?"

"Bila kita tenang dan tak rebel?"

"Betul tu. Sebab kita tahu Allah yang bagi dan Dia tengah menyediakan sesuatu yang lebih besar untuk kita."

.........

Betul lah tu. Allah tengah menyediakan sesuatu.

Macam kita beli baju. Kita mesti cari yang muat dengan kita. Kalau kecik, kita suruh uncle tu loose kan sikit. Potong situ. Potong sini. Sampai kita selesa.

Dan Allah, tengah menyediakan pakaian terbaik untuk kita. Sekarang memang kita penat semua, tapi bila dah siap, kita akan rasa puas. Dan apa yang Allah bagi, itu lah yang terbaik untuk kita.

.........

"Dan untuk adik2 akak yang amek medic, mungkin korang tak rasa penat yang Dzatul rasa. Tapi tadi baru balik hospital pun korang dah cakap penat kan. Sebenarnya tu less than 1% dari Malaysia. Jadi, lapangkan jiwa dan bersiap sedia dengan apa yang Allah nak bagi. Dan ingat, Medic ni hanya alat."

Dan ingat, Medic ni hanya ALAT






1 comment:

Ekin ank Pak Suhaini said...

same here with engineering course. Ayuuuu best entry ni. Penat memang penat. Nak berjaya mesti kene berpenat penat dahulu,ber senang senang kemudian kan?. :)