Monday, July 29, 2013

Kisah seorang ikhwah dalam Ikhwanul muslimin

Assalamualaikum wbt.

semasa menunggu Isya' selepas Maghrib, saya mintak kakak ajar balik dari A to Z, dari ISK sampai yg hujung. sebab saya rasa saya nak jadi seorang yang baru. saya nak dapatkan semula izzah yang saya rasa ketika pertama kali masuk ke KMB. (sudah lama tak rasa macam tu :'((( )

saya diceritakan tentang 2 kisah ini.

1. masa beberapa tahun yang lalu, ada seorang ahli ikhwanul muslimin (IM) belajar di Universiti al-Azhar. suatu hari, dia nak pergi solat. dia tanyalah kepada kerani kat situ. kerani tu bagilah direction tapi sangat susah (as in jalan nak pergi tu payah la). dia pun pergi la.. sekali bila dia sampai, rupanya tempat tu adalah bilik kecil (macam stor) dan berdebu. jadi dia mengambil keputusan untuk solat di padang. diajaknya beberapa orang dalam 2-3 orang dan mereka solat berjemaah. bila dia takbir, ramai orang yang tengok. perkara yang sama dilakukan setiap hari dan semakin lama, semakin ramai yang ikut. dan akhirnya, kini, jadilah universiti al-Azhar sepeti sekarang. 

2. ahli ikhwanul muslimin selalu mengadakan usrah di surau. pada suatu hari, mereka hendak menginfakkan harta mereka untuk pembinaan surau. semua orang berlumba-lumba untuk menginfakkan harta. namun begitu, ada salah seorang ahli yang miskin. dia duduk jauh dan hanya mempunyai sebuah basikal. dia tak nak lah dia sorang yang tak infakkan apa2. lalu, dijualnya basikal itu dan semua duitnya itu digunakan untuk pembinaan masjid. sejak dari hari itu, dia selalu datang lambat ke usrah dan apabila sampai, dia berpeluh-peluh dan kepenatan. hanya seorang ahli usrahnya yang tahu dan perkara itu diminta agar dirahsiakan. apabila diminta diberitahu oleh naqibnya dan apabila mereka mengetahui hal yang sebenar, semua yang ada di situ menangis.. :'(((( kemudian, mereka semua mengumpulkan duit dan membelikannya basikal baru.

sahabat, sebelum ini, saya jealous dengan kawan-kawan/ adik-adik yang dapat merasakan indahnya tarbiyah itu dan saya nak sangat repeat masa lalu. tapi saya berfikir setiap hari, di mana usaha itu? adakah hanya dengan tertanya-tanya, hidayah itu akan datang sekelip mata? jadi, JOM kita bertekad untuk memulakannya sekarang. Bigger steps start with a small step. :)



4 comments:

Mohd Rafie Izwan said...

i was mesmerized by the music on this blog.. it's refreshing..

ENCIK MUSAB said...

nice sharing (Y)

Ashikin S. said...

Ayuuuuuu...saya rindu that moment. Usrah. Nanti kita jumpa buat usram sama-sama nak tak? hehe ;)

Anonymous said...

kan ikinnnn :') rindu rindu rinduuuu