Thursday, January 1, 2015

Nak Share Ke Tak Nak?

Ada orang pernah cakap, "aku tak nak ah share share lagi. Nanti kena uji."

Mesti pernah dengar kan ayat ni? Diri sendiri pun  pernah cakap macam ni. Kadang-kadang, bila kita cakap, on the spot kena uji. Tengah cakap pasal sabar, keluar masjid selipar kena curik. (ni contoh je tau) :D

Tapi sebenarnya kita salah. Kenapa kita rasa bila cakap lepastu kena uji? Sebenarnya semua orang diuji dengan apa yang kita kena uji. Tapi kita tahu kita kena uji sebab kita cakap benda tu dan org yg tak tahu dia kena uji sebab dia tak cakap. So 1 advantage sebenarnya supaya kita aware dgn keadaan diri kita.

****

"Mantap kan dorang. Qawiy sungguh. Bila la nak jadik macam tu."

"Dorang dah lama dalam DnT. 4 tahun proses. Kita baru setahun jagung. Sabar ea?"

"Lambatnya akuuu~"

***

"Aku tak sangka lepas aku cakap pasal proses, tup tup Allah uji aku."

"Macam mana? Ok x ujian tu?"

"Sedih gak la. Tapi aku tak boleh la nak expect orang lain sama macam aku."

"Betul. Dan kita tak boleh expect kalau kita pernah memaafkan orang, orang tu akan memaafkan kita 1 hari."

"Eh apasal tetiba?"

"Sebab aku pun kena uji dengan mujahadah aku. Haha"

"Alhamdulillah. Allah nak kita alert kan. InshaAllah"

***

Satu benda yang aku sedar, tarbiyah mengubah segalanya. Kalau dulu tak nak mengalah, yang kuat merajuk dan membela diri sendiri, (maaf. mungkin perangai anak bongsu :p ) , kini Alhamdulillah aku cuba ubah benda tu. Tipu lah kalau tak sakit bila tinggalkan benda yang kita selalu buat, tapi, 1 benda yang kita kena sedar, Allah tahu sakitnya mujahadah itu, sakitnya proses itu, sakitnya hati itu. Dan jangan lupa, Allah yang menilai kerana Dia yang Maha Adil.

Jadi, sempena tahun baru 2015 ni, azam aku ialah.. MUJAHADAH untuk.. banyakkkk. :D

Mujahadah walaupun pahit,
Tapi syurga itu manis. :D

Apa mujahadah korang?
*Sekarang tengah mujahadah untuk bersabar sebab rumah belakan ni tengah berpesta. o.O





3 comments:

NUR ADILA said...

tersirat sangat. xpaham setengah point hahah

NUR ADILA said...

tersirat sangat. xpaham setengah point hahah

sy ae said...

aku tak paham statement 'uji'. explen lagi ayu :)

tapi konklusinye betul, nak tggalkan sesuatu demi sesuatu yg lbeh baik mmg perit. tp bila pk dunia ni sementara, mari kuatkan semangat.

inshaAllah :)