Assalamualaikum wbt.
Dah lama tak menaip. busy betul. fuhhh~~ (busy la sangat)
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kerana atas kasih sayang Allah, kita masih hidup, kita masih dibenarkan bernafas dekat muka bumi ni, dan Alhamdulillah kerana Allah memberi kita SEKALI LAGI peluang untuk memperbaiki hidup kita sebelum semuanya terlambat.
So, beberapa hari lepas keluar result PMR kan? Detik yang pernah saya lalui. Kepada yang berjaya, Tahniah akak ucapkan. Buat yang kurang berjaya, tahniah juga kerana adik-adik dah melepasi tahap ini. Sedih? Kecewa? InshaAllah, di sini ada sedikit nasihat. :)
Memang normal untuk kita rasa sedih, menangis. Tapi janganlah kita tenggelam dan larut dalam kesedihan tu. Sebab kalau kita menangis pun, tak dapat mengubah apa-apa. Tindakan yang perlu kita buat ialah bangkit, berusaha dan serahkan kepada Allah. Orang yang berjaya ialah orang yang bangkit apabila menemui kegagalan. Tapi, kalau dah berusaha tak dapat jugak, yakin, yakin dan YAKIN, Allah susun yang terbaik untuk kita. semuanya berkaitan dengan hikmah.
HIKMAH. hikmah ni benda yang tersurat. kadang-kadang sehari kita tahu hikmah kejadian tu, kadang-kadang berpuluh tahun baru tahu. tapi sebagai seorang muslim, kita kena yakin bahawa Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita. Kalau kita lihat sahabat Rasulullah SAW, bagaimana mereka diuji, mereka tetap berpegang pada kalimah LA ILA HA ILLALLAH. kenal pasti kenapa sebenarnya kita dihidupkan dunia? Adakah hanya menjadi seorang anak, suami/isteri, doktor, engineer, accountant, kemudian tua dan...? ke mana arah kita sebenarnya? jadikan study kita sebagai alat untuk kita mencapai keredhaan Allah.
adik-adik, yang penting, dalam kuat kita berusaha, jangan lupa kekuasaan Allah. bila mana Allah cakap, "kun fayakun (aku kata jadi, maka jadilah ia)" semua boleh terjadi. inshaAllah. sama-sama kita bangkit kerana-Nya.
No comments:
Post a Comment