Saturday, February 28, 2015

Penyelesaian Kepada Gastrik

Al-kisah cuti CNY 10 hari di Malaysia.
13 Feb-23 Feb.
1 bas, 3 flights. MasyaAllah. 2 hari makcik cover tidur sebab penat sangat.
Tobat dah tak nak naik dari Chennai.
Tapi usha tiket balik raya, Chennai murahh ;)
So, kita tukar route la. :p

So, cuti haritu, ibu dan ayah bagi aku makanan untuk bawak balik india.
Makanan tersebut adalah yang paling simple dan mudah dimasak.
Sebab aku selalu cakap kena gastrik & they all know anak dia ni malas masak. >.<
Study kot~ Hehehe. Masak pun selalu ala kadar. 

Ibu : Kalau malas masak apa?
Aku : Ayam goreng.
Ibu : Kalau rajin?
Aku : Ayam masak kicap.

Haha. Pening kepala ibuku.
Last2 ibu pun suruh bawak balik makanan yang senang masak @ ready made terus.

1. Serunding daging yang ibu buat sendiri sambil dibantu godak oleh ayah. T.T (time kasih)
2. Nasi impit mini nona. (Ibu kata, kalau malas masak tahap gaban, masak nasi impit makan dgn serunding)
3. Tauhu kering. (Tumis, letak air bla bla bla, letak tauhu kering. Siap!)
4. Mee Hoon. (sebab mee hoon india hancur)

Alhamdulillah setakat ni gastrik belum melanda. Tapi ramai kawan2 yang naik 2nd year ni gastrik makin teruk. Macam aku dulu, kalau petang makan, malam ok dah. Tapi sekarang, petang makan, malam dah burrppp. Acid reflux datang dah. 

So, penyelesaian terbaik ialah, kerap makan tapi sedikit okay.
Dan sediakan lah makanan yang mudah dimasak. Hihihi.

Baru sehari sampai India dah check tiket balik bulan Julai.

Homesickkkssssss



Ibu dan ayah tengah kipas satay dan kupang. Pak long kat tengah jadik big boss.

"Tahu tak ada 1 surah ni specific suruh anak taat ibu bapa?"
"Surah apa ea?"
"Surah Luqman." :)


1 comment:

Anonymous said...

stress boleh menyebabkan gastrik juga. jadi jgn stress2. chillax ;) u're goin to be okay under His love. yakin dgn Allah. The one who will provide everything for u. paling penting jangan simpan sendiri2 kalau kita penat. spill it to people..