Sunday, March 23, 2014

Kenapa?


Tutup buku lama ; buka buku baru.
Jangan pandang belakang ; mulakan hidup baru.
Teruskan berjuang ; berlari dengan laju.
InshaAllah.
KUAT! KUAT!





Treasure the HIKMAH

Dalam dunia ni, banyak benda yang terjadi. Ada benda yang baik. Ada benda yang buruk. Yang kadang-kadang kita buntu kenapa Allah bagi semua tu kat kita.

Jika kita teliti semula surah al-Kahfi, terdapat banyak fitnah dunia. Salah satunya ialah fitnah ILMU. Fitnah ini diceritakan dalam kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa. Ketika Nabi Musa AS teringin sangat untuk mengikuti Nabi Khidir, Nabi Khidir berkata "aku yakin engkau tidak akan bersabar dengan aku". Tapi apa yang Nabi Musa cakap? "Sesungguhnya engkau akan mendapati aku orang-orang yang sabar". Jadi Nabi Musa pun ikut perjalanan Nabi Khidir dengan syarat Nabi Musa tak boleh bertanya apa-apa. 

Tapi sepanjang perjalanan, Nabi Musa selalu bertanya kepada Nabi Khidir tentang mengapa Nabi Khidir melakukan perbuatan itu. Sampailah satu masa, Nabi Khidir cakap, "Di sinilah titik perpisahan engkau dan aku". Dan ketika itu Nabi Khidir menjelaskan semua perbuatannya kepada Nabi Musa.

Sebenarnya kisah ini juga berlaku dalam diri kita. Setiap yang terjadi kepada kita ada hikmahnya. Seperti Nabi Musa, selepas beberapa perjalanan, Nabi Musa mengetahui hikmahnya. Jadi untuk kita mengetahui sesuatu hikmah itu, kita haruslah mencari dan mencari. TREASURE THEM. Kerana hikmah perlu dicari. Jangan sampai kita malas dan tidak mencari, akhirnya kita sampai kepada titik perpisahan itu, di mana kita tak dapat apa-apa. Dan rugi apabila kita tidak dapat mengambil pelajaran atas apa yang berlaku. 



Friday, March 21, 2014

SPM dulu dan hidup sekarang.

assalamualaikummmm....
result SPM dah keluar... tahniah semuaa...
tahniah kepada SPM leavers kerana anda semua berjaya mengharungi cabaran pertama.
kepada yang dapat straight A's, tahniah. yang tak straight, tahniah jugak. semua orang masih ada peluang kan. So jangan lupa plan cepat-cepat untuk the next journey.

ok 'akak' nak cerita sikit, dulu akak UPSR PMR SPM alhamdulillah Allah bagi straight A's.
ingatkan bila masuk U, kacang la jugak.. tapi... masya Allah.... memang betullah orang kata, masuk u boleh letak tepi la result SPM tu. dalam kata lain, buang je result tu.

masa first time masuk KMB, kitorang kena tulis result SPM, lepas tu cikgu akan buang kad manila yang ada result kitorang. masa tu akak macam... lantaklah.. ceh bajet la konon.. 

tapi hakikatnya, masa dekat KMB dgn USM KLE, belajar macam tak masuk ada. nak hafal banyak benda pun ada. busy itu ini ada. asyik tidur dalam kelas ada. asyik macam-macam ada. dan akak x pernah la dapat keputusan yang tiptop A tu. bak kata ramai orang, "for University students', PASS IS ENOUGH". more than enough perhaps. hehe ^^

Tapi kita mana boleh berada di zon selesa kan. Kena cepat2 bangkit. Kena banyak motivasikan diri sendiri. Doa jangan lupa. InshaAllah, Allah tolong. 

*Kalau boleh nak ulang zaman kt MRSM dulu. Btw, TAHNIAH MRSM PONTIAN!




Tuesday, March 18, 2014

Bila Hati Rasa Kosong

Kadang-kadang, kita rasa hidup ni kosong.
Solat dah. Baca al-Quran dah. Tapi still ada something wrong.
Kenapa ya? Apa nak buat?

Manusia.
Fitrahnya untuk kembali kepada Pencipta.
Dan ketika kita merasakan kosong, ketika itu lah hati kita bergetar menginginkan-Nya.
Jalan terbaik ialah segera berwudhu' dan solat sunat.
Menghadap Allah dengan penuh rasa kehambaan. Kelemahan.
Sesungguhnya Allah sangat menyayangi kita.
Jika kita berbuat salah, Allah tidak memandang kita dengan kebencian.
Tapi Allah memandang kita dengan penuh kasih sayang.
Oleh itu, segeralah kita bertaubat. 
Sebelum semuanya terlambat. 


“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai” (At Tahrim 8)


Sunday, March 16, 2014

Family Day & Iftar Jamai'e 4th Batch

Assalamualaikum wbt. 
23 feb 2014, batch kami buat event family day. main games. dan malam tu BBQ 
24 feb 2014, kami buka puasa sama-sama. 
Alhamdulillah best sangat.
Hadafnya untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli batch yg dah lama sampai dengan kawan-kawan dari Egypt.
Saya nak ucapkan terima kasih buat semua yang menyokong kami dan terutamanya Biro Spiritual dalam menjalankan event ni.
Paling mengharukan bila Allah menghadirkan seorang hamba-Nya yang TAK disangka-sangka untuk membantu saya. 
Dan hambaNya itulah yang hadir dan menguatkan saya di event2 itu. Jazakillah. :)
Dan kepada semua Biro Spiritual, Biro Sukan, Biro Makanan, Biro IT, Biro Kebajikan dan Biro Kesihatan, terima kasih  banyak-banyak kerana membantu. Semoga Allah membalas jasa kalian. :D

 ni group Bachan :)

 ni group.. sori kengkawan i lupa. hehe

 nak lukis singa jadik kucing

 who got the best drawing?

 Alhamdulillah dah habis main!:D

 BYEEEE !!!





ni malam BBQ. 


Saturday, March 15, 2014

Hala Tuju Lepas SPM

Assalamualaikum wbt.
Hari ni dapt update blog lagi sebab baru habis endblock renal system pagi tadi. esok ahad. Isnin cuti sempena Sambutan Holi.

So.. dengar cerita 20 Mac 2014 keluar result SPM kan? HEHE ^^ apa perasaan? Berdebar. Cuak. Gemuruh Jiwa. Dubdab. Makan tak kenyang. Mandi tak basah. Adat la tu. Symptom orang menunggu result. Tapi apapun, please keep in your mind that redha dan beryukur dengan setiap keputusan kita. BELIEVE ME, setiap benda yang jadi ada hikmahnya. Yakin dan bila tahu hikmahnya, korang akan menyesal kerana pernah tak bersyukur sebelum ni. (i know because i experienced the same thing)


Mana Nak Pergi?

Sebenarnya kita kena bersyukur sebab peluang untuk belajar tu sangat luas cuma kadang-kadang kita je yang malas. Pernah berbual dengan nenel. Nenek cakap, "ibu adik dulu nak sangat belajar tapi nenek miskin. bila cucu-cucu nenek pandai2, nenek bersyukur sangat sebab minat ibu turun kat anak2". Betullah tu. Kena hargai setiap peluang yang kita ada. Tapi, walaupun kita belajar, kena ingat yang kita bukan belajar semata-mata. sebab, orang bijak dapat high point. tapi orang yang bijak + beriman kepada Allah swt dan Rasulullah SAW, dia dapat HIGHEST POINT di dunia dan di akhirat. Ok so here we go to hala tuju.

1. Scholarship. Banyak sangat scholarship untuk 9A ke atas. MARA, JPA, Petronas, Bank Negara, Yayasan Negeri2, etcs. Masa interview, kena yakinkan mereka. Tapi dalam masa yang sama doa semoga interviewer lembut hati. 
     - interview ni ada dalam dan luar negara. Siapa yang tak dapat pergi luar negara, jangan sedih. Serious korang takkan menyesal. contohnya kalau amek medic. Best la tengok kawan almost every week pergi hospital. dapat balik rumah and paling penting, KORANG BOLEH BINA HUBUNGAN BAIK DENGAN LECTURER. bukan kat oversea x boleh, it just need more efforts. 
     - im not saying not to choose oversea because every place has its pros and cons kan. cuma i dont want those yang tak dapat oversea akan rasa sedih. ok ;) chill je. it's YOUR RELATIONSHIP WITH ALLAH, ACHIEVEMENT, YOUR DISCIPLINE AND KINDNESS that determines yourself. NOT YOUR PLACEMENT. :D

2. Antara kolej persediaan yang saya tahu Kolej MARA Banting (my college), Kolej MARA Seremban, Kolej MARA Kuala Nerang, INTEC, Kolej Teknologi Timur, Jepun apa ntah, GMI dan banyak lagi.

3. Selain tu, jangan lupa asasi dan matrikulasi. ada orang kata risky kalau amek 2-2 sistem ni. hailaa~~ kalau tak study ofkos la risky kan. Dont believe others. tapi kalau macam takut2 jugak, buat isthikharah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. 

4. Diploma.  3 tahun ada, 2 tahun setengah pun ada. Depend dengan course.

5. STPM. haaa yang ni most students yang amek STPM cakap mencabar tapi i dont know. but still, da je yang lepas kan.

*sekarang saya belajar kat India, lepasan KMB. Ada kawan2 dan seniour dari matrik, asasi, STPM, diploma pun ada. so kalau tak dapat pergi oversea, jangan risau, still ada peluang. Kalau umur panjang. inshaAllah :)

*emmm......................................................haaa... seperti biasa, universiti life dgn sekolah totally different. so kena pandai cari kawan. tetapkan niat. banyakkan pergi majlis ilmu. jangan terpengaruh dengan gejala negatif. and nikmati masa belajar dengan kawan2, jangan STUDY SANGAT tapi tak bersosial. dan jangan BERSOSIAL SANGAT sampai tak study.

ok itu je kot. pergi dulu. Assalamualaikum wbt :)


USM KLE International Medical Programme, Belgaum, India







Sunday, March 9, 2014

PPIP USM-KLE - Shantai Old Age Home

fuh fuhh... *tiup habuk*
Assalamualaikum semua. Tiba-tiba hati tergerak untuk cerita sikit pasal perjalanan dekat India ni :)
PPIP stands for program pembangunan insaniah pelajar. mesti ada yang pelik kenapa ada bahasa2 melayu kat india ni kan. USM KLE adalah kampus USM offshore kat India. Collaboration dgn KLE. So silibus kitorang, semua ikut USM. 

Basically, PPIP ni macam community service. Kalau bebudak KMB, macam CAS la. Kami dibahagikan kepada beberapa group dan akan diberikan tempat tertentu. My group dapat pergi Shantai Old Age Home. Best tp problem is languange barrier. Nenek kata makan apa. Ktorang cakap nak cat dinding. Atok kata umur berapa. Kitorang cakap dari Malaysia. kadang2 nenek atok gelak, kitorang pun gelak sekali :D

Best sangat. Kadang2 reflect diri sendiri. Sempatkah kita tua. Macam mana kita nanti. Tiba2 teringat kat ibu dengan ayah. T.T (oppsss homesick sekejap). Dan dalam hati nenek2 tu, siapa yang tahu perasaan sebenar mereka? hanya Allah yang tahu. 

Ada sorang nenek dislocate dekat pelvis. dah lama jugak. dalam berbulan-bulan. tapi dia refuse untuk amek apa2 ubat atau surgery. sebab, dia sebatang kara. dan dia dah give up dengan hidup dia. i was like.. HAAAA :OOOOO ya Allah sedihnya. i was trying to imagine if it happens to me. :'( sedihnya. seolah-olah hidup sekadar hidup. Astaghfirullah. T.T doakan nenek tu. 

gambar-gambar dengan nenek2 dan atok2 yang sporting. 

 acap dan atok terer english

 dala borak dengan nenek baik

 nenek sari biru baikk... tapi kena pakai tongkat

 nenek rambut merah paling ceria. suka sangat nyanyi

 eh candid pulak. hehe

gambar2 main games




 lastly, my groupmates. 3 persons not in picture