Assalamualaikum wbt.
Malam ni ada sesuatu yang menjentik hati dan kalau boleh aku harap semua orang terjentik hatinya. Tapi aku dan kau tahu hati itu milik Allah. Jadi, panjatkan doa supaya Allah bukak hati kita. :)
Nak dijadikan cerita, ni lah video yang kitorang tengok sejak minggu lepas dan minggu ni. Tapi kali ni ada special sikit. Murobbi kitorang menggunakan logam beliau dan buat video macam ni untuk kitorang. Sebab minggu lepas murobbi tanya.. "Kalau antunna masuk syurga, nak letak apa lepas tu?" & Kitorang memang frust sangat sebab "apa yang aku buat untuk islammm? T.T"
Dan hari ni.. Murobbi kitorang yang letak next caption tu.. Serious terharu. Dan menaikkan semangat. Tapi orang kata dan aku kata, bukan semangat yang kita nak, tapi iman yang paling penting.
Majoriti caption lepas "(NAMA) dalam syurga", adalah mujahadah kitorang. Tapi aku yakin, Allah yang menggerakkan hatinya. :')
Contohnya macam aku. Murobbi tulis..
Contohnya macam aku. Murobbi tulis..
"Siti Rohayu dalam syurga"
"Tidak lena tidur malamnya kerana sibuk memikirkan umat"
"Sanggup berkorban harta dn jiwa demi Allah yang dicintainya"
"Tidak pernah gentar melawan musuh walaupun berseorangan"
And yess.. Semua tu mujahadah aku.
1st : Aku sangat mudah terjaga walaupun bunyi yg slow. Lagi2 kalau terbangun bila orang bising, haa start la muncung macam cencorot. And im trying to changee... Mungkin lepas ni kalau terjaga boleh terus bangun dan bertebaran di muka bumi.
2nd : Aku diajar untuk tidak kedekut untuk belajar. Maksudnya kalau nak beli buku, beli je. Tapi aku rasa yang aku lokek untuk dakwah dan tarbiyah. T.T Tak patot betul.
3rd : "Saya memang paranoid pergi mana2 sorang2 akak". Aku pernah cakap macam tu dekat murobbi. Sampaikan ada 1 masa ketika aku terpaksa pergi RI sorang2 naik auto, tiba2 pakcik tu lalu jalan lain pulak (dah la first time naik sorang. india pulak tu), dalam hati, punyalah aku doa semoga selamat sampai sedangkan auto tu adalah auto muslim geng uncle Musytaq, memang dipercayai seluruh student Malaysia. Bila sampai, rasa nak sujud syukur dan2 jugak. Dan mungkin ia mengajar aku untuk lebih berani. Kerana dalam dakwah, segalanya hanya untuk Allah.
Dan aku pasti, dalam diri semua orang, ada mujahadahnya. Pada mulanya, mungkin kita rasa bahawa mujahadah itu sangat susah. Namun, Allah itu Maha Mengetahui. Sedikit demi sedikit, Dia akan membawa kita untuk melalui proses penyucian jiwa. Tak aku nafikan bahawa kadang2 kita akan tersungkur lalu terluka, tapi 1 yang aku pasti, pengakhirannya ialah SYURGA yang mahal itu.
Semoga Allah lihat usaha aku, kau, mereka dan kita semua dalam usaha mengejar cinta Dia. Jadi, teruskan berlari. Kalau penat, berjalan. Yang penting.. jangan sesekali engkau berhenti.
Semoga Allah lihat usaha aku, kau, mereka dan kita semua dalam usaha mengejar cinta Dia. Jadi, teruskan berlari. Kalau penat, berjalan. Yang penting.. jangan sesekali engkau berhenti.