Saturday, May 31, 2014

hati oh hati

usai usrah...

"olyn, doakan la akak kuat."

"olyn tengok akak kuat je. nak kuat macam mana lagi?"

"doakan hati akak kuat"

HATI.
Kalau kita sakit hati, kita urut dada.
Kalau kita sedih, kita urut dada.
Kalau kita sabar, kita urut dada.
Tapi tu sebenarnya sternum, tulang dada.
Jadi sebenarnya mana hati kita? 
Hati tu bentuk apa?
Adakah liver tu hati yang sebenar-benarnya seperti mana yang disebutkan dalam hadis 1?

Hati tu, hanya Allah yang tahu.
Nampak macam tak penting dalam organ tubuh badan,
tapi kita tak tahu hati lah raja tubuh badan kita.
Hati yang kawal emosi, sikap, tindakan.
Kalau takde hati nak datang kelas, malas lah.
Kalau hati takde mood nak ketawa, masam lah.

Hati.
Nampak macam tak penting dalam organ tubuh badan,
tapi kalau hati lemah, satu badan lemah.
Kalau hati tak kuat, satu badan futur.
Kalau hati kotor, cahaya susah nak masuk.
Oleh itu, cari lah ubat hati.
Tiada di pasaran.
Kerana ubat hati ini dari Allah.
Dan Allah tidak meletakkan harga kepada kita untuk kembali kepada-Nya.



p/s : Kerana hati itu berbolak balik, jadi janganlah simpan seseorang dalam hati.
Tapi simpan mereka dalam doa.




Wednesday, May 28, 2014

He will, for surely He will answer our prayers.

ya Allah, subhanallah, alhamdulillah.
seriously malam ni takde mood nak study. dengan angin sepoi2 bahasa.
so i decide to disturb my friend, hawa, dekat UK sekarang. :)

entah. randomly. ingat nak face time tapi dah malam. so mesej je. rasa rindu sebab dah lama tak contact. :)
tengah borak2, hawa cerita pasal Nabi Musa. surah yang sama tadabbur minggu lepas. tapi bila hawa cerita, it strucks into my heart. nak nangis, bersyukur, rasa Allah memujuk diri ni . Subhanallah. i didnt asked her for this but Allah sent her for me. Alhamdulillah.

dan tadi terfikir, walaupun 2 jam masa terbuang untuk study, tapi rasa lega. lepas. bebas. hehe ^^ jazakillah khair. and yesterday my friend asked me, "doa tak? doa banyak2 tak? doa je. lambat ke cepat, nanti Allah jawab." Alhamdulillah. bersyukur sangat kerana dikelilingi sahabat2 yang mengingatkan diri ni kepada Allah di saat lupa. :)



Sunday, May 25, 2014

...

just need something to write some nonsense things.
because my mind has been mixed up with everything.

thanks to Allah, He sends me old friends, new friends to hear everything,
give words of strength, and everything.





Tuesday, May 13, 2014

makin besar makin lupa

Hari ni masuk block baru, Nutrition Block. OK. Kelas separuh full, semua mengantuk, sebab semalam habis aktiviti PIMPIN SISWA lambat. mood semua orang cranky. Makan kat MESS, mess kosong sebab semua orang balik tidur tengah hari. Petang ada 1 kelas je, still separuh full. Habis kelas amek result.

Nak diceritakan pasal result, Alhamdulillah sangat2 sebab lulus walaupun cukup makan. Mentor (sir Rajendra) pulak pegi Punei, so kena amek dengan mdm Ramya Shilpa. This is my first time ask her this and that. tanya macam mana nak skor MCQ, better buat nota ke tidak, cerita itu ini. and her answers made me a bit relieve and made me thinking. mungkin sebab we are girls, so i'm more comfortable to share anything to her. tapi kadang2 penat lah asyik tak tahu cara belajar. nak buat nota, lambat. nak baca je, nanti x ingat. aigooo.... n utk exam, im not the type yg suka spot questions sebab i cannot spot what my patients are going through... 

lepas tu pergi Medical Bookstore nak beli buku tulis. ada 500 rupees tapi harga dia 32 rupees. bhaiya tu kata "no change". aduhh bengangnya. terus letak buku dengan muka yg masam mengalahkan pelam. tetiba bhaiya tu cakap, "it's ok maam. just take it. pay later." uikss... mcm tercengang jap. serious ke? pastu terus amek dan cakap kat bhaiya nak cari duit kecik jap. tapi rasa maluuuu sangat sebab bhaiya tu punya lah baik yang aku ni buat muka pulakk :'((

lepas tu cerita kat wan. dia pun rasa macam tu. seriously bila datang india kadang2 rasa sombong. mentang2 duit banyak, padahal duit orang. ada makcik masukkan duit dalam bank 20 rupee je. tahu x berapa nilainya kat malaysia? SATU RINGGIT je okay. tadi keluar duit, lepas tu sorang student JNMC keluarkan 20 rupees je. ya Allah, pada kitorang, ciputnya, tapi pada diorang, 20 rupees tu sangat berharga.
lagi lah kalau naik lif dengan mausyi. amboi perangai tak yah cakaplah.... padahal maushi tu pangkat mak mak kita kot. tapi apasal lahhhh sombong sangat. 

haigoo.~~ 1 yg ak realize hari ni, makin besar aku makin banyak lupa sikap humaniti yang aku pernah tanam dulu. dulu cakap nak rajin belajar sebab duit mara duit rakyat, tapi tak belajar pun. dulu cakap tak kisah kena kerja teruk asalkan pesakit gembira, tapi sekarang complaint bila HO nak kena naik 3 tahun. dulu cakap tak nak shopping benda bukan2 tapi sekarang macam2 beli..

serious i am the most bad person. 

i like the old me :'(


Saturday, May 3, 2014

Kerana Allah, kita harus kuat!

kadang-kadang kita ni selalu tertanya-tanya akan sesuatu perkara yang menimpa kita..
lebih-lebih lagi kalau ujian tu agak berat untuk dihadapi..
kita tahu ada hikmah, tapi kita lupa, kita tak sabar :)

tapi ia adalah proses pembinaan.
Allah faham dan Dia akan berikan kita kekuatan.
dan suatu hari Dia akan tunjukkan hikmah tu. 


QAWIY LILLAHI TAALA