Thursday, April 24, 2014

The End Of SELANJAR 3 exam

Alhamdulillah..
pejam celik, pejam celik, dah nak habis 1st year rupanya.
ada lagi lebih kurang 3 bulan. 
tapi sebelum tu kena menempuhi exam PRO dulu :p

hari ni hari terakhir peperiksaan SELANJAR 3 bagi students medic USM KK dan USM KLE.
semoga Allah mengurniakan yang terbaik untuk kita.
kalau exam ni, kami ada 3 paper. sikit je kalau nak dibandingkan dgn PMR dan SPM dulu kan. (hehe)
tapi terkejut haa semua keluar urat segala urat, muscle dan accessory, innervations bagai, structure, histological structure semua.. 

basicaly, kita ada paper
1. Multiple Choice Questions (MCQ) : 1 soalan ada 5 anak2. kena jawab true or false. paper ni ada negativa marking. means kalau 2 betul dapat 2 markah. tapi tetiba anak yang ke 3 salah, 2 tolak 0.5, so dapatlah 1.5 markah. so better kalau tak tahu x payah jawab. 0 is better than negative marking. hehe

2. SSA/OSPE : masa selanjar 1 dan 2 amek SSA, (soalan dari slide, 1 soalan 5 minit and NO TURNING BACK) kalau lambat jawab, tataa... tapi selalu soalan SSA inshaaAllah tak la memerlukan pengerahan otak dan sel-sel. dont worry, inshaaAllah masa mencukupi dan ramai score dari SSA. masuk selanjar 3 dan PRO nanti kita ada OSPE, station bergerak. kita kena gerak 1 station ke station yg lain. 1 station 3 minit and tak boleh patah balik. kat sini ada activity station, maksudnya ada 1/2 station kita kena buat practical first aid kat mannequin. 

3. Short Essay Question (SEQ) : ni macam jawab essay. tapi tak essay sangat pun. tulis point lecturers lagi suka. senang nak menanda. 

susah? susah la sebab tak baca. :D 
tapi tak payah nak berdebar sangat kalau nak exam, salah ke betul ke, buat muka yakin je. sampai rumet saya cakap, awk ni muka yakin sungguh jawab exam. takut tau x. :p (sebab ktorang sebelah2 roll number, so masa dekat OSPE, saya kena pergi station dia, so bila bunyi loceng kena tukar, saya terus pergi, malas nk fikir soalan susah kat station sebelum ni. kui kui kui)




Tuesday, April 8, 2014

everything begins with tarbiyyah







pertama kali tengok video ni......

rasa macam tak layak untuk duduk bersama Rasulullah SAW dan para sahabat.

rasa loser.

rasa diri ni lah yang menyebabkan islam jatuh.

rasa macam, "eiishhh apa kau buat kat dunia selama berbelas2 hidup ayu?"

rasa macam nak duduk kat zaman Rasulullah SAW.



cemburunya dengan para sahabat sebab ada Rasulullah SAW.

mereka ada Rasulullah SAW untuk merujuk segala benda.

tapi kita tak ada.

tapi bila fikir2 balik, Allah tahu yang terbaik kerana takut2 masa tu kita berada di pihak yang menentang islam. Naudzubillah.



Bangunlah umat islam.

Sampai bila nak tidur?

Sampai bila sibuk dengan dunia?

Friday, April 4, 2014

Kita umat yang.....

Alhamdulillah minggu lepas saya diberi peluang dan kesempatan oleh Allah swt utk menghadiri daurah ISK (Ini Sejarah Kita). SubhanaAllah wa Alhamdulillah. 
Hebatnya islam pada suatu masa dahulu.
Hebatnya semangat juang para sahabat.
Hebatnya keimanan kaum muslimin.
Hebatnya perjuangan mereka untuk kita.
Hebatnya dari 313 orang yang masuk islam di Mekah, kini islam mempunyai umat majoriti.
TAPI, saya TIDAK BANGGA bila islam mempunyai majoriti umat. kerana aku kecewa dengan perasalahan umat islam sekarang termasuk diri saya sendiri.
Kita lah yang menyebabkan perjuangan Rasulullah SAW. 
Kita lah yang menjatuhkan tamadun islam.
Kita lah yang telah mensia-siakan perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat.
Ya KITA.
 Umat baginda yang tak pernah mengenal budi.
Umat yang lupa, bermain di dunia tanpa menyedari bahawa adanya hari akhirat yang lebih nyata.
Umat yang telah lari dari panduan al-Quran dan sunnah.
Umat yang telah lalai dengan tujuan hidup.

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ
“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (QS. Al Mukminun [23]: 115)
Kadang-kadang rasa jealous dengan para sahabat dulu kerana mereka dapat duduk bersama Rasulullah SAW, kerana mereka dapat mempertahankan Rasulullah SAW, kerana mereka dapat berbicara bersama Rasulullah SAW. 

Dan sesungguhnya, kami penat ya Allah ya Rasulullah. Adakah kami mampu mempertegakkan agama islam seperti dahulu? 

Jika Rasulullah SAW, para sahabat, kaum muslimin etcs berada di zaman kita, apakah agaknya perasaan mereka? Allahu Robbi. T.T