Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Alhamdulillah. Lagi beberapa minggu kawan saya akan bernikah. Mabruk awak. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan majlis, moga Allah redha. Semoga dapat melahirkan umat Muhammad SAW yang berpegang teguh pada ajaran islam. Aminn :)
Akhir-akhir ini ada jugak kawan cakap pasal Baitul Muslim. InshaAllah, jika rasa diri mampu memikul tanggungjawab terutamanya sebagai individu muslim, saya doakan yang terbaik buat sahabat saya.
Bila berbicara pasal perkahwinan, benda tu bukan benda main-main. Sangat sedih bila tengok umat-umat islam sekarang ni terutmanya remaja yang seronok sakan bercinta. lepastu putus, kecewa, ganti baru. Lagi parah bila ada yang cuba mencederakan diri sendiri. Nauzubillah.
Perasaan cinta dan kasih sayang memang normal kerana memang Allah dah jadikan ia dalam diri setiap insan. tapi statement ni bukannya tiket untuk kita bercinta. ^^, Sebelum kita nak cinta bf/gf, cuba kita cek, adakah cinta tu kita dah gunakan untuk mencintai Allah SWT yang menyayangi kita? Adakah kita mencintai Rasulullah SAW yang bersusah payah menyebarkan islam sehingga kita dapat nikmat ni? Ajukan soalan ini pada diri kita. MasyaAllah. :'( tapi kita manusia selalu lupa. dekatkanlah diri kepada Allah SWT. mohon kekuatan dariNya. mohon Dia tunjukkan jalan yang terbaik.
Mohon hati kita kuat untuk menahan nafsu. InshaAllah, Dia Maha Penyayang, Maha Pengampun. Kita ni lemah sifatnya. hanya kepada Allah kita mengadu. inshaAllah. :)