Tuesday, May 13, 2014

makin besar makin lupa

Hari ni masuk block baru, Nutrition Block. OK. Kelas separuh full, semua mengantuk, sebab semalam habis aktiviti PIMPIN SISWA lambat. mood semua orang cranky. Makan kat MESS, mess kosong sebab semua orang balik tidur tengah hari. Petang ada 1 kelas je, still separuh full. Habis kelas amek result.

Nak diceritakan pasal result, Alhamdulillah sangat2 sebab lulus walaupun cukup makan. Mentor (sir Rajendra) pulak pegi Punei, so kena amek dengan mdm Ramya Shilpa. This is my first time ask her this and that. tanya macam mana nak skor MCQ, better buat nota ke tidak, cerita itu ini. and her answers made me a bit relieve and made me thinking. mungkin sebab we are girls, so i'm more comfortable to share anything to her. tapi kadang2 penat lah asyik tak tahu cara belajar. nak buat nota, lambat. nak baca je, nanti x ingat. aigooo.... n utk exam, im not the type yg suka spot questions sebab i cannot spot what my patients are going through... 

lepas tu pergi Medical Bookstore nak beli buku tulis. ada 500 rupees tapi harga dia 32 rupees. bhaiya tu kata "no change". aduhh bengangnya. terus letak buku dengan muka yg masam mengalahkan pelam. tetiba bhaiya tu cakap, "it's ok maam. just take it. pay later." uikss... mcm tercengang jap. serious ke? pastu terus amek dan cakap kat bhaiya nak cari duit kecik jap. tapi rasa maluuuu sangat sebab bhaiya tu punya lah baik yang aku ni buat muka pulakk :'((

lepas tu cerita kat wan. dia pun rasa macam tu. seriously bila datang india kadang2 rasa sombong. mentang2 duit banyak, padahal duit orang. ada makcik masukkan duit dalam bank 20 rupee je. tahu x berapa nilainya kat malaysia? SATU RINGGIT je okay. tadi keluar duit, lepas tu sorang student JNMC keluarkan 20 rupees je. ya Allah, pada kitorang, ciputnya, tapi pada diorang, 20 rupees tu sangat berharga.
lagi lah kalau naik lif dengan mausyi. amboi perangai tak yah cakaplah.... padahal maushi tu pangkat mak mak kita kot. tapi apasal lahhhh sombong sangat. 

haigoo.~~ 1 yg ak realize hari ni, makin besar aku makin banyak lupa sikap humaniti yang aku pernah tanam dulu. dulu cakap nak rajin belajar sebab duit mara duit rakyat, tapi tak belajar pun. dulu cakap tak kisah kena kerja teruk asalkan pesakit gembira, tapi sekarang complaint bila HO nak kena naik 3 tahun. dulu cakap tak nak shopping benda bukan2 tapi sekarang macam2 beli..

serious i am the most bad person. 

i like the old me :'(


No comments: