Saturday, May 31, 2014

hati oh hati

usai usrah...

"olyn, doakan la akak kuat."

"olyn tengok akak kuat je. nak kuat macam mana lagi?"

"doakan hati akak kuat"

HATI.
Kalau kita sakit hati, kita urut dada.
Kalau kita sedih, kita urut dada.
Kalau kita sabar, kita urut dada.
Tapi tu sebenarnya sternum, tulang dada.
Jadi sebenarnya mana hati kita? 
Hati tu bentuk apa?
Adakah liver tu hati yang sebenar-benarnya seperti mana yang disebutkan dalam hadis 1?

Hati tu, hanya Allah yang tahu.
Nampak macam tak penting dalam organ tubuh badan,
tapi kita tak tahu hati lah raja tubuh badan kita.
Hati yang kawal emosi, sikap, tindakan.
Kalau takde hati nak datang kelas, malas lah.
Kalau hati takde mood nak ketawa, masam lah.

Hati.
Nampak macam tak penting dalam organ tubuh badan,
tapi kalau hati lemah, satu badan lemah.
Kalau hati tak kuat, satu badan futur.
Kalau hati kotor, cahaya susah nak masuk.
Oleh itu, cari lah ubat hati.
Tiada di pasaran.
Kerana ubat hati ini dari Allah.
Dan Allah tidak meletakkan harga kepada kita untuk kembali kepada-Nya.



p/s : Kerana hati itu berbolak balik, jadi janganlah simpan seseorang dalam hati.
Tapi simpan mereka dalam doa.




No comments: