Friday, March 21, 2014

SPM dulu dan hidup sekarang.

assalamualaikummmm....
result SPM dah keluar... tahniah semuaa...
tahniah kepada SPM leavers kerana anda semua berjaya mengharungi cabaran pertama.
kepada yang dapat straight A's, tahniah. yang tak straight, tahniah jugak. semua orang masih ada peluang kan. So jangan lupa plan cepat-cepat untuk the next journey.

ok 'akak' nak cerita sikit, dulu akak UPSR PMR SPM alhamdulillah Allah bagi straight A's.
ingatkan bila masuk U, kacang la jugak.. tapi... masya Allah.... memang betullah orang kata, masuk u boleh letak tepi la result SPM tu. dalam kata lain, buang je result tu.

masa first time masuk KMB, kitorang kena tulis result SPM, lepas tu cikgu akan buang kad manila yang ada result kitorang. masa tu akak macam... lantaklah.. ceh bajet la konon.. 

tapi hakikatnya, masa dekat KMB dgn USM KLE, belajar macam tak masuk ada. nak hafal banyak benda pun ada. busy itu ini ada. asyik tidur dalam kelas ada. asyik macam-macam ada. dan akak x pernah la dapat keputusan yang tiptop A tu. bak kata ramai orang, "for University students', PASS IS ENOUGH". more than enough perhaps. hehe ^^

Tapi kita mana boleh berada di zon selesa kan. Kena cepat2 bangkit. Kena banyak motivasikan diri sendiri. Doa jangan lupa. InshaAllah, Allah tolong. 

*Kalau boleh nak ulang zaman kt MRSM dulu. Btw, TAHNIAH MRSM PONTIAN!




No comments: