Saturday, March 15, 2014

Hala Tuju Lepas SPM

Assalamualaikum wbt.
Hari ni dapt update blog lagi sebab baru habis endblock renal system pagi tadi. esok ahad. Isnin cuti sempena Sambutan Holi.

So.. dengar cerita 20 Mac 2014 keluar result SPM kan? HEHE ^^ apa perasaan? Berdebar. Cuak. Gemuruh Jiwa. Dubdab. Makan tak kenyang. Mandi tak basah. Adat la tu. Symptom orang menunggu result. Tapi apapun, please keep in your mind that redha dan beryukur dengan setiap keputusan kita. BELIEVE ME, setiap benda yang jadi ada hikmahnya. Yakin dan bila tahu hikmahnya, korang akan menyesal kerana pernah tak bersyukur sebelum ni. (i know because i experienced the same thing)


Mana Nak Pergi?

Sebenarnya kita kena bersyukur sebab peluang untuk belajar tu sangat luas cuma kadang-kadang kita je yang malas. Pernah berbual dengan nenel. Nenek cakap, "ibu adik dulu nak sangat belajar tapi nenek miskin. bila cucu-cucu nenek pandai2, nenek bersyukur sangat sebab minat ibu turun kat anak2". Betullah tu. Kena hargai setiap peluang yang kita ada. Tapi, walaupun kita belajar, kena ingat yang kita bukan belajar semata-mata. sebab, orang bijak dapat high point. tapi orang yang bijak + beriman kepada Allah swt dan Rasulullah SAW, dia dapat HIGHEST POINT di dunia dan di akhirat. Ok so here we go to hala tuju.

1. Scholarship. Banyak sangat scholarship untuk 9A ke atas. MARA, JPA, Petronas, Bank Negara, Yayasan Negeri2, etcs. Masa interview, kena yakinkan mereka. Tapi dalam masa yang sama doa semoga interviewer lembut hati. 
     - interview ni ada dalam dan luar negara. Siapa yang tak dapat pergi luar negara, jangan sedih. Serious korang takkan menyesal. contohnya kalau amek medic. Best la tengok kawan almost every week pergi hospital. dapat balik rumah and paling penting, KORANG BOLEH BINA HUBUNGAN BAIK DENGAN LECTURER. bukan kat oversea x boleh, it just need more efforts. 
     - im not saying not to choose oversea because every place has its pros and cons kan. cuma i dont want those yang tak dapat oversea akan rasa sedih. ok ;) chill je. it's YOUR RELATIONSHIP WITH ALLAH, ACHIEVEMENT, YOUR DISCIPLINE AND KINDNESS that determines yourself. NOT YOUR PLACEMENT. :D

2. Antara kolej persediaan yang saya tahu Kolej MARA Banting (my college), Kolej MARA Seremban, Kolej MARA Kuala Nerang, INTEC, Kolej Teknologi Timur, Jepun apa ntah, GMI dan banyak lagi.

3. Selain tu, jangan lupa asasi dan matrikulasi. ada orang kata risky kalau amek 2-2 sistem ni. hailaa~~ kalau tak study ofkos la risky kan. Dont believe others. tapi kalau macam takut2 jugak, buat isthikharah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. 

4. Diploma.  3 tahun ada, 2 tahun setengah pun ada. Depend dengan course.

5. STPM. haaa yang ni most students yang amek STPM cakap mencabar tapi i dont know. but still, da je yang lepas kan.

*sekarang saya belajar kat India, lepasan KMB. Ada kawan2 dan seniour dari matrik, asasi, STPM, diploma pun ada. so kalau tak dapat pergi oversea, jangan risau, still ada peluang. Kalau umur panjang. inshaAllah :)

*emmm......................................................haaa... seperti biasa, universiti life dgn sekolah totally different. so kena pandai cari kawan. tetapkan niat. banyakkan pergi majlis ilmu. jangan terpengaruh dengan gejala negatif. and nikmati masa belajar dengan kawan2, jangan STUDY SANGAT tapi tak bersosial. dan jangan BERSOSIAL SANGAT sampai tak study.

ok itu je kot. pergi dulu. Assalamualaikum wbt :)


USM KLE International Medical Programme, Belgaum, India







No comments: