Friday, April 4, 2014

Kita umat yang.....

Alhamdulillah minggu lepas saya diberi peluang dan kesempatan oleh Allah swt utk menghadiri daurah ISK (Ini Sejarah Kita). SubhanaAllah wa Alhamdulillah. 
Hebatnya islam pada suatu masa dahulu.
Hebatnya semangat juang para sahabat.
Hebatnya keimanan kaum muslimin.
Hebatnya perjuangan mereka untuk kita.
Hebatnya dari 313 orang yang masuk islam di Mekah, kini islam mempunyai umat majoriti.
TAPI, saya TIDAK BANGGA bila islam mempunyai majoriti umat. kerana aku kecewa dengan perasalahan umat islam sekarang termasuk diri saya sendiri.
Kita lah yang menyebabkan perjuangan Rasulullah SAW. 
Kita lah yang menjatuhkan tamadun islam.
Kita lah yang telah mensia-siakan perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat.
Ya KITA.
 Umat baginda yang tak pernah mengenal budi.
Umat yang lupa, bermain di dunia tanpa menyedari bahawa adanya hari akhirat yang lebih nyata.
Umat yang telah lari dari panduan al-Quran dan sunnah.
Umat yang telah lalai dengan tujuan hidup.

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ
“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (QS. Al Mukminun [23]: 115)
Kadang-kadang rasa jealous dengan para sahabat dulu kerana mereka dapat duduk bersama Rasulullah SAW, kerana mereka dapat mempertahankan Rasulullah SAW, kerana mereka dapat berbicara bersama Rasulullah SAW. 

Dan sesungguhnya, kami penat ya Allah ya Rasulullah. Adakah kami mampu mempertegakkan agama islam seperti dahulu? 

Jika Rasulullah SAW, para sahabat, kaum muslimin etcs berada di zaman kita, apakah agaknya perasaan mereka? Allahu Robbi. T.T



No comments: