Monday, December 28, 2015

Seperti Maryam

Pernah baca kisah Maryam dalam al-Quran.?
Seorang muslimat solehah.
Dijaga kemuliaannya, dipasang tabir supaya tidak terlihat oleh ajnabi.
Semua orang tahu bahawa Maryam ialah seorang yang sangat solehah dan disayangi.

Tapi, apabila diketahui bahawa Maryam mengandung tanpa seorang suami,
Pelbagai tohmahan yang dilemparkan.
Kata-kata Maryam tak dipercayai lagi.
Maryam dikeji dan dihina.
Sehingga akhirnya, Maryam terpaksa membawa diri.

Apabila tiba saat melahirkan puteranya,
Maryam bersandar di sebatang pokok kurma.
Boleh dikatakan, Maryam putus asa.
Lebih rela mati daripada hidup sedemekian rupa.

Allah itu Maha Mendengar.
Diperintahkan Malaikat Jibril turun dan menenangkan Maryam.
Maryam disuruh menggoyangkan batang pokok kurma itu supaya dapat makan buahnya.
Dan kemudian, Maryam selamat melahirkan seorang putera tanpa bapa, iaitu Nabi Isa.

***

Kita juga mungkin seperti Maryam.
Kita juga pasti disenangi ramai.
Namun, bila sampai waktu tertentu, yang waktu itu kita dipenuhi masalah, mujahadah dan sangat memerlukan kekuatan,
Saat itu kita akan faham perasaan Maryam.

Ditinggalkan.
Dihina.
Dipersalahkan.
Malah, mungkin ada yang akan menjauhkan diri.

Kecewa? 
Kalau aku, ya. 
Aku kecewa.

Tapi, apakan daya.
Mereka juga manusia.
Manusia tak dapat memahami apa yang dilalui oleh orang lain.
Sebab itu manusia boleh menjadi 'judgemental'.
Pada awalnya, manusia mungkin boleh bertahan.
Tapi lama-kelamaan,
Mereka juga akan merasa lelah.

Allah al-Mujib.
Dia Yang Maha Mengabulkan.
Berdoalah, memintalah dan meraunglah sekuat hati,
Allah akan mendengar. segala masalah hati.
Dia Maha Mengetahui.
Dia Maha Mendengar.

Sebab tu,
Banyak kali dipesankan kepada manusia,
Hanya Allah tempat bersandar.









Wednesday, November 4, 2015

Sandarkan pada Dia.

Saat remuk dan hancurnya hati, kau sandarkan doa pada Dia sahaja.

Saat kau kecewa dan rasa lelah, kau letakkan harapan pada Dia sahaja.

Saat kau sedih dan buntu, kau minta lah jalan penyelesaian dari Dia sahaja.

Saat kau haru dah rasa kacau, kau minta lah ketenangan dari Dia sahaja.

Saat kau rasa lemah dan tak berdaya, kau minta lah kekuatan dari Dia sahaja.

Semuanya hanya pada Dia sahaja.

Kerana, 
Jika engkau sandarkan pada manusia, 
Kau belum tentu kan terubat,
Bahkan luka yang lama bisa berdarah semula,
Parut yang hampir hilang bertambah bilangannya.

Yang penting,
Sandaran kita pada Dia harus kuat dan utuh,
Sekuat keyakinan para Rasul kepada Maha Pencipta,
Seutuh pegangan mereka pada Islam saat penyeksaan sang zalim hampir tiba.

Sesungguhnya,
Setiap luka yang dicoret oleh dunia,
Akan ku ceritakan semuanya pada Dia.





Tuesday, November 3, 2015

Apabila Apa?

Apabila kau berdoa,
Jangan lupa usahanya.

Apabila kau meminta kesembuhan,
Jangan lupa berikhtiar dan cari ubatnya.

Apabila kau gusar,
Cari sesuatu yang mententeramkan hatimu.

Apabila kau bermasalah,
Cari lah puncanya dan selesaikan segera.

Apabila kau sesak,
Cari lah jawapan kepada kesesakanmu.

Apabila kau bertanya tapi tiada jawapan,
Cari lah sesiapa yang dapat menjawab segala persoalan.

Dan apabila kau meminta kepada Allah,
Jangan kau duduk diam saja.
Tapi bangun dan berusaha.
Unta itu perlu diikat juga ya.