Wednesday, November 4, 2015

Sandarkan pada Dia.

Saat remuk dan hancurnya hati, kau sandarkan doa pada Dia sahaja.

Saat kau kecewa dan rasa lelah, kau letakkan harapan pada Dia sahaja.

Saat kau sedih dan buntu, kau minta lah jalan penyelesaian dari Dia sahaja.

Saat kau haru dah rasa kacau, kau minta lah ketenangan dari Dia sahaja.

Saat kau rasa lemah dan tak berdaya, kau minta lah kekuatan dari Dia sahaja.

Semuanya hanya pada Dia sahaja.

Kerana, 
Jika engkau sandarkan pada manusia, 
Kau belum tentu kan terubat,
Bahkan luka yang lama bisa berdarah semula,
Parut yang hampir hilang bertambah bilangannya.

Yang penting,
Sandaran kita pada Dia harus kuat dan utuh,
Sekuat keyakinan para Rasul kepada Maha Pencipta,
Seutuh pegangan mereka pada Islam saat penyeksaan sang zalim hampir tiba.

Sesungguhnya,
Setiap luka yang dicoret oleh dunia,
Akan ku ceritakan semuanya pada Dia.





Tuesday, November 3, 2015

Apabila Apa?

Apabila kau berdoa,
Jangan lupa usahanya.

Apabila kau meminta kesembuhan,
Jangan lupa berikhtiar dan cari ubatnya.

Apabila kau gusar,
Cari sesuatu yang mententeramkan hatimu.

Apabila kau bermasalah,
Cari lah puncanya dan selesaikan segera.

Apabila kau sesak,
Cari lah jawapan kepada kesesakanmu.

Apabila kau bertanya tapi tiada jawapan,
Cari lah sesiapa yang dapat menjawab segala persoalan.

Dan apabila kau meminta kepada Allah,
Jangan kau duduk diam saja.
Tapi bangun dan berusaha.
Unta itu perlu diikat juga ya.



Saturday, October 31, 2015

Anai-anai

Andai aku seekor burung,
Sudah lama aku pulang ke sarang.

Andai aku seekor lebah,
Akan ku bawa manisnya madu pada semua.

Tapi aku hanya manusia,
Yang selalu ingin pulang,
Juga ingin berkongsi rasa,
Kepada manusia yang aku cinta.

Cinta pada manusia itu, 
Yang aku ingat cinta mulia, lillahi taala,
Bersama saat tawa dan juga sendu,
Menggapai langit untuk ke syurga.

Ternyata anganku terlalu tinggi,
Langkah ku setapak demi setapak ini terlalu lemah,
Manakala langkah yang laju tak dapat aku tandingi,
Dalam diam engkau pergi tiada tanda.

Perlukah aku meneruskan langkah ini?
Atau berhenti dan menyendiri?
Namun bukan itu yang aku cari,
Kerana Allah penguat dan pemangkin semangat.

Kini aku seperti anai-anai,
Yang menunggu masa untuk meruntuhkan sang pokok yang berakar tunjang,
Kau tunggu saja masanya,
Allah kan menjadi saksi pengadilan antara setiap manusia.


Untuk setiap luka-luka yang dicoret oleh bumi,
Hanya satu ubatnya - kembali kepada Allah.

Image result for kuat kerana Allah