Saturday, December 21, 2013

Post Result Syndrome. khas untuk adik2 ex-PMR

Assalamualaikum wbt.
Dah lama tak menaip. busy betul. fuhhh~~ (busy la sangat)
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kerana atas kasih sayang Allah, kita masih hidup, kita masih dibenarkan bernafas dekat muka bumi ni, dan Alhamdulillah kerana Allah memberi kita SEKALI LAGI peluang untuk memperbaiki hidup kita sebelum semuanya terlambat. 

So, beberapa hari lepas keluar result PMR kan? Detik yang pernah saya lalui. Kepada yang berjaya, Tahniah akak ucapkan. Buat yang kurang berjaya, tahniah juga kerana adik-adik dah melepasi tahap ini. Sedih? Kecewa? InshaAllah, di sini ada sedikit nasihat. :)

Memang normal untuk kita rasa sedih, menangis. Tapi janganlah kita tenggelam dan larut dalam kesedihan tu. Sebab kalau kita menangis pun, tak dapat mengubah apa-apa. Tindakan yang perlu kita buat ialah bangkit, berusaha dan serahkan kepada Allah. Orang yang berjaya ialah orang yang bangkit apabila menemui kegagalan. Tapi, kalau dah berusaha tak dapat jugak, yakin, yakin dan YAKIN, Allah susun yang terbaik untuk kita. semuanya berkaitan dengan hikmah.

HIKMAH. hikmah ni  benda yang tersurat. kadang-kadang sehari kita tahu hikmah kejadian tu, kadang-kadang berpuluh tahun baru tahu. tapi sebagai seorang muslim, kita kena yakin bahawa Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita. Kalau kita lihat sahabat Rasulullah SAW, bagaimana mereka diuji, mereka tetap berpegang pada kalimah LA ILA HA ILLALLAH. kenal pasti kenapa sebenarnya kita dihidupkan dunia? Adakah hanya menjadi seorang anak, suami/isteri, doktor, engineer, accountant, kemudian tua dan...? ke mana arah kita sebenarnya? jadikan study kita sebagai alat untuk kita mencapai keredhaan Allah. 

adik-adik, yang penting, dalam kuat kita berusaha, jangan lupa kekuasaan Allah. bila mana Allah cakap, "kun fayakun (aku kata jadi, maka jadilah ia)" semua boleh terjadi. inshaAllah. sama-sama kita bangkit kerana-Nya.


Thursday, November 7, 2013

Appendix Surgery

Alhamdulillah, 1st november 2013 hari tu, saya selamat dibedah. appendix surgery. 
sebenarnya saya bukan appendicitis, tapi appendix saya kena infection due to previous surgery dan dah bernanah. sebenarnya, tak lah takut sangat sebab ni minor surgery je tapi bila mengenangkan ayah dan ibu jauh kat malaysia, ya Allah, kena kuatlah menghadapi sebarang kemungkinan. 

lepas surgery, saya tak boleh bernafas. doktor kata ada irritation dekat tekak. masa tu, saya rasa macam nyawa dah dekat hujung tanduk. seolah-olah ada bongkah besar yang block hidung ni. doktor cepat2 kasik oxygen mask. masih macam tu jugak. rumet dah cuak sebab baru bagi tahu ayah n ibu yang semuanya ok. tapi Alhamdulillah kali ke-3 baru saya dapat bernafas macam biasa.

ada kawan cakap, "ayu, banyaknya organ kena buang" hehe. mula2 saya macam terfikir, kenapa aku yang kena ea? kena buang adrenal gland, lps tu appendix. tapi Alhamdulillah cepat je Allah jawab. ye lah, sebenarnya semua dalam diri kita ni hak Allah. biarlah Dia nak ambil balik. tugas kita jaga dan guna sebaiknya je. :) 

dan bila ada sorang kawan tanya, "ayu, sedih tak?" alhamdulillah saya tak sedih sebab saya redha dengan sakit yang saya rasa ni sebab kalau nak dibandingkan dengan emotional unstable masa cushing syndrome dulu lagi lah. tapi walau apapun terjadi, semua tu ada hikmahnya. dan setiap kali kita rasa sedih dan kurang bernasib baik, sedarlah bahawa ada orang yang lebih menderita di saat ini. 


Sunday, October 6, 2013

refleksi diri

Bila kita buat orang,
orang buat kita.