Thursday, January 1, 2015

Nak Share Ke Tak Nak?

Ada orang pernah cakap, "aku tak nak ah share share lagi. Nanti kena uji."

Mesti pernah dengar kan ayat ni? Diri sendiri pun  pernah cakap macam ni. Kadang-kadang, bila kita cakap, on the spot kena uji. Tengah cakap pasal sabar, keluar masjid selipar kena curik. (ni contoh je tau) :D

Tapi sebenarnya kita salah. Kenapa kita rasa bila cakap lepastu kena uji? Sebenarnya semua orang diuji dengan apa yang kita kena uji. Tapi kita tahu kita kena uji sebab kita cakap benda tu dan org yg tak tahu dia kena uji sebab dia tak cakap. So 1 advantage sebenarnya supaya kita aware dgn keadaan diri kita.

****

"Mantap kan dorang. Qawiy sungguh. Bila la nak jadik macam tu."

"Dorang dah lama dalam DnT. 4 tahun proses. Kita baru setahun jagung. Sabar ea?"

"Lambatnya akuuu~"

***

"Aku tak sangka lepas aku cakap pasal proses, tup tup Allah uji aku."

"Macam mana? Ok x ujian tu?"

"Sedih gak la. Tapi aku tak boleh la nak expect orang lain sama macam aku."

"Betul. Dan kita tak boleh expect kalau kita pernah memaafkan orang, orang tu akan memaafkan kita 1 hari."

"Eh apasal tetiba?"

"Sebab aku pun kena uji dengan mujahadah aku. Haha"

"Alhamdulillah. Allah nak kita alert kan. InshaAllah"

***

Satu benda yang aku sedar, tarbiyah mengubah segalanya. Kalau dulu tak nak mengalah, yang kuat merajuk dan membela diri sendiri, (maaf. mungkin perangai anak bongsu :p ) , kini Alhamdulillah aku cuba ubah benda tu. Tipu lah kalau tak sakit bila tinggalkan benda yang kita selalu buat, tapi, 1 benda yang kita kena sedar, Allah tahu sakitnya mujahadah itu, sakitnya proses itu, sakitnya hati itu. Dan jangan lupa, Allah yang menilai kerana Dia yang Maha Adil.

Jadi, sempena tahun baru 2015 ni, azam aku ialah.. MUJAHADAH untuk.. banyakkkk. :D

Mujahadah walaupun pahit,
Tapi syurga itu manis. :D

Apa mujahadah korang?
*Sekarang tengah mujahadah untuk bersabar sebab rumah belakan ni tengah berpesta. o.O





Tuesday, December 30, 2014

Rindu.

Pernah tak rasa rindu yang membuak-buak.
Rasa macam nak putar balik masa pergi masa dulu-dulu zaman tudung lipat senget, baju lengan tajam.
Best jugak kalau ada alat macam doraemon.
Tapii... mustahil.

"Rindu gila la dekat diorang."

"Doa lah. Doa kan senjata kuat kita kan?"

"Aah la. Harap2 kalau tak dapat jumpa kat dunia, jumpa kat syurga."






Friday, December 5, 2014

Masalah Apa?

'Ada tak manusia yang takde masalah?'

'Mana ada. Sedangkan Rasulullah SAW pun ada masalah.'

'Tapi... Rasulullah lain...'

'Lain amendenye. Tak ingat eh bedah RM? (Raheeq Makhtum).'

'Ye ye aku tahu. Rasulullah SAW rasa nak terjun dari Bukit Uhud sebab wahyu turun lambat.'

'Haa tahu pun.'

'Tapi Rasulullah ada malaikat untuk ingatkan baginda.'

'Kau ni banyak sangat tapi lah. Memang kita takde malaikat. Tapi kita ada sahabat kan. Usrahmates. Cuma satu benda yang membezakan kita dengan Rasulullah SAW'

'Apa dia?'

'Jenis masalah. Rasulullah SAW sedih sebab wahyu dari Allah lambat. Kita? Sebab gaduh dengan kawan. Ada orang tak suka. Homework tak siap. Endblock fail. Nampak tak?'

'Fine, Aku malu.'

'Bukan kau je weh. Aku pun. Betapa selama ni aku sia-siakan kepala otak aku ni untuk fikir benda2 dunia je.'

'Boleh tak tolong aku?'

'InshaAllah kalau aku mampu.'

'Tolong bangunkan aku kalau aku jatuh. Tolong kuatkan aku bila aku lemah. Tolong ingatkan aku bila aku lupa. Boleh?'

'Subhanallah. InshaAllah boleh. Tapi kau kena tolong aku jugak tau.'



p/s : Allah Maha Mendengar. Dia dengar dan tahu segala isi hati. Dia tahu. Dia faham.