Saturday, January 11, 2014

fuhhh~~~





Friday, January 3, 2014

Doktor, Hati pun nak kena ubat jugak

MasyaAllah. Hari ni penat sangat. Kelas berderet and straight dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. Frankly speaking, im so tired! Bila kelas pukul 4 pm, memang dah tak boleh fokus & saya tulis kat buku tired tired tired tired. stop stop stop stop. memikirkan lepas ni kelas english pulak 5 sampai 6 petang. ya Allah. penatnya. rasa nak pengsan.

:'( dalam hati berdoa sangat kelas english batal. sekali tetiba bhaiya yg jaga lecture hall kitorang datang dan cakap 'no english class'. ya Allah... Alhamdulillah. rasa nak sujud syukur waktu tu jugak. roommate kat sebelah cakap, 'Allah faham kan perasaan kita'. ya Allah, rasa lega sangat.

untuk hilangkan rasa penat, saya ajak adda (rumet) dengan atin makan dekat wild sugar. nak hilangkan stress kononya. balik bilik siap-siap pergi lawat rawdah kat hospital. balik bilik sambung study, but i feel something unsettled inside. tetiba ada kawan hantar line yang dia rasa serabut dan sedih. sama macam saya. rasa yang tak tahu kenapa. rasa macam.. lost? yeke? maybe. rasa mcm nak menangis. rasa macam haa ni Allah bagi rasa macam ni sebab lalai sangat dengan dunia. :'(( astagfirullah.

mungkin selama ni, hati saya dah banyak luka. lupa nak tampal dan rawat balik. sibuk fikir pasal jasmani tapi rohani entah ke mana. dan inilah masanya untuk kita kembali kepada Allah. ya Allah, jagalah hati-hati kami agar kami sentiasa mengingati-Mu. amiinnn :')


Saturday, December 21, 2013

Post Result Syndrome. khas untuk adik2 ex-PMR

Assalamualaikum wbt.
Dah lama tak menaip. busy betul. fuhhh~~ (busy la sangat)
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kerana atas kasih sayang Allah, kita masih hidup, kita masih dibenarkan bernafas dekat muka bumi ni, dan Alhamdulillah kerana Allah memberi kita SEKALI LAGI peluang untuk memperbaiki hidup kita sebelum semuanya terlambat. 

So, beberapa hari lepas keluar result PMR kan? Detik yang pernah saya lalui. Kepada yang berjaya, Tahniah akak ucapkan. Buat yang kurang berjaya, tahniah juga kerana adik-adik dah melepasi tahap ini. Sedih? Kecewa? InshaAllah, di sini ada sedikit nasihat. :)

Memang normal untuk kita rasa sedih, menangis. Tapi janganlah kita tenggelam dan larut dalam kesedihan tu. Sebab kalau kita menangis pun, tak dapat mengubah apa-apa. Tindakan yang perlu kita buat ialah bangkit, berusaha dan serahkan kepada Allah. Orang yang berjaya ialah orang yang bangkit apabila menemui kegagalan. Tapi, kalau dah berusaha tak dapat jugak, yakin, yakin dan YAKIN, Allah susun yang terbaik untuk kita. semuanya berkaitan dengan hikmah.

HIKMAH. hikmah ni  benda yang tersurat. kadang-kadang sehari kita tahu hikmah kejadian tu, kadang-kadang berpuluh tahun baru tahu. tapi sebagai seorang muslim, kita kena yakin bahawa Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita. Kalau kita lihat sahabat Rasulullah SAW, bagaimana mereka diuji, mereka tetap berpegang pada kalimah LA ILA HA ILLALLAH. kenal pasti kenapa sebenarnya kita dihidupkan dunia? Adakah hanya menjadi seorang anak, suami/isteri, doktor, engineer, accountant, kemudian tua dan...? ke mana arah kita sebenarnya? jadikan study kita sebagai alat untuk kita mencapai keredhaan Allah. 

adik-adik, yang penting, dalam kuat kita berusaha, jangan lupa kekuasaan Allah. bila mana Allah cakap, "kun fayakun (aku kata jadi, maka jadilah ia)" semua boleh terjadi. inshaAllah. sama-sama kita bangkit kerana-Nya.