Thursday, April 21, 2016

Memori Lama

Pernah tak, bila dengar sesuatu lagu, ia mengingatkan kita pd memori2 lama.
Malam ni tiba2 tergatal tangan nak dengar lagu yang buat aku rindu zaman2 sekolah.
Fuhh.. Dah tua rupanya.

.
.
.
.
.
Mengeluh panjang.
Rindu nya! Rindu sangat sangat!
.
.
.
.
.
Cuba pejam mata.
Agaknya dapat balik tak mengimbau memori dan perasaan yg ada masa tu?
Memori ada.
Perasaan takde.
Nak ulang balik perasaan tu boleh tak?
Rasa free from any responsibilities.
Rasa bahagia.
Rasa jelas matlamat. (SPM 9A+) ceh..
Rasa best!
.
.
.

Tiba-tiba aku tersedar satu benda.
Masa dah berlalu dgn sangat pantas.
Dan Allah dah buka mata kita, tunjukkan apa yg salah dan apa yg betul.
Ada perasaan2 yg salah yg tak patut ada. Dan perasaan tu Allah lenyapkan.
Perasaan yg tak salah, masih ada. Contohnya, nikmat sahabat.
Alhamdulillah sampai sekarang masih rapat.
I MISS THEM  SO MUCH!

People come and go.
Ada yg dtg dlm hidup kita utk tumpang lalu je.
Dan ada yg dtg dlm hidup kita utk membantu.
I have experienced BOTH.
How time flies. :)

Muhasabah.
Today I am very grateful for those who stay with me till now.
Orang2 ni lah yg dulu kami bercakap pasal MASA DEPAN.
Memasang impian untuk masuk universiti yg sama.
Tapi, Allah lebih hebat merancang.
Walaupun masing-masing berjauhan, Alhamdulillah kita masih bersama.

Yang paling penting,
Allah dah susun perjalanan hidup kita PERFECTLY!
Takde kurang, takde lebih.
Kadang2 kita jatuh, kadang2 kita naik. 
Just believe He has something special for you.

'Ya Allah, can you gather all of us in Your jannah soon? Please.'



Wednesday, April 20, 2016

Kisah Tentang Luka

Orang-orang terluka merasakan sakit bukan kerana apa yang sedang terjadi di luar memang menyakitkan. Dia merasakan sakit itu kerana dia sedang terluka. Lukanya bengkak dan bernanah.

Kesalahan besar dari orang-orang terluka adalah mereka tidak segera menyembuhhikan luka lamanya. Tusukan yang mengganggu itu dibiarkan. Jadilah mereka orang-orang yang enggan berubah.

~Petikan dari Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A. Fillah


*****

Terluka lalu bersedih itu normal.
Sedangkan Rasulullah SAW pun pernah melalui peristiwa2 yang membuatkan beliau terluka dan bersedih.
Tapi, dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang Allah katakan 'Jangan bersedih.'
Perasaan sedih yang berlama-lama itu tak wajar.
Kerana perasaan sedih tu akan membuatkan kita susah untuk ke hadapan.
Terlalu berlama-lama dalam kesedihan membuatkan seseorang hilang semangat.
Jika sedang bersedih, cari lah Allah. Minta lah bantuan Allah supaya mengeluarkan kita daripada kesedihan tu.
Yakin bahawa setiap apa yang terjadi adalah susunan terindah dari Allah.
Yakin bahawa Allah akan menggantikan yang terbaik...

*****

This post is specially dedicated to my best friend. :)
It's hurt to know that you're not okay 
And it hurt me more when I cant do anything for you.
Even a 5-minute call seems so hard.
But I know you need some space. 
To think. And to calm down. 
But, may you find peace through the remembrance of Allah.

"Sometimes you find yourself in the middle of chaos, 
and sometimes in the middle of chaos,
you find yourself."



Footnote : Mungkin ini masanya utk kita lebih rapat dan memahami ayat cinta dari Allah. T.T







Thursday, April 14, 2016

Long Case Teach Me About...

2.30 pm.

"Group 4, ready."

Lambat 45 minit dari waktu yang ditetapkan. Tak sabar nak habis long case awal. Debaran pun dah semakin kurang. Relax. Chill. Rigor. Eh :p

Lepas beratur ikut Roll Number, kena lucky draw pulak untuk tentukan kita dapat department apa. Ada 4 department.

1 = Medicine (M)
2 = Orthopedic (O)
3 = Obstetric (G)
4 = Surgery (S)

Sejujurnya, aku mengharapkan dapat Surgery atau Obstetric. Sebab rasa lebih prepare. Tapi dalam masa yang sama berdoa supaya Allah bagi yang terbaik. Kadang-kadang apa yang kita mintak dari Allah, bukan yang baik untuk kita. Tapi apa yang Allah bagi, itu lah yang terbaik. So, lepas lucky draw, aku dapat M3! Medicine dept bed 3. Ohh nooo! Alamakkk! Muka memang cuak sangat. Kawan yang dapat medicine pun cuak. Tapi untuk menenangkan diri masing-masing, dia tepuk2 belakang aku sambil cakap, "Takpe yu. Medicine memang susah. Tapi inshaAllah senang dapat markah." Ok. InshaAllah. Takpe ayu. This is the BEST from Allah.

Bila masuk, greet patient. Dan.... Patient taknak cooperate. T.T Pesakit jantung. Maybe dia penat sebab asyik kena examine je dari tengah hari. Translator lambat sampai. Patient pula cakap takde apa2 chief complaint. Just datang utk surgery. Chest pain, sweating & any symptoms for CVS problem dia takde. Nak tulis apa niii dkt case sheet? Ok takpe. Try to keep calm. Alhamdulillah translator sangat membantu. May Allah gives you His greatest blessing.

Tengah syok buat history taking, tiba2 staff cakap, 5 minutes left. Whatt.?? Baru 30 minit. Alamak examination tak start lagi. History baru sampai Family History. Xpe la. Letak pen. Start buat examination. (Masa exam kami dipendekkan T.T)

And directly on that moment, baru tersedar yang examination untuk CVS tak banyak pun. Inspection, Palpation, Auscultation. Masa tu rasa mcm nak sujud terus. Bersyukur nya. Now i know. Betul. This is the best for me. Alhamdulillah. And within 5 minutes tu, alhamdulillah sempat buat examination yang penting. At least i got something to present to the lecturers. :) 

Bila lecturers datang, dapat seorang lecturer yang sangat baik. Pernah cakap kat kawan. "Bestnya kalau Dr. Walvekar yang jd examiner." Just a simple thought and Allah granted my dua. :') . Rasa nak nangis terharu lagi. And the rest, let it be history. :)





Kesimpulannya,

I know I haven't done perfectly neither I gave all out for this Long Case examination. History pun banyak compang camping. Examination ada je yang tertinggal. Soalan pun ada je yang tergagap2 jawab, terkebil2 mata, senyum2 kambing tengok lecturer. Hehe. Tapi, I didn't think that was a big problem since Allah helped me A LOT along the examination. Ketenangan.

Few days before exam, rasa sedikit distracted. Group batchmates kat Whatsapp mula rancak share info itu ini. Sedangkan diri ni rasa banyaknyeeee tak study. Plus, takde study group untuk long case ni. Tengok orang lain, selalu pergi hospital, study group pagi petang siang malam. But me? 

Lepas tu tersedar yang.... selama ni aku tersalah pandang. Terlalu pandang usaha. Kalau banyak study, Allah bagi tiptop. Kalau kurang, habis lah kau.... Tapi, lupa ke kita siapa yang tentukan semuanya. Sunnatullah memang, siapa yang berusaha, Allah akan bagi. Even dalam surah an-Najm pun Allah cakap mcm tu. Tapi, jangan sampai kita terlalu memandang usaha sampaikan kita lupa kuasa Allah. Kita lupa ada kuasa ghaib yang sedang menyusun perkara terbaik untuk kita.

Dan kadang-kadang, Allah permudahkan urusan kita bukannya sebab usaha2 kita je. Mungkin juga Allah permudahkan urusan kita sebab kita pernah mudahkan urusan orang lain. Mungkin juga dari doa-doa ibu bapa, kawan2, dan doa orang2 yang pernah kita tolong suatu masa dahulu. Exam week betul2 mengajar aku sanggup tak korbankan sedikit masa untuk menolong kawan2 yang dalam kesusahan. Mungkin kita terlalu fikir kan exam, tapi pegang suatu benda (note for myself too), yang kalau kita tolong orang, Allah akan tolong kita pulak. Kalau kita korbankan sesuatu, Allah akan bagi hadiah. InshaAllah.


Katakanlah, "Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya." Dan apa saja yang kamu infakkan, 
Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.
(34:39)



Monday, April 11, 2016

Long Case

A very quick update.
13th April adalah hari yang mendebarkan bagi pelajar2 3rd year USMKLE.
Kami ada long case exam... T.T
Mohon tembakan doa semua orang. :)

"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya,
kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna,
dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu),"
(An-Najm 53 : 39 - 42)

Semoga tetapi istiqamah berusaha dan bertawakal. :')))