Saturday, December 21, 2013

Post Result Syndrome. khas untuk adik2 ex-PMR

Assalamualaikum wbt.
Dah lama tak menaip. busy betul. fuhhh~~ (busy la sangat)
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kerana atas kasih sayang Allah, kita masih hidup, kita masih dibenarkan bernafas dekat muka bumi ni, dan Alhamdulillah kerana Allah memberi kita SEKALI LAGI peluang untuk memperbaiki hidup kita sebelum semuanya terlambat. 

So, beberapa hari lepas keluar result PMR kan? Detik yang pernah saya lalui. Kepada yang berjaya, Tahniah akak ucapkan. Buat yang kurang berjaya, tahniah juga kerana adik-adik dah melepasi tahap ini. Sedih? Kecewa? InshaAllah, di sini ada sedikit nasihat. :)

Memang normal untuk kita rasa sedih, menangis. Tapi janganlah kita tenggelam dan larut dalam kesedihan tu. Sebab kalau kita menangis pun, tak dapat mengubah apa-apa. Tindakan yang perlu kita buat ialah bangkit, berusaha dan serahkan kepada Allah. Orang yang berjaya ialah orang yang bangkit apabila menemui kegagalan. Tapi, kalau dah berusaha tak dapat jugak, yakin, yakin dan YAKIN, Allah susun yang terbaik untuk kita. semuanya berkaitan dengan hikmah.

HIKMAH. hikmah ni  benda yang tersurat. kadang-kadang sehari kita tahu hikmah kejadian tu, kadang-kadang berpuluh tahun baru tahu. tapi sebagai seorang muslim, kita kena yakin bahawa Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita. Kalau kita lihat sahabat Rasulullah SAW, bagaimana mereka diuji, mereka tetap berpegang pada kalimah LA ILA HA ILLALLAH. kenal pasti kenapa sebenarnya kita dihidupkan dunia? Adakah hanya menjadi seorang anak, suami/isteri, doktor, engineer, accountant, kemudian tua dan...? ke mana arah kita sebenarnya? jadikan study kita sebagai alat untuk kita mencapai keredhaan Allah. 

adik-adik, yang penting, dalam kuat kita berusaha, jangan lupa kekuasaan Allah. bila mana Allah cakap, "kun fayakun (aku kata jadi, maka jadilah ia)" semua boleh terjadi. inshaAllah. sama-sama kita bangkit kerana-Nya.


Thursday, November 7, 2013

Appendix Surgery

Alhamdulillah, 1st november 2013 hari tu, saya selamat dibedah. appendix surgery. 
sebenarnya saya bukan appendicitis, tapi appendix saya kena infection due to previous surgery dan dah bernanah. sebenarnya, tak lah takut sangat sebab ni minor surgery je tapi bila mengenangkan ayah dan ibu jauh kat malaysia, ya Allah, kena kuatlah menghadapi sebarang kemungkinan. 

lepas surgery, saya tak boleh bernafas. doktor kata ada irritation dekat tekak. masa tu, saya rasa macam nyawa dah dekat hujung tanduk. seolah-olah ada bongkah besar yang block hidung ni. doktor cepat2 kasik oxygen mask. masih macam tu jugak. rumet dah cuak sebab baru bagi tahu ayah n ibu yang semuanya ok. tapi Alhamdulillah kali ke-3 baru saya dapat bernafas macam biasa.

ada kawan cakap, "ayu, banyaknya organ kena buang" hehe. mula2 saya macam terfikir, kenapa aku yang kena ea? kena buang adrenal gland, lps tu appendix. tapi Alhamdulillah cepat je Allah jawab. ye lah, sebenarnya semua dalam diri kita ni hak Allah. biarlah Dia nak ambil balik. tugas kita jaga dan guna sebaiknya je. :) 

dan bila ada sorang kawan tanya, "ayu, sedih tak?" alhamdulillah saya tak sedih sebab saya redha dengan sakit yang saya rasa ni sebab kalau nak dibandingkan dengan emotional unstable masa cushing syndrome dulu lagi lah. tapi walau apapun terjadi, semua tu ada hikmahnya. dan setiap kali kita rasa sedih dan kurang bernasib baik, sedarlah bahawa ada orang yang lebih menderita di saat ini. 


Sunday, October 6, 2013

refleksi diri

Bila kita buat orang,
orang buat kita.


dot dot dot

Assalmualaikum wbt. setelah 3 minggu tinggal di bumi maududi, saya kembali menaip.
hanya ingin meluahkan rasa. mungkin orang cakap "benda lama tak payah la ingat" tapi pada saya dan beberapa orang yang lain, rasa ini takkan pernah luput.

jika saya dari PASUM, saya marah jika orang memperlekehkan PASUM.
jika saya dari MATRIK, saya marah jika orang memperlekehkan MATRIK.
jika saya STPM, DIPLOMA, A LEVEL, IB, saya juga akan marah.

korang marah tak bila ditertawakan, diperbodohkan depan orang lain? begitulah hati seorang manusia. 

IB Kolej MARA Banting. 2 tahun kami melalui sesuatu dengan payah. kami hanya dapat teruskan hidup kerana Allah, memikirkan keluarga, memikirkan penaja, memikirkan masa depan. kami kuat berbekalkan SEMANGAT ibu bapa, guru-guru dan para sahabat. Kami tidak minta dipuji, kami tidak minta disanjung, kami tidak minta dipandang hebat. Kami tidak hebat, kami tidak pandai. *alah, budak KMB mana ada dapat distinction*

cuma kami minta, respect kami sebagai seorang MANUSIA. jangan melakukan kami ibarat patung jalanan yang tiada perasaan. ingatlah, bila ramai orang berdendam akibat kata2 kita, maka.. *fikir fikirkan lah*

-kami sedang cuba bersangka baik-

Friday, September 6, 2013

ke bumi maududi INDIA aku kembara

Assalamualaikum wbt. 
Cakkk! >< saya masih di malaysia.. *lah, kata dah fly* 
hehe.. flight saya delay on 9th... mula2 sedih la kesian kat ibu dan ayah baru sampai dari johor. Alhamdulillah mereka memahami. :) 

Jadi, for the next five years, i will pursue my studies in USM KLE, Belgaum, Karnataka, India.
mengambil bidang perubatan. Cita-cita yang dah lama saya impikan. teringat masa kecik2, nak jadi wartawan lah, polis lah, itu lah ini lah. dan akhirnya, this is what i choose.

kenapa MEDIC? sebab saya nak tolong orang. haha cliche... mungkin sebab family background and experiences. di mana ketika abang dan ayah dibedah, kami memerlukan kos yang sangat besar. Alhamdulillah ayah dapat peruntukan rawatan setiap tahun dari MMHE. dan ketika saya dibedah, Alhamdulillah dapat percuma dan cepat. percuma kerana saya buat di hospital kerajaan dan masih belajar. dan mungkin juga disebabkan oleh pengalaman melihat dan jumpa sebahagian doktor yang mengambil mudah tentang pesakit mereka. maybe they have a reason why but still, i hope all the doctors in malaysia, and me (inshaAllah), will be very very responsible to their patients. doakan saya :) berharap dapat dekan setiap tahun supaya dapat free atau kurangkan hutang dgn MARA. :) berharap dapat memberi kebahagian kepada ibu dan ayah. berharap dapat menaburkan jasa kepasa agama bangsa dan negara. inshaAllah.

ni kad matrik kami. :)




Wednesday, August 21, 2013

what makes me strong and keep struggling

bila mengimbau kenangan lama.. Masya Allah.. rasa ngeri pun ada... 

ni lah gambar sebelum dan selepas operation. 
diseases : cushing syndrome.
symptoms : moonface, striae, buffalo hump, emotional disturbance, back pain etcss

the most struggling phase is the moment when i had the emotional disturbance. kadang2 saya nangis tak tentu pasal. cepat risau,. cepat marah. and so on lah. & sometimes i wonder what's actually my problem is? i didnt enjoyed the every single moments i had in KMB. kadang2 rasa macam orang gila :p lol. thats true.

sampai saya terfikir, layakkah aku nak jadik doktor.? saya pernah hampir give up untuk teruskan pengajian di KMB. tapi, 1 benda yang buat saya terus kuat ialah,... PADA SUATU MALAM, di mana saya sudah sangat letihhhhhhh, saya doa, "Ya Allah, jika aku masih berguna dan diperlukan dalam hidup ni, bangunkan lah aku pada esok pagi dan kalau tidak, Kau ambillah nyawaku."

dan Alhamdulillah, esoknya saya bangun dgn tenang. dari situ saya yakin yang saya memang ditakdirkan untuk menjadi seorang doktor dan memenuhi cita2 saya. (ini adalah cara saya memberi semangat buat diri sendiri). saya berperang dengan diri sendiri untuk meyakinkan diri saya bahawa saya boleh. lagipun, sejak kecil saya dididik untuk tidak mengatakan susah. contoh, masa kat MRSM, ibu cakap, "kalau org lain boleh dapat 3.5 above, kenapa adik tak boleh?" saya sentiasa pegang kata2 itu sehingga apabila seorang doktor memperlekehkan usaha saya untuk menjadi seorang doktor, saya yakinkan diri saya bahawa 1 hari saya akan membuktikan bahawa saya akan menjadi seorang doktor yang bertanggungjawab.

teringat semasa saya ada interview dgn pihak USM KLE. saya menceritakan kisah saya berjumpa dengan pelbagai jenis doktor. seorang panel bertanya, "doktor jenis macam mana awak nak jadi?" "saya nak jadi doktor yang bertanggungjawab, memotivasikan pesakit dan menjadi kawan kepada mereka" in sha Allah.

dan cita-cita inilah yang membuatkan saya bertambah semangat untuk sembuh dan saya nak menjadi doktor yng berbakti kepada agama nusa dan bangsa. in sha Allah :)

Tuesday, August 20, 2013

for you...





to muslims in mesir, syria, palestine, etcs, i'm so sorry for being soooo ingnorant.. i'm sorry....


POSITIVE responses for USM-KLE

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulilah ramai pakcik makcik, jiran2 cikgu, sedara mara, kawan2 tahu yang saya akan melanjutkan pelajaran di USM KLE. setakat ni, semua orang menggalakkan saya untuk pergi ke situ. dan paling menguatkan semangat bila guru penasihat BWP exco saya, iaitu exco puteri, Puan Haliza Malik sangat menggalakkan. 

Masa saya pergi ke MARA, saya melawat cikgu yang kerja kat tingkat 20. dulu cikgu adalah cikgu (--'), sekarang dah pindah HQ MARA. borak2, cikgu cakap 2 anak kembar cikgu pun akan ke India, Madras, dalam bidang medic. twinning dengan RCMP. cikgu kata, mula2 reluctant juga tapi ada someone pernah cakap yang medic India bagus. students boleh directly pegang patients. kalau mcm negara lain x boleh sebab dorang saman. lagipun, hutang murah,... ngeh ngeh ngeh :D

dan jiran pun cakap, dia ada suka pergi kat 1 hospital ni, sebab doktornya belajar kat india. servis memang baik dan pengetahuan pun luas. :)

dan kini, saya sangat yakin yang USM-KLE adalah yang terbaik buat saya. pada kawan2 yang dapat ireland, uk, aussie, etcs, yakinlah yang tu pun yang terbaik untuk korang kerana Allah adalah sebaik-baik pemberi tempat dan Dia beri tempat tu mengikut kemampuan kita. 

IAllah, dgn anugerah ini, terus mencari cinta-Nya dan belajar bersungguh-sungguh.


Monday, August 5, 2013

Checklist cita-cita VS Puzzle Kehidupan.

Assalamualaikum wbt.

Dulu masa kat sekolah menengah, saya suka tulis semuaaa impian saya. Antaranya

1. Nak jadi doktor.
- Alhamdulillah n InshaAllah ianya akan termakbul dalam masa 5 tahun lagi.

2. Nak sambung belajar kat RCSI, Ireland.
- Yang ni takde rezeki :) dapat India. saya doa Allah beri tempat yang terbaik dan inilah hasilnya.

3. Nak join Mercy.
- Alhamdulillah tercapai. tapi masih belum sempat join mana2 aktiviti. juz pergi masa 1st time untuk ahli baru.

4. Nak jadi pakar pediatrik.
- Yang ni tetiba saya macam dah tukar, nak jadik O&G, tapi Endocrine pun ok jgk. nantilah dulu :p

5. Nak bawak ayah n ibu umrah ke Kota Mekah.
- InshaAllah bila bekerja dan mampu.

6. Nak buka rumah anak2 yatim.
- Doakan saya ;)

bila saya belek2 check list ni, (sebenarnya banyak lagi check list yg lain) kadang2 saya terfikir kenapa apa yang saya nak kadang2 tak dapat dan apa yang saya taknak kadang2 dapat (macam PLKN. hehe). sebelum ni, saya tak pernah mencari jawapan, saya hanya tertanya-tanya dan JUST FOLLOW THE FLOW. tak pernah nak mencari hikmah di sebaliknya.

sehinggalah suatu ketika, bila saya dapat tawaran ke KMB dan bakal ke luar negara, baru saya sedar kenapa saya dapat PLKN dan tak dapat SPC MARA. sebab, kalau SPC (ikut result trial) , kemungkinan takkan fly. 

pernah juga saya rasa sedih kenapa lah saya tak pilih UM dulu. kalau tak setahun je, lagi best, ada yam, boleh fly ke india jugak. *daripada KMB, konon nak g irealnd sekali tak dapat, baik duduk UM je dulu*. tapi bila fikir2 balik, baru saya sedar 1 perkara. jika saya di UM dan sakit, kemungkinan besar saya tak dapat fly ke india bersama sahabat saya. dan mungkin keputusan saya tak melayakkan saya untuk mengambil bidang perubatan. SubhanaAllah.. betapa hebat peraturan-Nya.

al-Baqarah : 216 - "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

Jadi, suka cita saya ingin berkongsi bahawa setiap hari, kita refresh bahawa setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Hidup ni kan macam puzzle.


Saturday, August 3, 2013

I'm Moving, From Ireland to India

Assalamualaikum wbt.
ape kono dgn tajuk post kali ni? hehe ^^ meh saya cerita sikit.
Sejak sekolah menengah, saya dah berazam yang saya nak menjadi seorang doktor dan saya nak sambung belajar di Ireland, specifically di Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI).

Sepanjang di KMB, saya dah menghdapi 4 interview untuk Ireland.
1st : interview untuk AUCMS *yang ni saya termasuk dalam KIV list*
2nd : interview untuk PMC *yang ni pun KIV list*
3rd : interview untuk IUMC *yang ni tak dapat*
4th : interview untuk RCSI *yang ni hanya nama terpilih, pertama kali dibuat selepas dah beberapa lama tak buat. 20 orang dipilih dari 27 org yang interview*

Alhamdulillah saya terpilih untuk RCSI. syaratnya ialah IB point 35 tanpa bonus point. Seperti yang ramai tahu, saya tak datang kolej selama 2 bulan kerana melakukan pembedahan. jadi saya hanya target 30 pun ok. tapi Alhamdulillah, Allah bagi saya 34+1 bonus. walaupun saya tak lepas University requirement, tapi saya lepas MARA. malam dapat result tu, saya berbelah bahagi untuk pergi Ireland atau India. sebab saya nak tempat di mana kemudahan pembelajaran senang (CADAVER). saya rasa nak apply India tapi parents agak risau akan tahap keselamatan.  jadi takpela, saya tunggu adakah RCSI akan terima saya. dalam masa yang sama, saya berikan nama untuk USM KLE. saya juga berdoa agar Allah tetapkan tempat yang terbaik untuk saya.

dan ternyata, tiada rezeki saya ke RCSI. terkilan? saya kecewa sikitttt. yelah sebab tu impian masa sekolah lagi. tapi saya fikir balik, mungkin RCSI bukan tempat yang terbaik. dan saya cubalah interview USM KLE. sebelum itu, saya dapatkan restu ibu dan ayah dulu. pujuk pujuk pujuk, OK, saya pun menghadiri interview di KMB.

sejak tarikh tu, saya asyik cek emel je, nak tahu sama ada dah keluar result interview ke belum. ada kawan2 saya yang dah dapat call dari USM KLE yang mengatakan mereka berjaya. tapi saya takdepun. takpelah tunggu je. dan semalam (2 ogos), masa tu kami otw balik kampung hantar atok kat rumah paktam, ada kereta saudara ayah rosak, 45 minit tengah tunggu ayah dan abang repair, tetiba dapat call dari USM KLE dan mengatakan saya berjaya. Alhamdulillah :) terus bagi tahu keluarga. mereka semua gembiraaaa :D
Alhamdulillah. sesungguhnya, saya yakin, Allah sebaik-baik pemberi tempat. dan Dia tahu USM KLE adalah tempat yang terbaik. mungkin India tak se-Gah UK, Ireland, Russia, takde salji, tapi inshaAllah, saya akan membuatkannya berwarna warni dengan kehadiran saya. *over pulak*

ok bye2 :D

p/s : seseorang yang saya RINDU *sangat* ada di situ! hehe :)


Thursday, August 1, 2013

hosp sultan ismail, jb

Assalamualaikum wbt.

Semalam (31 julai 13) saya ada follow up dgn Doktor Haliza untuk tengok bilangan hormon kortisol yang diambil pada 27 Mac 13.

Kata Dr. Haliza, hormon cortisol saya rendah. Mungkin ini disebabkan adrenal gland sebelah kiri dulu aktif yang kanan kurang. so, bila kena buang yang kiri, yang kanan ni lambat sikit. so kena ambil darah lagi dan kena jumpa doktor lagi.

Ayah tanya apa kesannya. pastu doktor kata bahaya. ayah tanya lagi, bahaya macam mana. Barulah doktor cakap "sebenarnya kurang hormon kortisol ni boleh menyebabkan maut. sebab tu kita nak cek lagi so kalau masih kurang, kita akan bagi supplement"

iAllah, Allah tahu yang terbaik. doakan kesihatan saya. :)

p/s : buat yang tertanya-tanya saya sakit apa, sebelum ni saya ada Cushing Syndrome. dibedah pada 7 jan 2013

Tuesday, July 30, 2013

perbezaan interview dgn orang Malaysia vs omputeh

Assalamualaikum wbt.
Hola Holi. Hari ni saya nak cerita siket la pasal pengalaman saya interview dari kecik sampai besar panjang.

Ok, hari ni saya akan ceritakan perbezaan bila kita interview dengan orang kita dgn omputeh.

Kalau dengan orang Malaysia, kita diajar untuk menunjukkan kredibiliti kita. lagi2 kalau budak MRSM, i'm sure lah u olls semua diajar oleh kaunselor macam mana nak interview especially MOCK interview kan kan? seperti biasa, kalau dgn orang kita, kita kena duduk tegak, macam gmbar kat bawah ni. kena cakap dengan penuh keyakinan. 

kalau dengan omputeh pulak, korang memang kena duduk macam ni jugak, tapi omputeh ni more friendly la. kalau dia soal, kita kena jawab with the friendly way. macam gelak2 dgn dorang. pada saya, bila interview dgn dorg ni (Irish), sangat Chillax.(chill + relax) kitorang boleh la gelak2.. tapi takde lah gelak terbahak-bahak. still gelak sopan. :p

tapi ada je interview best dengan orang kita sendiri. i'm trying to avoid generalization. ini hanya lah pengalaman saya sepangjang menghadapi interview. maybe others have different experiences ;)

ok happy reading :D

in coming :
MOCK interview MRSM
MARA's interview
MOCK interview KMB
Placements interviews


Monday, July 29, 2013

Kisah seorang ikhwah dalam Ikhwanul muslimin

Assalamualaikum wbt.

semasa menunggu Isya' selepas Maghrib, saya mintak kakak ajar balik dari A to Z, dari ISK sampai yg hujung. sebab saya rasa saya nak jadi seorang yang baru. saya nak dapatkan semula izzah yang saya rasa ketika pertama kali masuk ke KMB. (sudah lama tak rasa macam tu :'((( )

saya diceritakan tentang 2 kisah ini.

1. masa beberapa tahun yang lalu, ada seorang ahli ikhwanul muslimin (IM) belajar di Universiti al-Azhar. suatu hari, dia nak pergi solat. dia tanyalah kepada kerani kat situ. kerani tu bagilah direction tapi sangat susah (as in jalan nak pergi tu payah la). dia pun pergi la.. sekali bila dia sampai, rupanya tempat tu adalah bilik kecil (macam stor) dan berdebu. jadi dia mengambil keputusan untuk solat di padang. diajaknya beberapa orang dalam 2-3 orang dan mereka solat berjemaah. bila dia takbir, ramai orang yang tengok. perkara yang sama dilakukan setiap hari dan semakin lama, semakin ramai yang ikut. dan akhirnya, kini, jadilah universiti al-Azhar sepeti sekarang. 

2. ahli ikhwanul muslimin selalu mengadakan usrah di surau. pada suatu hari, mereka hendak menginfakkan harta mereka untuk pembinaan surau. semua orang berlumba-lumba untuk menginfakkan harta. namun begitu, ada salah seorang ahli yang miskin. dia duduk jauh dan hanya mempunyai sebuah basikal. dia tak nak lah dia sorang yang tak infakkan apa2. lalu, dijualnya basikal itu dan semua duitnya itu digunakan untuk pembinaan masjid. sejak dari hari itu, dia selalu datang lambat ke usrah dan apabila sampai, dia berpeluh-peluh dan kepenatan. hanya seorang ahli usrahnya yang tahu dan perkara itu diminta agar dirahsiakan. apabila diminta diberitahu oleh naqibnya dan apabila mereka mengetahui hal yang sebenar, semua yang ada di situ menangis.. :'(((( kemudian, mereka semua mengumpulkan duit dan membelikannya basikal baru.

sahabat, sebelum ini, saya jealous dengan kawan-kawan/ adik-adik yang dapat merasakan indahnya tarbiyah itu dan saya nak sangat repeat masa lalu. tapi saya berfikir setiap hari, di mana usaha itu? adakah hanya dengan tertanya-tanya, hidayah itu akan datang sekelip mata? jadi, JOM kita bertekad untuk memulakannya sekarang. Bigger steps start with a small step. :)



SPM : exam result teruk!! apa nak buat??

Assalamualaikum wbt.
Post kali ini ditujukan buat semua yang menghadapi exam dan khususnya untuk lepasan SPM.
OK, saya nak share sesuatu,
jika kita menghadapi situasi ini : keputusan exam tak sampai dengan target kita,
of course kita akan sedih kan?
tapi jangan sedih lama-lama.
KENAPA??
sebab umat islam tak boleh futur selamanya.
dan yakinlah sebenarnya Allah nak tolong kita.
THAT'S NOT THE END OF YOUR LIFE. :)

sebelum ini, semasa SPM di MRSM Pontian, pemikiran saya hanya tertumpu pada 3 bidang kerja sahaja iaitu doktor, engineer dan accountant. dan saya memilih untuk mengambil bidang perubatan. Alhamdulillah Allah mengizinkan dan saya dapat melanjutkan pelajaran di KMB (sekarang tengah tunggu akan ke India/ local. doakan saya ). namun begitu, langit tak selalunya cerah. keputusan semester saya tidaklah tip top (ditambah pula dgn tahap kesihatan yang teruk) manakala rakan-rakan saya yang dahulunya sedih dengan keputusan SPM mereka, kini gembira dengan kehidupan mereka di universiti. Selepas matrik, ada yang sambung Sains Forensik, Sains Komputer, Nursing, Military, Lawyer, etc.

Jadi adik2 atau semua yang bakal dan telah menghadapi peperiksaan, sentiasa berfikiran POSITIF kerana itu adalah kunci kejayaan. bersangka baik pada Allah.. yakinlah, dengan ujianNya, kita akan menjadi lebih kuat. :) sentiasa berfikiran panjang untuk mencari peluang pelajaran yang ada. 



Monday, July 22, 2013

123

Assalamualaikum wbt

Taraaa~~ Cantik tak rupa baru blog ni?
*boo~ kosong je*
Ok i'm trying to renew my blog. 
Sekarang ni tengah tengok cerita Annisa
Geram pulak dengan Pak Irsyad ni =='
Ustaz Rifat dah tolong pun, masih nak sombong. 
hasihh seteresss